Bersama hidangan buffet Sarapan Pagi di Al Dante |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Berbulan tidak mengemaskinikan blog ini, namun terdapat ratusan draft artikel yang tidak berkesempatan di sudahkan untuk di paparkan di blog.
Hari ini saya cuba menyudahkan draft artikel ini yang telah berbulan tersimpan.
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 55.
meja yang selesa dan pillihan makanan yang enak |
Bagi orang Kuantan yang biasa menikmati hidangan barat di Azam Rooster Balok atau Azam Rooster Indera Mahkota.
Satu lagi restoran dari pemilik yang sama Al Dante Pasta Place menawarkan pelbagai menu menarik untuk sarapan pagi, tengah hari, petang dan malam.
Terletak betul-betul di tengah bandar Kuantan, berhadapan pasaraya MEGAMALL KUANTAN, dan berhampiran Kuantan City Mall, restoran ini adalah pilihan menarik untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Malah, Al Dante juga sesuai untuk meraikan keraian penting termasuk majlis hari jadi dan majlis istimewa lain.
Salad turut termasuk dalam menu bufet sarapan pagi di sini |
Al Dante menawarkan menu ala carte dari pasta dan pelbagai pilihan makanan barat lain. Selain itu AL DANTE menawarkan buffet sarapan pagi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada harga promosi RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Harga biasa bufet ini ialah RM15 untuk dewasa.
bergambar bersama Kak Akma di Al Dante |
Restoran yang luas serta cantik, di temani penghawa dingin dan tatahias yang ringkas berlatarkan warna putih, membuatkan anda merasa selesa ditemani muzik di restoran ini.
Saya berkesempatan menikmati hidangan bufet sarapan di sini bersama sahabat saya. Terdapat pelbagai jenis hidangan sarapan pagi disini antaranya nasi lemak, mee goreng, puding roti, cornflakes, koko krunch, salad, mee sup dan pelbagai hidangan lain lagi.
Al Dante Pasta Place |
Kebetulan pada waktu yang sama kami menikmati sarapan pagi, sekumpulan pelanggan lain meraikan harijadi sahabat mereka disini.
Ruang makan yang luas |
berlatarkan hiasan sambutan hari jadi yang diadakan pada waktu yang sama kami sedang menikmati hidangan |
sempat bergambar dengan hidangan buffet sarapan pagi disin |
Jika anda seorang yang mengemari pelbagai pilihan sarapan pagi. Anda boleh memasukkan Al Dante Pasta Place diantara senarai restoran wajib cuba anda di Kuantan.
Alamat penuh dan lokasi Al Dante Pasta Place ini ialah :-
Al Dante Pasta Place Sri Dagangan Bussiness Centre, 25000 Kuantan, Pahang
Lokasinya berdekatan CIMB BANK di hadapan Megamall Kuantan. Selamat mencuba hidangan di Restoran Al Dante.
Terima kasih.
Tempat makan tu nampak cantik je siap boleh bergambar posing sana sini. ;)
BalasPadamtime ni buat muka tak tahu malu je berposing. 😂
Padam