Selasa, 23 Februari 2016

BLOGGER : PERTANYAAN DARI PEMBACA


antara email yang masih saya simpan, kebanyakannya telah dipadamkan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Saya sering mendapat mesej di whatapps terutamanya setiap hari dari pembaca blog saya ini juga dari ramai pembaca di pelbagai blog kesihatan tempat saya berkongsi ilmu juga pertanyaan mengenai petua rawatan semulajadi, produk sunnah & produk ZAI BEAUTY FORMULA yang telah tidak dijual lagi dipasaran atau orang ramai kecuali pelanggan yang telah dianggap sebagai sahabat oleh YM DR.TUNKU ZAIDAR.

Setiap soalan yang diterima dari whatapps malah panggilan telefon termasuk dari negara-negara jiran termasuk INDIA, INDONESIA , BRUNEI dan semestinya majoriti dari Malaysia.

Ada antara pembaca ini yang kerap menanya pelbagai soalan dan berpuluh-puluh perkara dalam sehari. Terima kasih kerana mempercayai saya mengenai ilmu-ilmu ini, tetapi saya memang jarang membalas whatapps dan pertanyaan anda kerana saya kerap dihujani oleh whatapps dari pelbagai golongan dan orang baru setiap hari.

Ia, diakui kadang kala hampir berminggu dan ada kes berbulan saya tidak membalas pertanyaan anda, tetapi pertanyaan anda saya akan cuba jawab dalam blog saya ini. 

Terima kasih kerana memberi saya idea untuk menulis di blog ini, dan ketahuilah saya kadang kala tidak punya masa dan agak penat untuk menaip di telefon bimbit dan telefon saya kekadang jem dengan beribu-ribu notification setiap hari belum lagi dengan beratus-ratus imej.

Saya berharap anda tidak tersinggung dan berasa hati dengan layanan saya dan "kelambatan balasan" untuk segala pertanyaan anda. Kadang kala mood saya yang tidak sesuai juga kebanjiran mesej-mesej menyebabkan saya tidak mampu membalas semua pertanyaan dan perkongsian sekaligus membuatkan saya terus terlupa. Maaf jika mesej anda tidak dibalas hingga 'keakhirnya'.

Sebagai seorang insan biasa saya tentu sekali ingin membalas semuanya, tetapi tenaga dan ruang tidak memberi peluang untuk saya membuat perkara itu. Saya berharap selepas ini anda akan lebih memahami perkara ini.

Jika anda benar-benar memerlukan jawapan segera, saya berharap anda boleh menggunakan kuasa 'google' untuk membantu menjawab pertanyaan anda tanpa perlu saya menjawabnya. Ia sekaligus menjimatkan masa anda daripada terus menunggu jawapan dari saya dan jauh memuaskan hati.

Sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas setiap pertanyaan termasuk kerajinan anda dalam menjadikan blog saya sebagai panduan untuk anda.

Terima kasih.





APA ITU PROBIOTIK DAN PREBIOTIK

antara pilihan minuman probiotik , teh kambucha atau teh cendawan mekah serta beetkvass

Kebelakangan ini sering di war-warkan tentang kebaikan probiotik dan prebiotik.

Probiotik kini boleh didapati di dalam pelbagai jenis supplement yang dijual di farmasi dan makanan serta minuman penapaian semulajadi yang boleh diternak (dibela) dan dibuat sendiri.

APA ITU PROBIOTIK

Probiotik diringkaskan supaya mudah difahami ialah BAKTERIA BAIK yang terdapat pada usus, yang menjadikan USUS lebih kuat dan sihat.

USUS YANG KUAT dan sihat adalah amat penting untuk kesihatan keseluruhan tubuh, meliputi kecantikan kulit dan kesihatan fizikal kerana keseimbangan flora di dalam usus menghasilkan sistem penghadaman yang baik. Baiknya sistem penghadaman anda sekaligus ia akan menghalang penyakit yang berbahaya sekaligus menyembuhkan penyakit sedia ada yang terdapat dalam tubuh anda.

Di katakan penyakit itu bermula dari perut (usus). Usus bocor atau usus tidak sihat akan menghasilkan sistem penghadaman dan pencernaan yang lemah , sekaligus meningkatkan pengumpulan toksin yang berlebihan sekaligus melemahkan badan serta menjadi punca pelbagai penyakit.

Probiotik diperlukan untuk mewujudkan dan menyemai pembiakan bakteria yang baik serta menjauhkan pembiakan bakteria jahat.

Probiotik juga membantu menyerapkan nutrien berkhasiat kepada tubuh badan. Bakteria baik bukan sahaja membantu membunuh bakteria jahat tetapi turut membunuh patogen yang terdapat didalam usus.

Ekosistem usus terdiri dari beratus-ratus spesies bakteria yang terdiri dari bakteria baik dan jahat. Anda harus sentiasa memastikan bahawa usus anda kaya dengan bakteria baik.

Bakteria baik didalam usus akan di musnahkan jika anda kerap menikmati antibiotik, pil pencegah hamil, gaya hidup yang stress serta diet yang tidak seimbang dan tinggi gula serta bahan terproses.

Dengan berkurangnya bakteria baik, maka bakteria jahat akan lebih berleluasa dalam usus anda sekaligus meningkatkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan sistem ketahanan anda menjadi lemah.

Antara probiotik popular ialah yogurt , kimchi, sup miso, tauhu, tapai, tempoyak, kefir, kambucha ,tempe , kimchi, sayur-sayuran jeruk yang melalui proses penapaian dan pelbagai lagi.

APA ITU PREBIOTIK 

PREBIOTIK secara ringkasnya ialah makanan kepada PROBIOTIK atau makanan kepada bakteria baik agar tumbuh lebih subur.

Contoh prebiotik ialah bawang putih , pisang , bawang bombay, sayuran hijau seperti brokoli dan asparagus , sayur-sayuran berwarna dan buah-buahan . Prebiotik atau makanan kaya serat yang semakin popular seperti gum arab atau manna adalah antara pilihan prebiotik terbaik untuk usus anda.

Adalah digalakkan agar ketika anda menikmati probiotik sebagai supplement kesihatan anda , anda turut menambahkan prebiotik untuk hasil yang lebih baik dan sempurna.

Pastikan anda mengetahui dengan jelas perbezaan PROBIOTIK dan PREBIOTIK.

Masukkan pelbagai jenis probiotik dan prebiotik dalam diet harian anda setiap hari untuk usus yang lebih sihat dan perlindungan tubuh badan yang lebih kuat.

Ingat, sayur-sayuran adalah prebiotik terbaik dan pastikan ia sentiasa ada dalam menu harian anda.

Selamat mengamalkan diet yang sihat.

Semoga artikel ringkas ini membantu anda dalam memahaminya.


Terima kasih.


PROBIOTIK DAN PRODUK ZAI'S BEAUTY FORMULA


petikan dari blog ZAI'S Beauty Formula yang bertahun lama

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ketika ini heboh mengenai kepentingan PROBIOTIK dan PREBIOTIK kepada tubuh manusia, dan betapa pentingnya ilmu penapaian dalam menghasilkan makanan dan minuman untuk kesihatan serta tahun ini kelihatan produk kecantikan dari hasil penapaian mula dihasilkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Jika anda bertanya kepada saya mengenai adakah produk-produk yang dijual ini sama dengan produk ZAI'S  BEAUTY FORMULA, cukup saya katakan bahawa teknologi dan cara ZAI'S BEAUTY FORMULA menggunakan teknik penapaian di raja dan ilmu falak di raja yang dipelajari oleh YM Dr. Tunku Zaidar dari moyang YM Dr.Tunku Zaidar sendiri.

Produk-produk ZAI'S beauty formula menggunakan herba-herba terpilih yang ditanam di ladang milik kilang Zaimal sendiri. Proses penapaian juga mengambil masa lama lebih dari setahun dan keatas.

Walaupun ketika ini telah mula popular tentang PENAPAIAN ,dan PROBIOTIK, mungkin anda boleh bermula dengan menternak cendawan mekah atau cendawan mud-mud atau lebih popular dengan panggilan SCOOBY. Scooby atau cendawan mekah ini akan menghasilkan minuman probiotik yang dipanggil jus cendawan mekah atau kambucha tea dan ia adalah minuman dari proses penapaian dan probiotik terbaik untuk usus anda malah teh kambucha atau teh cendawan mekah yang telah lama juga boleh digunakan sebagai pencuci dan penyegar muka.

Khasiat dan maklumat lanjut mengenai teh cendawan mekah atau teh kambucha ini terdapat dalam blog kedua saya. Anda boleh melihat alamat blog kedua saya ini di maklumat akaun google QISYA KHADEEJA yang terdapat di blog ini atau google sahaja nama saya QISYA KHADEEJA untuk maklumat lanjut.


Terima kasih.


BELI ULAM MURAH

dari kiri pucuk asam gelugur, pucuk gajus, serai kayu dan sambung nyawa

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda yang ingin memulakan diet yang sihat dan ingin belajar menggemari ulam atau mencuba sayur organik tetapi kekurangan budget  antara tips mudah dan pilihan ulam yang anda boleh dapati dengan harga dan kos yang murah.

Didalam gambar di atas terdapat 4 jenis ulam yang terdiri dari pucuk asam gelugur, pucuk gajus, srai kayu dan sambung nyawa.

Harga bagi seikat di pasar besar Kuantan hanyalah 70 sen seikat dan untuk 3 ikat hanyalah RM2 sahaja.

Amat berbaloi untuk kos ulam makan tengah hari anda untuk 4 hari, kecuali jika anda memang pencinta ulam.

Rasa setiap ulam berbeza, rasa ulam gajus agak pahit kelat, rasa pucuk asam gelugur masam seperti asam gelurgur, serai kayu dan sambung nyawa rasanya biasa sahaja bagi saya pahit lemak begitu. Dan untuk info anda saya hanya berjaya habiskan ulam gajus sahaja kerana saya dibesarkan menyukai kacang gajus. Ulam lain yang dibeli oleh saya ini akhirnya layu didalam peti dan tidak di nikmati. Sila jangan tiru perangai saya ini.

Ulam-ulaman seperti yang diketahui amat kaya dengan segala zat antioksidan dan penawar bagi pelbagai penyakit.

Belajar menikmati ulam didalam hidangan anda mulai sekarang sekalin sayur-sayuran hijau pilihan anda.

Saya akan berkongsi dengan anda tentang pelbagai khasiat ulam-ulaman dengan anda pada artikel seterusnya insyaallah.

Terima kasih.




Rabu, 3 Februari 2016

BUAT SKRUB BIBIR SENDIRI

pilih pelembab bibir dari produk organik untuk lebih selamat

Bukan setakat skrub wajah, skrub tubuh, kini bibir juga mempunyai skrub sendiri.

Tentu anda ingin bibir anda sentiasa kelihatan lembut dan merah , tetapi atas kekangan budget dan ingin produk yang lebih selamat anda tentu ingin mencari cara paling murah untuk menghasilkan skrub bibir sendiri.

Ini adalah antara bahan-bahan dan resepi untuk membuat skrub bibir mengikut pilihan anda dan pilih yang paling sesuai bagi diri anda.

Jika anda mempunyai bibir yang hitam dan kering, skrub bibir insyaalah boleh membantu merawat masalah anda ini.

Antara bahan-bahan yang boleh anda gunakan sebagai skrub untuk bibir anda adalah seperti berikut :-

Bahan-bahan Pilihan untuk SKRUB BIBIR

1. Minyak kelapa dara dan gula perang
2. Minyak zaitun  asli dan gula jaggery 
3. Serbuk kopi organik yang telah digunakan
4.Isi lidah buaya segar dan gula perang halus
5. Hampas ubi bit merah atau isi ubi bit merah bersama minyak kelapa dara
6. Hampas halia yang telah dikisar atau halia yang di tumbuk halus dan minyak zaitun asli 
7. Butter  atau mentega asli dari susu segar bersama gula perang
8. Madu dan sedikit hampas dari kelapa muda.

