gambar saya berposing ditepi pantai di terik mentari tengah hari |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya mendapat banyak email pertanyaan mengenai Ekzema dan Topical Steroid Withdrawal (TSW).
Saya juga membaca banyak mesej-mesej keluhan tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari ahli keluarga untuk menukar diet serta bahan-bahan alami sebagai salah satu penyembuhan kepada penyakit auto imun ini.
Ingin saya tegaskan disini penyakit auto imun bukan sahaja Ekzema tetapi termasuk asma, arthritis, resdung, gout, diabetis, migrain dan sebagainya.
Diet yang sihat bukan sahaja perlu dilalui oleh mereka yang memilih untuk mengharungi TOPICAL STREROID WITHDRAWAL , tetapi ia amat digalakkan untuk mereka yang menghadapi masalah asma, resdung , gout , diabetis dan dengan diet dan pemberhentian produk-produk kimia, proses baik pulih akan berlaku didalam dan diluar tubuh yang dinamakan 'healing proses' dimana kemungkinan besar masalah penyakit anda akan lebih kelihatan dan keluarnya penyakit-penyakit lain yang tidak pernah anda tahu.
Alhamdulillah, saya hanya menghadapi masalah Ekzema setelah nekad untuk melalui proses TSW dan saya bersyukur kerana pertarungan saya tidak seteruk pejuang-pejuang penyakit auto imun yang melalui proses TSW yang lain walau permulaan fasa pertama TSW saya amat teruk dan antara yang paling kritikal didalam group Ekzema Malaysia satu waktu dulu.
Mari saya berkongsi dengan anda , yang masih keliru atau masih dipersimpangan untuk memulakan proses TSW atau tidak, ini antara apa yang saya lalui, dan anda sendiri putuskan untuk melaluinya atau tidak :-
1. Pelaburan wang yang banyak untuk membeli supplement, ini BENAR sekali.
Makanan organik jauh mahal dari makanan biasa dan agak sukar didapati. Makanan asli seperti mentega asli juga berbeza harga dengan mentega campuran lain hampir 2 kali ganda. Biskut gluten free juga hampir 3-4X ganda lebih mahal dari biskut Chipsmore atau Oreo.
2. Pertukaran mendadak diet yang lebih sihat walaupun saya tetap menikmati coklat dan makanan diluar serta kek dan kuih muih kegemaran (tahan liur lihat adik beradik dengan mudah menikmati makanan enak yang berproses dan berbau menyelerakan).
Makanan organik atau makanan asli yang dimasak sendiri di rumah tidak sesedap masakan diluar kerana anda tidak dibenarkan menggunakan ajinomoto. Rasa ayam organik juga tidak sedap seperti ayam kampung. Sosej, nugget, air milo atau air berkarbonat yang lain juga anda kena tinggalkan termasuk coklat Kit Kat. Itu belum kira anda bakal di 'sound' oleh rakan-rakan pejabat , kumpulan anda kerana tidak menikmati makanan bersama-sama mereka dan tertekan dengan pelbagai sindiran ahli keluarga yang lain.
Terima hakikat, untuk sementara waktu (6 bulan Pertama), 98% makanan harian anda adalah tidak sedap sama sekali, masa anda untuk perlu di luangkan bagi menyediakan masakan. Bersiap sedia menikmati menu hidangan seorang diri dan menghabiskan makanan yang rasa sepertia 'tiada apa-apa' itu.
3. Bau busuk minyak kelapa atau minyak zaitun diseluruh tubuh (sebelum saya mengenali minyak pati Young Living dan menambah Lavender EO didalam campuran minyak kelapa dara). Mohon lupakan deodorant dan pewangi tubuh anda untuk jangka masa lama. Bau baju pun tidak wangi seperti selalu
Ketika saya melalui TSW perkara pertama yang saya wajib lupakan untuk seketika (6-12 bulan), ialah perfume kesayangan saya atau pewangi samaada semburan badan, pencuci baju, pewangi dan pelembut pakaian, pewangi kereta dan segala pewangi.
Anda perlu melumur tubuh anda dengan sesuatu yang melembabkan. Bukan losyen tetapi minyak atau mungkin juga bedak atau gel herba tanpa bahan kimia 100%. Bersiap sedia untuk tubuh anda berbau minyak atau herba jika anda memilih herba. Sungguh tidak enak baunya sehingga melekat di baju dan tudung anda.
Saya hanya menggunakan minyak kelapa dara di tubuh saya dan bau itu melekat di semua baju-baju saya sehingga saya terpaksa membuang baju-baju tersebut kerana tidak tahan bau minyak yang melekat di baju-baju saya.
Jika anda punyai lebihan budget anda boleh membeli minyak pati asli atau Pure Essential Oil (EO) Young Living , Lavender oil sebagai tambahan dalam minyak sapuan Ekzema anda untuk mengurangkan bau minyak yang tidak enak.
Saya agak lambat mengenali EO ini, Ketika TSW @ ekzema saya pulih 90% baru saya mengenali minyak ini dan ketika itu semua pakaian saya yang digunakan ketika mengidap ekzema sudah dibaluti bau minyak kelapa dara dan tidak dapat ditanggalkan kerana saya membasuh pakaian menggunakan baking soda dan cuka putih sahaja dan kadang kala buah lerak sebagai pencuci pakaian.
Harus diingatkan sekali lagi, untuk Fasa pertama TSW, anda perlu berkorban segala-galanya untuk penyembuhan termasuk menghentikan dahulu penggunaan sabun-sabun komersil termasuk sabun organik kecuali jika anda sudah mula sembuh banyak 80% dan keatas, anda boleh mula menggunakan pencuci organik.
Nasihat saya ketika proses ini, guna sahaja baju biasa yang murah dan selesa dipakai, kerana kemungkinan anda membuang baju tersebut adalah tinggi.
5. Tengok sahaja adik beradik dan ahli keluarga yang lain minum air sedap-sedap makan sedap-sedap ketika sama-sama menikmati makanan diluar. Mental anda kena kuat & pengorbanan anda memang amat diperlukan
Terima hakikat, ketika proses TSW, anda terpaksa berhenti makan diluar atau hanya menikmati makanan yang kurang dari segi cara penyediaan.
Ketika proses TSW, saya tidak dapat mengelakkan dari menikmati makanan diluar, tentu sekali pilihan paling mudah ialah nasi putih dan lauk pauk yang berunsur sayur-sayuran masak lemak dan bersantan.
Tidak perlu risau, santan adalah antara bahan terbaik untuk diet ekzema dan ia sebenarnya lansung tidak mengakibatkan berat badan naik atau kolesterol. Santan amat bagus untuk kesihatan tubuh badan dan menguatkan tubuh.
Saat melalui TSW, santan adalah menu paling mudah untuk anda nikmati diluar, dan jika masih sukar pilih sahaja makanan berasaskan lamb. Mohon jauhkan dari makanan bergoreng kerana makanan diluar digoreng menggunakan minyak yang sama sekaligus menyebabkan kehadiran toksid.
Pilih makanan berkukus dan kuih berkukus atau rebus yang diperbuat dari tepung pulut atau tepung beras bukan tepung gandum. Pilihan saya tentu sekali buah melaka, bingka ubi kayu, asam gumpal, pulut panggang dan kuih tidak bergoreng lain.
6. Sindiran dan tiada sokongan orang sekeliling.
Terima hakikat, bukan mudah menjadi 'mainstream'.
Bau cuka epal anda memang masam dan agak busuk tidak wangi seperti bahan produk kecantikan lain.
Ahli keluarga anda dan rakan anda tentu tidak suka tentang bau ini.
Bau minyak kelapa dara juga sama. Rasa masakan anda tanpa MSG juga sungguh berbeza dengan masakan yang kaya dengan segala bahan tambahan seperti sosej, keju dan sebagainya.
Jangan risau, nasi goreng bashmathi vegetarian anda amat sedap, jangan lupa tumbuk bawang putih dan bawang besar, cili api dan serai menggunakan lesung batu.
Ia jauh menyelerakan dari masakan diluar yang lain. Jangan lupa wajib tambah daun limau purut dan daun pandan untuk bau yang lebih menyelerakan dan rasa yang jauh lebih sedap.
Anda terpaksa redha untuk sementara waktu menikmati bawang putih mentah bersama nasi putih panas anda , atau mungkin nasi goreng anda.
Saya hanya mengamal bawang putih mentah tidak sampai 3 bulan sahaja, mohon jangan tertekan, diet Ekzema tak seteruk anda bayangkan.
7. Rasa rendah diri dan seorang diri
Hidup memang seorang diri.
Mungkin selama ini anda bahagia memakai perfume semerbak seperti saya dahulu yang amat cintakan bau perfume popular yang wangi.
Tetapi percayalah, seiring dengan proses TSW, badan dan tubuh anda lebih kuat.
Kulit tubuh anda jauh lebih cantik dari sebelumnya.
Saya peminat kasut tinggi selalu merasakan urat dikaki saya timbul kerana memakai kasut tinggi,
Selepas TSW, urat di kaki saya hilang sendiri dan baru saya tahu ia disebabkan steroid.
Kulit ditubuh saya jauh lebih cantik dari sebelum terkena Ekzema dan TSW.
Sungguh mengembirakan melihat setiap perubahan kulit disetiap anggota tubuh badan saya walau pun bahagian tersebut tidak terkena ekzema.
Selepas sembuh anda boleh kembali bersuka ria bersama sahabat-sahabat anda dan mulai hidup baru yang lebih indah.
Kekal berhati keras dan tabahlah, biar apa orang cakap, mohon jangan peduli, yang penting anda tahu apa anda mahukan dan yang terbaik untuk tubuh dan sakit anda itu sendiri.
8. STRESS, STRESS.. STRESS
Saya paling stress dengan hidup ketika melalui TSW.
Tidak cukup tidur. Kulit yang dahulu putih melepak bertukar hitam.
Air muka berkerut seperti orang tua.
Tengah malam saya ingin tidur tetapi tidak dapat tidur kerana menggaru. Saya menangis kerana takut parut saya tidak akan hilang kerana terlalu teruk dan saya berusia 35 hampir 36 tahun ketika itu.
Saya merasa seram jika parut itu kekal ditubuh saya dan saya merasa amat takut jika ekzema itu melarat hingga saya tua.
Saya tension yang amat sangat. Sudahlah saya pengemar makanan yang sedap. Dirumah saya kakak saya, ibu saya , kawan-kawan saya semua ingin belanja saya makanan sedap. Adik beradik saya sering membeli makanan sedap. Peti ais saya penuh makanan frozen yang sedap dan saya hanya mampu melihatnya dan hanya menikmati makanan yang ntah rasa apa-apa.
Jika diimbas betapa tension dan stressnya saya di fasa TSW dahulu sehingga saya sumpah tidak ingin kenang lagi.
Saya lupakan makeup, lupakan pelbagai benda yang saya suka...
tetapi kini saya sungguh rasa ia amat berbaloi.
TEKAK SAYA agak sukar menikmati makanan manis yang mengarut.
Saya lansung tidak terliur ke air MILO atau air famous lagi.
Saya kembali ke Kuantan untuk AIDILFITRI 2016 dengan kulit licin licau tanpa parut malah parut lama dulu-dulu juga hilang.
Kaki saya tiada urat yang timbul, seperti zaman saya belum terkena ekzema lagi.
Kulit tubuh saya jauh lebih cantik dan halus.
Saya ditanya adik lelaki saya seorang doktor tentang perubahan ketara kulit saya yang dahulu amat teruk , apa yang saya gunakan.
Saya hanya beritahu apa saya gunakan dan apa saya hentikan.
Saya bukan sahaja ditanya seorang dua yang terkejut dengan perubahan kulit saya.
Sungguh, jika kulit anda tinggi anti oksidan, insyaallah walau seteruk mana Ekzema atau luka anda ia akan sembuh sendiri dengan izin Allah.
Tiada kusangka memang benar bacaan dan kata-kata orang sebelum ini, bila anda guna bahan asli kulit itu akan jadi cantik dari sebelumnya lagi.
Saya sudah melaluinya dan saya bersyukur.
Untuk anda yang pernah menghantar email kepada saya dan akan menghantar lagi email-email seterusnya kerana blog ini adalah antara yang teratas mengenai Ekzema digoogle, saya mohon anda baca dan cuba mengerti apa yang saya sampaikan.
Sia-sia jika anda berjuang separuh jalan. Jika anda sudah putuskan untuk hentikan steroid, mohon hentikan terus, tak perlu dengar cakap-cakap mereka yang tidak pernah memahami apa yang anda baca dan apa yang anda lalui.
Setelah sembuh, jangan terlalu tertekan. Social life mesti diteruskan. Teruskan bersosial tetapi berpada-pada. Tidak perlu menikmati makanan tidak sihat yang tidak sesuai dengan diet anda lebih dari 3 hari berturut-turut. Lakukan detoks selalu.
Saya antara mereka yang teruk dikecam di group facebook Ekzema dan antara mereka yang menghadapi Ekzema yang teruk, alhamdulillah sembuh dan jauh lebih sihat dan kulit lebih cantik dari sebelumnya.
Jika diusia begini saya boleh berjaya apalagi jika anda lebih muda dari saya.
Semoga artikel ini memberi anda motivasi dan ketabahan.
Salam perjuangan dari saya.
Terima kasih.
tqvm atas perkongsian...akk baru 3 minggu tsw...setelah 18 thn menggunakn krim bethametasone.skrg akk 42 thn.amik keputusan utk stop demi kesihtn mndatang...subhanallah...bila berhenti mndadak...keluar semuanya....takut pun ada...namun artikel adik mnmbah kekuatan akk utk teruskn...tqvm dik...
BalasPadamSama-sama. Saya menerima email dari puan 2x hari ini dan whatapps dari puan. Actually di dalam Group ekzema beribu orang telah sembuh dan melalui diet yang sihat.
PadamIkut sahaja saranan diberi. Diet straight untuk 3 bulan pertama memang memberi tekanan kerana ia seolah menampakkan tiada kesembuhan.
Namun kebiasaan kuasa Allah akan menyembuhkan selepas 3 bulan seterusnya.
Mohon kuat dan sabar serta rajin berdoa.
Terima kasih