Lidah Buaya dan Kunyit antara tanaman yang mudah di tanam di dalam pasu |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Terdapat banyak bahan murah dan hanya di berada di dapur untuk kecantikan wajah dan seluruh tubuh termasuk rambut.
Sama ada anda rajin atau pun tidak.
Antara bahan dapur yang murah dan senang didapati paling popular ialah
1. MADU
Madu terkenal untuk pelbagai rawatan termasuk batuk dan sakit tekak serta Supplement utama untuk kekuatan antibodi selain Habbatus Sauda.
Madu boleh di sapu di wajah untuk pelbagai masalah kulit dari jerawat, kekeringan, panau dan sebagainya.
Malah madu juga amat bagus sebagai pengganti pelembap asli kulit.
Selain itu madu juga sesuai untuk rawatan bibir dan lulur @ skrub badan.
2. KUNYIT
Selain terkenal sebagai bahan antiseptik untuk kurap atau penyakit kulit.
Kunyit juga amat bagus untuk menanggalkan parut di wajah dan di tubuh.
Malah kunyit terkenal untuk mencantikkan warna kulit.
Dikalangan actress bolywood, mereka mencampurkan kunyit dan minyak zaitun untuk rambut yang cantik dan menghilangkan kelemumur.
Anda boleh mencampurkan kunyit dalam lulur badan anda.
Dan menyapu pest kunyit di wajah (sikit sahaja) pada waktu malam dalam 2-3 minit kemudian cuci bimbang warna kuning melekat di wajah kecuali anda memakai ia pada hari cuti.
Kunyit termasuk tumbuhan yang mudah di tanam di dalam pasu.
3. BAWANG PUTIH
Selain kunyit, bawang putih juga turut bagus untuk mematikan Fungus dan mengubati penyakit kulit seperti kurap.
Untuk jerawat anda perlu berhati-hati jika ingin memakainya di wajah bimbang kulit terbakar.
Jerawat yang degil boleh dihapuskan dengan bawang putih.
Cincang bawang putih dan ambil seketul kecil sahaja dari yang di Cincang.
Perlahan-lahan tekap di jerawat. Jangan gonyoh bimbang kulit melepuh, jika anda tidak pandai mohon elakkan cara ini.
Pilihan lain, anda hanya perlu makan bawang putih mentah.
Tentu masalah kulit seperti jerawat, kurap dan panas insyallah mudah hilang.
4. LIDAH BUAYA
Mudah di tanam dalam pasu dan dikatakan antara tumbuhan mudah hidup.
Aloe Vera bukan sahaja boleh disapu di wajah, tubuh dan rambut malah sesetengah jenis boleh di minum sebagai Supplement kecantikan dan kesihatan.
Malah kulit yang terkena air panas juga, boleh terus diisi lidah buaya dan ia tidak akan meninggalkan parut, insyallah.
Selain untuk masalah jerawat, kedutan, Fungus, kurap dan parut.
Aloe Vera terkenal sebagai masker kulit asli.
Gel atau isi lidah buaya juga boleh diminum dan dimakan untuk di buat jeli dan Supplement kesihatan.
5. TELUR
Terkenal sebagai lauk kecemasan.
Sebiji telur cukup untuk basuhan dan perapan rambut sihat dan kuat serta berkilau.
Dikatakan petua untuk menguatkan akar rambut dan memberi kilauan, sebiji telur cukup digunakan untuk memberikan rambut sihat dan kuat.
Tidak cukup itu, putih telur juga amat terkenal sebagai masker dan bahan kecantikan kulit.
Sapu putih telur di wajah. Tekapkan kapas muka, tunggu kering dan cabut.
Segala bintik putih di wajah akan ditanggalkan termasuk sel kulit mati dan habuk-habuk yang terperap di pori wajah.
Tunggu apa lagi, jika anda punya waktu dan barang ini di dapur anda.
Mulakan dari sekarang menggunakan bahan makanan semulajadi yang lebih selamat ini.
Selamat Mencuba.
Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan