Ahad, 15 Oktober 2017

KENTAL SEMANGAT


Terus melangkah,  adalah tagline yang dirasakan paling sesuai untuk masa ini untuk Blog ini 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

It's HARD to Beat a person,  who never GIVES UP. 

Ia ini realiti.  Buat apa sahaja untuk insan kental semangat juang, ia langsung tidak membuat mereka lupa sasaran awal apa yang mereka inginkan..

Jatuh,  kecewa,  menangis,  meratap mungkin ada namun ia tidak memakan hari yang panjang.

Buang masa memikir yang negatif,  penat dan sekaligus membazir masa.  Paling bahaya kesedihan boleh mengundang stress dan penyakit.

Jika perkara ini ditekankan anda tahu bahawa,  memikirkan perkara negatif tidak memberi apa-apa untung.  Anda harus terus berfikir mencari peluang lebih bagus dan memulakan mencari idea serta bermula terus.

Biarlah apa orang kata atau hati anda berkata untuk menjatuhkan niat dan semangat anda.

Percayalah tanpa memulakan anda tak akan punya apa-apa.

Pakai apa yang ada di tangan,  jangan keluar terlalu banyak modal jika simpanan anda amat sedikit.

Tidak perlu membezakan nasib anda dengan individu lain yang Tuhan telah tetapkan.

Namun ubah dan terus bersemangat memajukan diri.

Ingat hidup ini macam roda.  Sekejap di atas sekejap di bawah.

Ketika anda di atas anda juga diuji,  masih ada perkara yang membebankan hati dan otak.

Waktu anda jatuh juga begitu,  terlalu banyak yang menyedihkan dan melukakan,  namun anda pasti jauh lebih kuat dan kental untuk mencari cara berjuang seterusnya.

GAGAL tak akan bermakna selamanya.

Bermula dengan sesuatu yang sikit atau berniaga dijalanan bukan akan selamanya.

Perniagaan yang banyak menjadi legenda berjaya dan terus berjaya.  Kebanyakannya bermula dari Jalanan.  Dari KFC mahu pun Coca-Cola yang hanya dijual beberapa botol sahaja pada tahun pertama di perkenalkan.

Kita tak akan tahu masa depan.

Hari ini kita puas memikirkan segala perancangan dan mengadu pada Nya mengapa semua tidak menjadi.  Tertanya apa silap dan dosa sendiri.

Sehingga merasakan seperti tidak cukup pengorbanan yang dibuat.

Ketika jatuh lebih ramai memandang negatif dari positif,  namun yang utama anda sendiri yang harus kekal positif.

Tabahlah.  Tuhan takkan terus menguji selamanya.  Ada waktu anda puas memikirkan strategi dan cara.  Namun semua tidak menjadi.

Sehingga Allah mendatangkan rezeki anda dari insan dan sumber tidak dijangka.

Ia bukan salah anda atau waktu,  malah ia bukan salah keadaan ekonomi.

Ada insan di zaman ekonomi mewah,  rezeki amat susah.

Ada golongan di zaman ekonomi suram dan meleset,  rezeki jauh melimpah ruah.

Ada insan di usia muda tidak langsung popular dan berjaya.

Anda individu di usia tua mencipta kejayaan dan dikenali.

Begitulah hidup.

Bukan kita yang mengaturkan.  Kita hanya mampu merancang,  namun tiba masa perancangan Allah lebih terbaik.

Kita hanya mampu berusaha yang termampu.

Meneruskan apa yang terfikir.

Allah jua akan memberi rezeki dan keputusan.

Ada waktu bila anda langsung rasa rebah dan menangis dan merasakan hidup dan masa depan anda sudah gelap.

Ketika itu Tuhan memberi anda jutaan kelipan bintang dan bulan terang untuk anda.

Yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi hanya tuhan.

Semua sudah direncanakan yang terbaik.

Anda hanya harus melaluinya dengan tindakan dan fikiran positif.

Fikir dan sangka baik dengan Tuhan.


Baik untuk jodoh,  rezeki dan kesihatan.

Kebahagiaan tak akan selamanya.

Sengsara juga.

Rasa jatuh dan kecewa tidak akan kekal.

Begitu juga rasa kuat dalam diri.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW kekasih Allah turut di landa duka mencengkam ketika pemergian dua insan tersayang di tahun yang sama.

Siapalah kita yang lemah ini untuk terus kuat dan gembira sentiasa.

Bersedih dan rasa kecewa itu biarkan berlalu.

Kesat air mata anda,  bangun dan kembali melangkah.

Tak akan mungkin bila anda melangkah,  walaupun perlahan anda tak akan sampai ke destinasi.

Yang berbeza hanya masa anda sampai itu.

Bersabarlah dan terus bersangka baik.

Anda pasti tak akan menyangka betapa yang Tuhan sediakan untuk anda jauh hebat dari yang anda fikirkan.

Itu hikmah hidup.

Lagi banyak anda diuji dan belajar berdikari.

Lagi banyak yang anda akan dapati.

Dari situ nanti anda akan tahu kenapa anda terpilih untuk semua ini.

Apa yang anda lalui ketika ini,  pasti berguna untuk kemudian hari.

Bagi terus membantu anda dalam setiap kejayaan dan jawapan bagi persoalan anda selama ini.

Terus bersangka baik dengan Tuhan,  yakinlah bantuan pasti tiba.

Allah mengikut anggapan hambanya.

Tiada impian dan doa yang tidak makbul oleh Tuhan.


Terima kasih.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan