Sabtu, 1 Julai 2017

KISAH Aidilfitri 2017


Bergambar bersama Ibu Tersayang di hari raya Aidilfitri ke 2
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin untuk semua pembaca Blog yang mengenali diri saya atau membaca Blog ini.

Ucapan ini juga untuk semua pelanggan saya sama ada dalam bidang insurans dan Takaful juga untuk mereka yang pernah dan menggunakan produk di bawah jenama Qisya Khadeeja. 


Syawal pertama di rumah ibu saudara 
Tidak seperti tahun lepas hanya satu hari saya beraya di Kuantan bersama keluarga,  tahun ini saya beraya di Kuantan lebih lama. 

Hari pertama keluarga saya merayakan Aidilfitri dengan tema warna kuning emas.  Saya memilih warna dasar kuning cair atau NUDE yang saya kira lebih sesuai dengan cuaca panas ketika ini. 

Mereka yang mengenali saya dengan lebih dekat pasti memahami saya lebih suka memilih fesyen dan warna yang sebati dan kena dengan jiwa dan personaliti saya berbanding mengikut trend yang mungkin tidak sesuai dengan jiwa dan diri saya sendiri. 

Bergambar bersama Keluarga 
Seperti biasa,  ada ahli keluarga yang beraya di rumah mertua masing-masing dan ada beraya di rumah keluarga kami. 

Bersiap dengan kadar sederhana,  saya hanya memilih batik bandung berlabuci (dibeli pada tahun 2009, namun dirasmikan pada tahun ini) dan di padankan dengan baju Ruffle yang simple  dan longgar serta tudung bawal sahaja.

Baju jenama Aina Hariz itu di beli saya di modvier Kuantan. 

Untuk tahun ini saya memilih imej dan fesyen 'back to basic'  Di mana campuran moden dan tradisi serta mengutamakan batik dalam fesyen Aidilfitri untuk kali ini. 

Tema warna Gold mustard 
Sesi bergambar bersama keluarga seperti biasa dan bersalaman di mulakan,  kemudian semakin ramai kaum kerabat kami datang beraya. 

Antara kaum kerabat terdekat 

Seperti biasa hari pertama Aidilfitri ialah hari raya untuk kaum kerabat terdekat dan keluarga.

Sesi bergambar bersama kaum kerabat ialah acara wajib.

Selepas solat zohor,  saya menukar baju raya Pink striking yang pernah di pakai Aidilfitri pada tahun 2012 dahulu.

Seperti anda lihat di kebanyakan gambar saya,  hanya hari raya sahaja hari saya memakai baju kurung atau tradisi,  itu antara alasan mengapa saya pada tahun 2014 dan seterusnya lebih suka memilih Style mix and match yang lebih sesuai dengan identiti dan mengelakkan pembaziran.

Baju raya tahun 2012 yang hanya di pakai sekali sahaja,  kini dii pakai kembali Aidilfitri 2017
Sebagai peminat shawl berbulu ostrich dari tudung Ruffle,  saya memilih bawal ini untuk hari raya pertama Aidilfitri di padankan dengan baju kebaya Pink striking tahun 2012 untuk aktiviti beraya seterusnya. 

Beraya di rumah adik ipar
Untuk info seperti biasa,  hari raya Aidilfitri ini saya menikmati pelbagai hidangan.  Termasuk kuih raya yang memang antara kegemaran saya setiap kali tiba Aidilfitri.

Raya pertama keluarga kami sempat singgah beraya di rumah bakal adik ipar kami yang bakal bernikah minggu hadapan.


Baju raya ke 2 dengan batik tahun 2005

Hari raya kedua Aidilfitri,  saya hanya memakai baju Pink lembut juga dari Aina Hariz yang di beli di modvier, di padankan dengan batik hijau yang ditempah pada tahun 2005. 

Batik hijau ini sebenarnya ialah kain batik bersama baju kebaya hijau nyonya yang menjadi kesayangan saya sehingga kini. 

Baju yang saya gemari saya akan simpan selama mana saya ingin simpan.  Malah ada baju raya saya pada tahun 2000 sehingga kini masih elok dalam simpanan saya. 

Tudung atau shawl dari tudung people juga di beli pada tahun 2012 namun baru kini dirasmikan oleh saya. 

Alang-alang membeli saya memang memilih sesuatu yang berkualiti dan tahan lama. 

Makan banyak di rumah ini
Ketika beraya di rumah keluarga adik ipar saya pada Aidilfitri kedua,  ia adalah antara rumah yang paling banyak makanan yang saya nikmati. 

Dari roti jala,  nasi putih,  kari daging kerbau,  nasi impit semua saya ulang berpinggan-pinggan.


Taktik untuk nampak lebih SLIM bergambar 
Juga seperti tahun lepas,  selfie raya untuk tahun ini saya abadikan di hari raya Aidilfitri kedua selepas puas menikmati hidangan. 


Selfie untuk Aidilfitri tahun 2017 ini
Hari raya Aidilfitri ketiga,  kami sekeluarga pulang ke kampung halaman menghadiri majlis pertunangan sepupu sekaligus berhari raya di kampung.

Hanya baju raya Aidilfitri tahun 2009 yang diperagakan oleh saya pada hari raya ketiga ini bersama bawal feather dari tudung Ruffle.

Bertahun tidak pulang ke kampung halaman,  rasa indah sungguh bergambar di kawasan kampung menghijau.

Raya ketiga kulit saya mulai kering dan ditumbuhi ruam serta eye bag yang teruk akibat tidak tidur lena beberapa hari,  kurang minum air dan tidak pantang makanan berminggu-minggu.  Kulit sensitif adalah perkara biasa jika tidak dijaga.

Namun itu bukan alasan saya harus berdukacita dan tidak mengambil gambar di dalam balutan baju raya Aidilfitri 'recycle'  ini. 

Bergambar di kampung halaman 
Istimewa baju raya Aidilfitri tahun 2009 ini ia adalah dari Thai Silk atau sutera Thai bercorak songket,  ia adalah antara baju raya yang saya suka atas alasan klasik,  sekaligus antara baju yang kekal menjadi simpanan saya ke hari ini. 

Sutera Thailand bercorak songket
Sesuai dengan tema back to basic,  modern vs traditional,  maka kasut raya juga saya pakai dari corak songket yang di simpan lama oleh saya semenjak tahun 2012 lagi. 

Kasut raya bercorak songket dibeli tahun 2012

Kasut ini ketika dibeli,  diberitahu oleh penjual sebagai hasil buatan tangan bukan buatan mesin,  mungkin itu alasan mengapa ia langsung tidak rosak walaupun telah lama disimpan. 

Selepas majlis pertunangan kami sekeluarga berhari raya ke Bandar Pusat Jengka atau bandar Tun RAZAK di Maran iaitu rumah ibu saudara belah ibu kami. 

Kami kembali ke Kuantan pada hari yang sama. 

Sempat selfie di dalam kereta  menuju ke bandar 
Hari raya Aidilfitri keempat saya dan adik perempuan saya ke bandar membeli kelengkapan dan mencari kain sebagai hantaran perkahwinan adik lelaki saya yang ke 7 pada minggu hadapan. 

Sayangnya kedai kain Jakel Kuantan tutup,  maka saya dan adik saya hanya menikmati makan tengah hari di The Coffee Bean &  Tea Leaf Di East Coast Mall,  Kuantan. 

Kenyang makan menu raya kita makan menu barat pula
Sempat window shopping,  saya tidak lepaskan peluang melawat kedai NHF salah sebuah kedai organik kegemaran saya di sini. 

Hanya sekadar melihat sahaja produk di jual disini,  antara yang menarik hati ialah teh khas untuk kesihatan mata. 

Namun harga RM26.90 Untuk 20 sachet agak lari Budget untuk saya,  maka saya sekadar melihat bahan-bahan dan meletakkan teh ini kembali. 

Jika anda juga ingin menjaga kesihatan mata dan pengemar teh anda boleh mencuba teh ini.

Teh ini berharga RM26.90 Untuk 20 sachet 
Hari Sabtu sekali lagi saya keluar membeli barang keperluan bersama ibu saya. 

Begitulah rutin hidup saya kerap keluar berpanas namun alhamdulillah,  kulit sunburn saya kekal pulih dan semakin pulih dari hari ke hari. 

Seperti biasa saya kerap menikmati masakan arab sebagai hidangan tengah hari di luar bersama ibu saya khususnya. 

Menikmati hidangan tengah hari di restoran Arab terkenal Kuantan 

Dengan diet pemakanan yang tidak sihat dan ke laut semenjak berbulan lepas dan sembuh dari ekzema tentu sekali saya menanam azam untuk kembali menjaga diet dan pemakanan saya sendiri. 

Namun lambakan makanan di hadapan mata memang sesuatu yang harus saya belajar kawal selepas ini. 

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada semua,  Maaf Zahir dan Batin. 

Saya berdoa dan berharap semoga hari raya Aidilfitri tahun ini dan seterusnya adalah hari raya yang sentiasa di tunggu dan membahagiakan. 

Terima kasih atas segala kurniaan Allah kepada saya dan anda semua. 

Untuk bahagia dan gembira,  anda harus bersyukur dengan yang sedikit dahulu,  baru yang besar akan terus datang. 


Terima kasih. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan