Khamis, 30 Mac 2017

Pengguna KAYU SUGI, ini 11 tips Untuk Anda


Kayu sugi
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering mendapat pertanyaan dan komen mengenai penggunaan kayu sugi.

Ini tips dan perkongsian ringkas untuk anda.

1. Ia diakui kebanyakan kayu sugi yang dijual agak keras dan kering.  Jika anda boleh memilih,  pilih yang lembut.  Ia kurang menyakitkan gigi dan Gusi.

2. Kayu sugi lembut dan halus sesuai untuk kanak-kanak.  Untuk dewasa sila pilih yang lebih besar.  Namun kayu sugi kecil juga bagus digunakan oleh orang dewasa untuk digigit gigit untuk senaman gigi,  harus diingatkan ini terpakai untuk kayu sugi halus lembut kebiasaannya dibawa pulang dari Mekah atau Madina.

3. Elakkan membeli kayu sugi keras dan kering.  Ia akan melukakan gigi dan Gusi anda. Bahaya untuk gigi dan Gusi anda.  Pilih sekadarnya sahaja.  Jika ia keras sedikit,  rendam sahaja hujung kayu sugi anda itu kedalam bekas berisi air.

4. Anda boleh merendam kayu sugi anda ke dalam gelas berisi air bersih.  Saya sekadar merendam kayu sugi saya ke dalam bekas plastik,  saya menjauhkan botol kaca bimbang risiko terpecah.

5. Anda boleh mengigit sedikit hujung kayu sugi baru anda yang pertama kali ingin digunakan. Pastikan hujungnya lembut.  Basahkan sedikit dengan air hujung kayu sugi tersebut.  Kumur mulut dan mula bersugi.

6. Mulakan bersugi dari kanan ke kiri membentuk nombor 8 secara terbalik dari kiri ke kanan gigi anda sebanyak 3x.  Kemudian gosok perlahan lahan bahagian atas dan ke bawah.  Termasuk bahagian lidah..

7. Jika kayu sugi anda masih keras, pastikan ia kekal lembut dengan mengetuk bahagian hujung dan merendam ia dalam air selama 10-15 minit lagi sebelum digunakan.

8. Jauhkan kayu sugi anda dalam keadaan lembab,  bimbang naik kulat.  Hanya rendam bahagian hujung sahaja.  Ada beza rendam dan lembab.

9. Untuk bulan-bulan pertama penggunaan kayu sugi,  akan wujud ketidak keselesaan atas pengeluaran toksid di mulut dan lidah,  perkara ini akan berlalu dan akan berganti dengan nafas dan bau mulut serta gigi lebih sihat.

10. Kayu sugi dari batang zaitun  dikatakan antara yang terbaik,  kayu sugi yang dibawa pulang dari umrah dan dibungkus sebatang-sebatang jauh lebih berkualiti berbanding yang dibungkus satu bundle sekaligus.

11. Ambil masa dalam belajar bersugi,  jangan terlalu tertekan dan banyak mengomel pelajari dan amalkan perlahan lahan.

Selamat Mencuba menggunakan kayu sugi.

Untuk kebaikan Kayu sugi anda boleh membacanya

Kebaikan Kayu Sugi


Terima kasih








2 ulasan:

  1. Assalammualaikum, kalau kayu sugi yang berkulat tu.. masih dapat digunakan lagi tidak?

    BalasPadam