Khamis, 23 Februari 2017

UBAT GIGI SEMULAJADI MURAH


Ubat gigi Gel jenama Dentobac Gel
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menerima beberapa komen mengenai ubat gigi organik dalam artikel sebelum ini Ubat Gigi Natural di beli di kedai Organik.

Saya sendiri terpaksa akui,  harga ubat gigi organik Dentiste itu agak mahal iaitu RM27 dan ke atas untuk size biasa.

Memahami setiap golongan mempunyai pendapatan dan budget bulanan berbeza,  saya berjaya menemui ubat gigi tanpa kandungan SLS dan SLES yang juga hampir natural jenama Dentobac.

Dentobac ialah ubat gigi vegetarian 
Bahan aktif di dalam ubat gigi Dentobac Gel ini antaranya ialah daun semambu,  buah cermai,  bunga cengkih dan akar Bega. 

Ia lebih kepada ubat gigi vegetarian yang kaya bahan Semulajadi. 

Ubat gigi keluaran negara India 
Ubat gigi Dentobac Gel ini diperbuat dan di import dari negara India. 
Ia kebiasaannya terdapat atau di jual di kedai kedai India. 

Di Kuantan anda boleh mendapat ubat gigi ini di kedai runcit Hamid Bros. 

Antara bahan-bahan kandungan 
Kandungan bahan-bahan di dalam ubat gigi ini hampir Semulajadi. 

Cocamido Propyl Betaine antara kandungan di dalam ubat gigi ini mempunyai sedikit isu termasuk sorbitol dan xylitol.  Namun hampir 90% ubat gigi organik mengandungi kandungan bahan sorbitol dan xylitol termasuk ubat gigi Dentiste yang pernah ditulis dalam artikel di link di atas. 

Untuk mereka yang mempunyai sejarah ekzema atau pernah melalui proses Topical Steroid Withdrawal (TSW)  saya tidak mengesyorkan anda menggunakan ubat gigi ini kerana mereka yang menghadapi masalah ekzema ada yang mempunyai alahan dengan Cocamido Propyl Betaine ini. 

Alamat pengeluar syarikat ini di India
Terdapat pelbagai jenama ubat gigi keluaran dari negara India dari sumber vegetarian.  

Dentobac Gel antara jenama popular. 

Mendapat pengesahan Halal dari badan yang diiktiraf Jakim
Anda tidak perlu bimbang mengenai status halal ubat gigi JENAMA Dentobac Gel kerana ia mendapat pengesahan halal dari badan yang di iktiraf Jakim. 

Dentobac Gel
Ubat gigi jenama Dentobac Gel hanya berharga Rm4.50 adalah antara ubat gigi yang lebih Semulajadi dan amat sesuai untuk anda yang mencari alternatif ubat gigi tanpa florida dan tanpa SLS dan SLES. 

Dapatkan ubat gigi Dentobac Gel ini segera
Tunggu apa lagi,  sila melawat segala kedai India di kawasan sekitar anda untuk mendapatkan ubat gigi jenama ini.

Semoga artikel ini memberi semangat untuk anda yang mungkin merasakan artikel mengenai ubat gigi jenama Dentiste Sebelum ini agak mahal.

Bagi memenuhi permintaan setiap pembaca Blog ini yang amat saya ketahui datang dari pelbagai golongan saya akan cuba menulis pelbagai artikel bagi memberikan segala maklumat berguna untuk anda yang rajin singgah di Blog ini.

Ini sahaja khidmat kemasyarakatan yang boleh saya lakukan untuk masa ini dan diharap pada masa akan datang saya diberi peluang melakukan perkara yang jauh lebih besar untuk semua golongan.

Doakan.

Terima Kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan