Rabu, 25 Februari 2015

Tempat Menarik di Kuantan - ***DE RHU BEACH RESORT , BALOK***


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... Semoga hidup anda sentiasa bahagia dan dirahmatiNYA...  ini adalah sambungan entry sebelum ini Sempurna Resort Kuantan


antara pemandangan disini. .anda wajib memastikan anak anda memakai gelang kertas yang diberi

Baiklah diringkaskan entry ini, selain Pantai Balok sebagai tempat yang menarik dikunjungi .. berdekatan Pantai Balok ini juga terdapat sebuah lagi tempat yang menarik hati iaitu, De Rhu Beach Resort.
De Rhu Beach Resort ini membenarkan mereka yang bukan tetamu hotel yang tidak bermalam untuk membawa anak-anak kecil bermain dikolam renang mereka yang luas ini dengan bayaran serendah RM7 sahaja untuk seorang. Kolam Renang ini tutup pada pukul 7 malam... selain kolam renang disini juga disediakan taman permainan untuk kanak-kanak bermain..

kawasan De Rhu Beach Resort yang luas , hijau memandang.. berhadapan dengan pantai...

Di atas dan dibawah ini disertakan segala gambar pemandangan yang indah dalam De Rhu Beach Resort ini , selain kolam renang yang luas dan pelbagai.. serta berdepan dengan Pantai Balok..

Anda juga boleh bermalam disini dengan harga bilik yang murah dan bermain dengan percuma sahaja dikolam renang ini..

ketara sekali wajah-wajah ceria kanak-kanak dan dewasa
Sila enjoy antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan disini menggunakan iphone sahaja...  ketika saya membawa anak saudara saya bermain dan mandi kolam disini.

anak saudara saya kusyuk bermain

tempat mainan yang ceria dan mempesonakan

terdapat banyak kerusi dan pondok berteduh untuk orang dewasa menunggu dan mencari ilham

kerana kawasan ini dipenuhi pokok dan berhadapan pantai.. so, anda akan merasa betapa nyamannya tempat ini

kanak-kanak kusyuk bermain

suasana di kolam

pemandangan resortl belah belaknag
Dibawah ini antara pemandangan di dalam resort dalam taman ini...
pemandangan bahagian belakang resort.. cantik seumpama didalam taman






Anak-anak saudara saya kusyuk bermain di taman permainan didalam resort ini..
sempat lagi ilham bermain sembunyi dengan abangnya irfan

irfan dan ilham konon-kononnya sedang bersenam

pemandangan De Rhu Beach Resort  yang mempersonakan

saujana memandang

warna yang ceria
Bagi anda yang berada dikawasan berdekatan.. sila bawa keluarga tersayang anda disini.. ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini ... salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan