Ahad, 2 Julai 2017

Minuman Herba Cina Untuk Detoks dan Awet Muda


Minuman Herba Cina khas untuk detoks dan Awet muda
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Seminggu menikmati makanan berlemak,  tinggi kalori dan tidak sihat tanpa henti,  juga baki 3 minggu lagi sebelum habis Syawal terlalu banyak giliran rumah untuk dihadiri untuk pelbagai majlis antara alasan mengapa detoks satu perkara harus dan mungkin wajib dilakukan. 

Selain berpuasa enam dan mengawal pemakanan,  alternatif tambahan ialah menikmati minuman detoks. 

Jika sebelum ini saya kerap mencadangkan cuka epal sebagai antara bahan detoks paling mudah namun anda juga boleh mencuba minuman Herba yang tinggi khasiat dan mengenyangkan ini sebagai alternatif detoks dan Awet muda seterusnya. 


Bahan-bahan yang di perlukan 

Jika sebelum ini saya berkongsi resepi Remedi Menyejukkan Badan di Musim Panas,  resepi minuman ini hampir sama sahaja namun di tambah bahan lain. 

Telah lama mengetahui kewujudan kulat putih atau White fungus namun baru minggu lepas saya mengetahui nama sebenar bahan ini dan khasiatnya di Facebook Dr.  RIZAL salah seorang doktor dalam kalangan sahabat Facebook saya. 

Maka remedi detoks kali ini di tambah White fungus dan biji teratai.  Sebelum ini resepi air rebusan daun teratai dan akar teratai untuk membuang lemak juga turut di kongsi kan oleh saya di artikel Khasiat Teratai Untuk Tubuh

Untuk info white fungus atau kulat putih ini menjadi bahan dalam membuat lai chi kang.  Ia popular di kalangan kaum cina sebagai 'sarang burung orang miskin'  dan yang pasti khasiat utama kulat putih atau White fungus ini ialah fungsi kolagen yang menjadikan kulit gebu,  cerah dan Awet muda.  Faktor utama mengapa air rebusan detoks dan Awet muda ini wajib di tambah White fungus. 

Biji teratai bagus untuk usus dan juga untuk wanita.  Biji teratai membantu dalam pencernaan dan bagus untuk usus.  Malah biji teratai turut membantu dalam mengurangkan penuaan dini atau sumber untuk awet muda. 

Longan kering terkenal untuk menyejukkan badan.  Badan yang kaya toksin kebiasaannya sentiasa panas,  maka longan membantu mengurangkan panas dan mengurangkan toksin. 

Buah goji beri amat bagus untuk mata dan Awet muda. Kurma merah atau kurma cina tinggi khasiat dan menguatkan badan dan usus. Ciri anti oksidan dalam kurma merah antara sebab utama mengapa anda harus menambah kurma ini dalam air rebusan herba ini.

Untuk kali ini saya menggunakan kurma merah atau cina jenis besar yang amat manis dan juicy.

Anda boleh lihat 2 perbezaan kurma ini disini.

Jenis kecil dan jenis besar.

Perbezaan size kurma

Rasa kurma ini menambah kesedapan air herba ini.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara menyediakan air rebusan ini.

Bahan-bahan

Kurma cina
White fungus
Biji teratai
Goji berry
Longan kering


Cara membuatnya

Rebus white fungus,  biji teratai dan Longan kering.

Rebus sehingga biji teratai lembut dan Longan kering kembang.

Masukkan kurma merah ketika air mendidih.  Tutup periuk.

Setelah sejuk tuang di dalam gelas dan tambahkan buah goji merah atau goji Berry.

Siap untuk di minum.


****Pilihan lain cara membuat yang lebih mudah.

Hanya rebus biji teratai sehingga lembut.

Masukkan bahan lain ke dalam termos berserta air suam.  Rendam 4-5 jam sehingga kembang.

Tambah sahaja biji teratai yang siap di rebus ke dalam termos sebelum diminum.

Jika anda suka manis,  boleh minum dengan madu atau gula kundur.

Siap untuk diamalkan. 



Selamat Mencuba resepi detoks mudah lagi enak serta mengenyangkan ini.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan