Jumaat, 29 September 2017

Resepi Mudah :- Lempeng Pisang Gandum Penuh


Lempeng pisang gandum penuh
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia bukan mudah untuk kekal dalam menjalani pemakanan sihat atau Eat Clean.

Terlalu banyak halangan,  jika punya Budget dan stok makanan,  masa menjadi punca untuk memasak dan menyediakan menu sihat.

Punyai masa,  Budget pula menjadi isu.

Punyai semangat memasak dan Budget bekalan bahan mentah tiada di pasaraya dan pelbagai lagi isu yang tidak mampu dielakkan.

Untuk kali ini,  perkongsian artikel resepi kali ini adalah menu sihat paling mudah.

Tinggi serat dan gula asli serta mudah dimasak.

Hanya dapatkan pisang dan sebiji telur sahaja.

Di syorkan telur selenium atau telur organik sahaja.

Berikut bahan-bahan dan cara mudah untuk membuar Lempeng Pisang Gandum Penuh

Resepi Lempeng Pisang Gandum Penuh 

Bahan-bahan 

1. Pisang pilihan digalakkan berangan atau emas
2. Sebiji telur 
3. Setengah sudu kecil minyak sapi tulen (optional untuk tambahan lemak sihat) 
4. Tepung gandum penuh (jika anda mengamalkan diet tanpa gluten sila tukarkan ke tepung kelapa atau tepung badam) 
5. Kelapa muda parut (optional @resepi diatas tiada kelapa parut) 
6. Garam Pink himalayan 

Cara Membuatnya 

1.  Lenyek pisang sehingga hancur. 
2. Masukkan sebiji telur.  Kacau sehingga sebati.  Masukkan garam,  kacau lagi. 
3. Masukkan sedikit minyak sapi tulen. Kacau lagi. 
4. Masukkan sedikit tepung demi sedikit. 
5. Pastikan bancuhan sederhana cair (tidak pekat sangat atau keras). 
6. Masak atas Non stick pan dengan api perlahan. Ambik sesenduk bancuhan dan buat bulatan dalam kuali. 
8. Paling-palingkan dengan cermat. 
9. Angkat hidangkan panas. 
10. Hias dengan buah-buahan dan sos kegemaran anda yang sihat. 

Di hidang dan di makan panas. 

Nikmati ia dengan menu sihat lain
Menu Lempeng Pisang Gandum Penuh ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau petang.

Sebagai snek sebelum anda melakukan aktiviti sukan dan aktiviti lasak atau post work out.

Pisang yang manis Semulajadi akan mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis lain.

Malah pisang adalah dari gula asli yang bukan diproses.

Menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh membuatkan anda lebih kenyang dan tahan lapar lebih lama.

Pastikan anda menikmati Lempeng Pisang Gandum Penuh ini bersama buah-buahan sihat atau salad untuk menu sihat yang jauh lebih baik.

Selamat Mencuba dan menjalani diet dan pemakanan yang jauh lebih sihat.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan