Sabtu, 30 September 2017

Wanita, Fibroid dan Cyst


Pemakanan sering dikaitkan dengan penyakit 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ketika melayari Facebook,  sering saya melawati status yang menunjukkan carta kenaikan penyakit di dunia.

Bukan itu sahaja,  penyakit kanser dan gout serta kencing manis juga sering di kemaskini di status memberitahu kaum kerabat sahabat di Facebook mengalaminya termasuk golongan muda.

Lupakan sebentar penyakit 3 serangkai yang popular di Malaysia itu.

Kini setiap kali Dato Dr.  Hamid Arshat mengemaskini status tentu ia mengenai pembedahan pesakit wanita yang dirawat beliau.

Melihat komen yang beratus hampir beribu.

Ramai pesakit yang menghadapi masalah ketidaksuburan,  hormon tidak stabil,  cyst,  Fibroid,  kanser rahim dan kanser payudara serta pelbagai jenis penyakit berkaitan wanita.

Sehingga kini tidak diketahui apa punca penyakit ini.

Terlalu banyak faktor di bangkitkan termasuk faktor persekitaran,  stress,  pemakanan,  baka,  penggunaan bahan kosmetik dan dandanan diri termasuk ubat dan pil perancang.

Namun meneliti segala nasihat pelbagai doktor,  dan perkongsian Dato Dr Hamid Arshat di Facebook dan dikongsi oleh Doctor Zubaidi ini jelas menunjukkan betapa penyakit ini semakin kronik di kalangan wanita dan semakin bertambah dan menjadi-jadi.

Malah saya pernah melihat status facebook rakan-rakan saya yang memaklumkan anak mereka semuda 12 tahun ada yang telah mempunyai cyst di rahim dan di bedah.

Belum kira wanita muda yang menghadapi Fibroid ketika mengandung juga semakin menunjukkan kenaikan kes dan semakin kerap dijumpai.

Berikut saya sertakan nasihat dari Dato Dr Hamid Arshat yang turut di kongsikan oleh Doctor Zubaidi di Facebook beliau.

Amalkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran segar dalam pemakanan dan kurangkan makanan proses
Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal.

"LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PENGARUH HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Punca sebenar bagi penyakit2 yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .

Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut

Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi2 edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat2 kewanitaan, kecantikkan,  fungsi2 seks, bentuk badan dan lain2..

Tindakan2 estrogen terhadap tisyu2 biasanya diesimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita  tidak mengalami penetasan telur / ovulation.

Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.

 Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesity. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukkan estrogen serta pengurangan Progesteron.

Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang.  Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.

Oleh itu, saya cadangkan  beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.

Langkah2 mengawal estrogen.

1, Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.

2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

3.Mengawal stress.  Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita.  Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress  seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

Pengambilan makanan yang berkhasiat.

 Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:

4.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah  mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.

5.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang  bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.

6.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen)  di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan

7. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

8. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia.  Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.

9.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita.  Begitu juga flexseed.  Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.

10. Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.

11. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan,  ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.

12. Bawang- bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung.  Ia juga mengandungi  bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.

13. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.  Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron

14. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.

15. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah  dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti - Estrogen

16.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen

17. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.

18. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.

19. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan  tubuh badan wanita.  Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormone serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit  seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut."

Semoga bermanfaat.

Dalam status perkongsian Doctor Zubaidi di Facebook yang di ambil dari perkongsian status dan nasihat Dato Dr Hamid Arshat jelas menunjukkan keprihatinan kedua-dua doktor ini bagaimana isu ini menjadi semakin biasa dan kebimbangan mereka mengenai isu ini.

Sebagai wanita mahupun lelaki kesihatan amatlah penting,  lebih-lebih lagi wanita menjadi tempat lahirnya zuriat dan keturunan keluarga seterusnya.

Melihat gaya pemakanan zaman moden yang penuh perisa dan hipster serta pewarna menakutkan ia pasti sesuatu yang menimbulkan kebimbangan.

Dalam menuju arus kemodenan sama-sama kita saling mengingati satu sama lain agar tidak terus terbabas dalam gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.

Sama-sama kita semua berusaha ke arah hidup dan pemakanan lebih sihat.

Jauhi stress,  hindari persekitaran yang membebankan,  nikmati makanan sihat dan halal.

Rajin melakukan aktiviti,  tanam sendiri walaupun anda terpaksa Bercucuk tanam di dalam pasu sebagai langkah mudah untuk anda menikmati herba dan sayur bebas racun yang senang didapati.

Semoga kita semakin kuat dan gagah untuk perkasakan semangat untuk menjaga kesihatan sesama kita.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan