Jika anda berada di Melaka, dan merupakan peminat kuih muih melayu , anda digalakkan kesini. Di Perhentian Kuih Kampong yang terletak di berhampiran bandar hilir dan Jalan hujong pasir ini.
  | 
| barisan kuih yang dijual disini | 
Tiba sahaja disini anda akan melihat barisan kuih yang tersusun didalam talam dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai masakan dan makanan lain termasuk set nasi bersama asam pedas, nasi ayam, makanan goreng panas, ayam golek dan pelbagai menu lain.
  | 
| nasi ayam turut di jual disini | 
Anda boleh melihat antara barisan menu dan keadaan di Perhentian Kuih Kampong ini didalam setiap gambar yang sempat diambil oleh saya di bawah.
  | 
| antara kuih lemak dan bersantan serta berasaskan pulut yang sedap dan enak disini | 
Selain nasi dan kuih muih disini juga turut di jual soto, bihun dan sup. Malah Perhentian Kuih Kampong ini juga pernah menjadi tempat persinggahan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
  | 
| Soto dan sup turut dijual disini | 
Ruang makan disini juga luas tetapi pada cuti sekolah atau hari minggu tempat ini memang dipenuhi ramai pengunjung dari luar negara dan Malaysia.
  | 
| tempat dan meja makan yang luas | 
  | 
| ruang makan yang luas dan pelbagai pilihan menu di kiri dan kanan | 
  | 
| pengunjung sedang menikmati makanan disini | 
Lihat pelbagai menu kuih muih didalam setiap gambar dibawah.
  | 
| antara pilihan kuih disini | 
  | 
| salah satu kuih kegemaran saya disini, diatas sagu putih dibawah gula melaka | 
  | 
| peminat kuih lopes boleh beli disini | 
  | 
| karipap, temosa, bihun, nasi lemak dan menu lain | 
  | 
| bingka beras juga antara kuih kegemaran saya disini | 
  | 
| pekerja disini juga boleh tahan ramai | 
  | 
| pilih sahaja | 
  | 
| pilihan kuih rakan saya,  Shida  | 
  | 
| sempat bergambar dengan rakan saya Shida yang juga muda berbelas tahun dari saya | 
Tunggu apa lagi, jika anda berada di Melaka, jangan lupa singgah disini.
Terima kasih.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan