Gerai laksam terletak di tepi gerai ini |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Artikel ini adalah Sambungan artikel sebelum ini di Tempat Makan Best Di Kuantan Part 48 :- Cendol Air Putih
Terlebih dahulu saya mohon maaf jika artikel ini nampak seperti tidak kemas, dan tergesa-gesa.
Ini adalah tempat Makan Best Di Kuantan untuk penggemar laksam.
Untuk info laksam adalah antar makanan Melayu paling saya gemari dengan syarat laksam itu diperbuat dari tepung beras dan kuah laksam wajib pekat dan kaya santan.
Untuk info gerai laksam ini terletak di sebelah Petron Beserah, seolah menumpang di Gerai makan lain.
Sila perhatikan betul-betul gambar gerai diatas.
Ini gerai laksam tersebut |
Saya fokuskan anda kepada gerai laksam tersebut.
Selain laksam disini turut dijual nasi lemak, nasi dagang dan pelbagai kuih lain.
Namun yang memenuhi citarasa saya dan keluarga tentunya laksam disini yang amat enak.
Kuih disini masih dijual berharga RM1 sebungkus atau sepakat yang telah di balut plastik dan diikat dengan getah.
Antara jenis kuih yang tinggal |
Kuih disini boleh dikatakan okey dengan harga RM1 untuk setiap bungkus dengan rasanya.
Namun laksam disini wajib dipuji.
Kuah pekat dan laksam disini tidak keras.
Laksam yang enak |
Saya tidak pasti berapa harga laksam ini namun ia dalam anggaran RM3.50-RM4. Saya tidak berkesempatan bertanya harga, langsung terlupa walaupun ibu dan bapa saya kerap membeli laksam disini.
Gerai ini dibuka seawal pagi namun saya pernah datang ke sini hampir pukul 11 pagi dan laksam disini sudah habis dijual.
Maka anda harus datang awal untuk menikmati laksam disini.
Laksam enak dan pekat |
Santan adalah lemak baik yang amat digalakkan di makan begitu juga ikan.
Maka untuk diet yang lebih sihat berbanding makanan segera dan proses di luar, laksam adalah alternatif untuk sarapan pagi lebih sihat jika anda terpaksa makan di luar.
Gambar lebih jelas |
Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan dan teringin laksam sebagai sarapan anda.
Sila ke gerai ini untuk mendapatkan laksam enak ini.
Terima kasih.
** ini sambungan artikel seterusnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan