Sabtu, 7 Oktober 2017

Perkara Mudah Dalam Pemakanan


Jus campuran ubi bit merah, lobak,  tomato dan saderi ilmu dari YM Dr Tunku Zaidar 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda demam. 

Tiada selera makan. 

Paksa diri minum Smoothie atau makanan lembut seperti bubur atau sup ayam dan sup tulang (bone broth). 

Begitu juga jika anda sedang berdiet. 

Amalkan Smoothie atau jus buah yang enak. 

Makan buah apabila lapar. 

Pisang antara buah paling di syorkan. 

Dikatakan menikmati buah di waktu pagi adalah antara waktu terbaik. 

Malah,  jika anda kelaparan di tengah malam,  buah antara pilihan terbaik selain salad sayur-sayuran. 

Antara tumbuh-tumbuhan berakar yang perlu anda cuba ialah ubi bit ( beet root). 

Ramai yang belum mencuba dan tahu kewujudan beet root (ubi bit)  ini. 

Ubi bit antara yang tinggi khasiat selain keledek. 

Agak sukar menikmati ubi bit merah ini mentah-mentah maka di galakkan anda menjadikan ia sebagai jus atau Smoothie campuran buah dan sayur-sayuran lain. 

Ubi bit juga sesuai dijadikan salad. 

Untuk kebaikan dan khasiat ubi bit anda boleh merujuk di sini

Khasiat Ubi Bit @ Beet Root

Ramai yang memilih ayam atau daging ketika diet. 

Tidak salah jika anda memilih daging segar tempatan asalkan bukan daging proses. Sebolehnya dapatkan yang 'Grass feed'. 

Pilihlah ayam kampung berbanding ayam bandar dan organik paling utama. 

Namun jangan sesekali amalkan menu yang sama begitu kerap.  Tukarkan ia dan jangan lebih dari 3 hari menu yang sama baik dalam Smoothie,  jus atau pun buah dan sayur-sayuran pilihan. 

Nasi,  Mee, roti,  bihun,  kuew tiaw atau spaghetti boleh dimakan namun selang selikan hari.  

Bagi anda yang sedang menyusu badan,  agak tidak sesuai anda belajar meninggal nasi atau diet ekstrem ketika ini. 

Pastikan habis tempoh susuan,  barulah anda boleh mencuba azam baru anda. 

Namun diet sihat dalam penyusuan harus dimulakan segera jika diet anda tidak menentu dan kurang sihat. 

Coklat adalah antara makanan kegemaran ramai.  Tidak salah menikmati coklat.  Pilih coklat yang lebih sihat seperti coklat hitam (dark chocolate). 

Jauhkan coklat yang punyai gula tinggi dan trans fat. 

Pilih yang paling kurang bahan dan dari bahan selamat dan kurang proses. 

Coklat hitam adalah antara bahan makanan paling tinggi anti oksidan. 

Malah ia membantu kulit cantik dan Awet muda. 

Yang merosakkan kulit ialah kandungan lain dalam coklat seperti gula dan trans fat serta bahan proses lain. 

Jika anda kerap stress,  kunyah coklat hitam enak yang berkhasiat.
Malah coklat hitam juga boleh mewujudkan mood gembira dalam diri anda. 

Jika anda takut pada kafein masa untuk anda menukar minuman panas anda kepada Rooibos Tea,  teh bunga raya atau teh Roselle. 

Kafein dalam jumlah berpatutan tidak mendatangkan mudarat.  Malah minuman kafein seperti kopi dan teh hijau amatlah bagus untuk kesihatan. 

Jangan terlalu takut dan menjauhi kafein. 

Sesekali anda tetap perlu menikmati makanan manis,  pilih gula Semulajadi. 

Kekurangan gula boleh menyebabkan tubuh anda lemah dan pitam. 

Gula tetap diperlukan sel badan. 

Namun kebiasaan makanan di negara Asia ini dari buah dan nasi sudah mempunyai kandungan gula. Itu alasan mengapa pengurangan gula dalam pemakanan seharian amat disyorkan. 

Sesekali menikmati kek dan makanan manis,  cuba untuk melakukan aktiviti luar lebih banyak seperti berjalan kaki dan berjogging atau anda boleh mula berpuasa sunat atau menggantikan puasa keesokannya. 

Sebagai manusia biasa,  ada waktu rasa kesal menikmati makanan berminyak banyak dan tinggi gula serta berproses. 

Namun anda harus ingat tidak selamanya anda akan diberi rezeki menikmati ia. 

Ada waktu ketika anda ingin nikmati,  Budget tidak cukup. 

Ada waktu anda berkeinginan,  kedai dan Cafe itu sudah tidak wujud. 

Untuk mengurangkan rasa mengidam dan sekali pengalaman sudah cukup. 

Kemudian kembali menjalani hidup seperti biasa dan cuba untuk kekal dalam diet sihat yang sebenarnya bukan mudah untuk di lakukan. 

Sehingga hari ini saya sendiri tidak mampu untuk mengamalkan diet sihat sepenuhnya. 

Masakan luar sentiasa mudah didapati. 

Orang belanja,  ahli keluarga beli, dapat hadiah dan sebagainya. 

Ingin dibuang tentu sayang maka ia habis dalam perut ini. 

Kemudian impian untuk diet sihat kembali keesokan hari dan bermula cabaran seterusnya. 

Untuk anda dan saya sendiri,  semoga kita semakin hari semakin berjaya mengubah diet ke lebih sihat. 

Insyallah. 

Terima kasih. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan