Rabu, 25 Februari 2015

Tempat Makan Best Di Kuantan Part - 20 *** De Rhu Oriental Kuantan****

Assalammualikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. ini adalah sambungan bagi entry sebelum ini  http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2015/01/tempat-makan-best-di-kuantan-part-19.html


pemandangan hadapan De Rhu Oriental
Jika anda mencari masakan chinese muslim ketika lunch dan dinner.. De Rhu Oriental adalah antara pilihan yang terdapat dibandar Kuantan ini.. bersebelahan dengan UTC Kuantan , restoran ini menyediakan pakej hidangan untuk keluarga dan rakan-rakan.. Saya dan keluarga saya baru sahaja menikmati hidangan disini pada Chinese New Year tempoh hari untuk makan malam.

restoran ini disahkan halal oleh JAKIM
Pada malam tahun baru cina baru-baru ini , saya berkesempatan menikmati makanan disini bersama family saya dan family adik ipar saya.. kebetulan adik ipar saya belanja makan besar disini.. Beliau menempah 2 meja  untuk family kami.

menu pilihan yang dinikmati oleh keluarga saya pada malam CNY - abaikan pic jari saya itu..
Antara menu hidangan kami pada malam itu adalah Tomyam seafood, ikan siakap, kailan goreng, ayam lemon, udang butter, sotong telur masin, nasi putih,tauhu telur sos tiram, teh cina, air limau nipis dan plate buah-buahan... i lupa pula mengambil gambar hidangan potongan buah-buahan itu.. harga bagi satu set hidangan ini adalah RM230 dan harga bagi air limau satu jug ialah RM20. Untuk keluarga kami kerana 2 buah meja so 2 set hidangan ini dan 2 jug air...

Ikan siakap dan ayam lemon

butter prawn dan udang telur masin

tauhu cina dan sos tiram serta kailan goreng

seafood tomyam berisi lala, sotong , udang dll

adik saya menikmati makanan

semua kusyuk menikmati makanan

ketika makan malam disini kami menempah 2 buah meja
Bagi saya makanan disini biasa sahaja.. maybe kerana kebetulan ketika kami datang, makanan dihidangkan sejuk.. even meja berdekatan kami juga memberi komen yang sama... Walaubagaimana pun adik lelaki saya mengemari sotong ikan masin disini.. dan adik ipar saya pula menyukai ayam lemon yang disediakan.

kusyuk menikmati hidangan


bergambar sementara menunggu hidangan dihidang

kusyuk menunggu hidangan
Bagi saya service disini not bad... tak cepat dan tak lambat.. so, sila bawa family anda atau orang tersayang datang disini....

hanya sekeping sahaja gambar saya yang pakai tudung pink itu.. bz ambil gambar...

Sekian sahaja entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...


2 ulasan:

  1. wahhh bestnya . banyak erk tempoat makanan best kat kuantan sampai part 20 . kena tengok ni . hehee

    BalasPadam
  2. memang banyak parihh.. lebih dari 20 tempat wlu tulis part 20.. hehehehhe

    BalasPadam