Jumaat, 3 Februari 2017

Perbezaan Manna ( Gam Arab) dan Luban (Kemenyan Arab)



Manna dan luban

Assalammualaikum dan salam sejahtera .

Salam Jumaat yang berkah.

Seiring ditanya adakah Luban dan Manna benda yang sama,  oleh mereka yang masih keliru,  saya simpulkan perbezaan antara Manna dan Luban di dalam artikel ini. 

Sila lihat perbezaan bentuk Manna dan Luban dalam gambar di atas dan di bawah. 

Luban juga dikenali sebagai kemenyan Arab dan Manna yang lebih dikenali sebagai gam Arab 
Luban turut dikenali sebagai kemenyan Arab.  Ia juga dikenali sebagai gula-gula getah Arab. 

Jika anda pegang Luban ia terasa seperti kenyal-kenyal.  Rasanya pahit bila dikunyah dan seperti gula-gula getah ketika dikunyah. 

Manna  yang lebih dikenali sebagai gam Arab berwarna putih jernih ke coklat gelap bergantung kepada gred.  Gred yang lebih bagus mestilah berwarna putih pucat atau jernih. 

Lebih cerah warna gam Arab atau Manna dikatakan lebih tinggi gred dan bagus. 

Manna diperbuat dari getah pokok dan berbentuk kristal.  Anda perlu merendam gam Arab ini dahulu sebelum menikmatinya.  Jika anda gigit ketulan gam Arab ini agak tidak sesuai kerana gam Arab ini keras dan boleh melekat di gigi anda. 

Luban di sebelah kiri.  Manna di sebelah kanan. 
Luban lebih berbentuk seperti getah dan Manna lebih berbentuk kepada kristal

Manna terkenal untuk kesihatan usus.  Ia adalah antara sumber prebiotik terbaik yang tinggi serat.

Manna amat bagus untuk kesihatan usus dan kulit.

Luban amat terkenal untuk kesihatan minda dan saraf.

Seperti Manna,  anda juga boleh merendam Luban jika anda malas mengunyah Luban seperti gula-gula getah.

Manna lebih bagus dan tinggi khasiat jika direndam kerana terbentuk probiotik jika ia direndam semalaman.

Luban lebih digalakkan dikunyah berbanding direndam dan diminum.

Untuk khasiat Luban dan Manna sila rujuk artikel dan link di bawah :-

Khasiat Manna atau Gam Arab

Khasiat dan Kebaikan Luban atau Kemenyan Arab

Semoga artikel ini membantu anda.


Terima kasih







Tiada ulasan:

Catat Ulasan