Cara-cara Membuat SKRUB BIBIR ASLI

1. Campurkan kedua-dua bahan pilihan anda dari senarai diatas.
2. Anda boleh pilih untuk menukar pilihan minyak kepada minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau minyak pati mengikut kesesuaian anda sendiri.
3. Gula perang atau gula jaggery mestilah halus dan tidak terlalu kasar.

Cara-cara Menggunakan SKRUB BIBIR 

1. Pastikan bibir anda lembab.
2. Sama ada sudah dibasahi air atau dilumur minyak zaitun atau minyak pilihan anda atau jika anda tidak mempunyai minyak, anda boleh gunakan mentega asli , pilihan lain minyak sapi asli yang diperbuat dari susu lembu.
3. Lumur bancuhan ramuan skrub bibir pilihan anda dengan jari manis.
4. Gunakan hanya hujung jari manis, buat perlahan-lahan seperti atas angin.
5. Lakukan hanya 1-2 minit sahaja.
6. Basuh bibir anda.
7. Lap dengan kapas lembut.
8. Sapukan bibir anda dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
9. Setelah bibir kering, sapu madu.
10. Siap dan anda boleh terus melakukan aktiviti harian anda .


jika anda kerap menggunakan gincu dan pelembab bibir berwarna yang tinggi bahan kimia, ia akan menyebabkan bibir anda mudah kusam , kering dan gelap.


Info lain mengenai masalah bibir hitam dan kering

1. Bibir menjadi gelap kerana kering, pastikan anda minum cukup air putih untuk mengatasi masalah ini.
2. Antara punca bibir kering termasuk penggunaan penghawa dingin, pastikan anda kerap menyapu bibir dengan pelembab bibir organik, kurangkan penggunaan bahan kimia dibibir anda.
3. Penggunaan kerap gincu juga menyebabkan bibir mudah kering dan menjadi hitam, lakukan detoks sekali seminggu atau sebulan sekali dengan meninggalkan penggunaan gincu selama seminggu di dalam sebulan atau sehari dua dalam seminggu.
4. Jangan selalu mengigit bibir atau menjilat bibir, ia hanya menambahkan masalah kekeringan bibir.
5. Pastikan anda menyapu pelembab bibir atau minyak zaitun atau kelapa asli atau madu sebelum tidur dibibir anda untuk mengelakkan masalah kekeringan bibir anda.
6. Jangan terlalu berkasar ketika mencuci bibir anda atau melakukan perawatan bibir.


Selamat mencuba.

Semoga artikel ini membantu anda dalam menangani masalah bibir kering, hitam dan kusam.


Selasa, 2 Februari 2016

BLOGGER : PENDAPATAN DARI ADSENSE MENURUN




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Agak lama saya tidak berkongsi mengenai perkembangan akaun adsense saya.  

Pendapatan adsense saya bagi bulan lepas jatuh teruk lebih dari 60% dari bulan-bulan sebelumnya. 

Ini mungkin kerana pada bulan lepas saya amat kurang mengemaskini blog sekaligus  saya melihat semakin berkurang paparan iklan adsense di blog ini walaupun jumlah pengunjung masih kekal sama atau naik atau mungkin juga berkurang sedikit.

Saya melihat perkembangan iklan adsense di blog saya seiring berapa kerap saya mengemaskini blog. Beberapa bulan sebelum ini , blog ini sering dikemaskini dan menyebabkan kenaikan mendadak pendapatan dari Adsense. Ini tentu memberi tamparan kepada blogger sepenuh masa yang mengharapkan pendapatan dari ADSENSE jika semakin kurang mengemaskini blog. Saya hanya sekadar blogger separuh masa sahaja dan tentu sekali saya tetap bersyukur atas segala rezeki yang diberi tuhan untuk saya.

Ketiadaan mood dan idea juga kekangan masa antara sebab mengapa saya kurang mengemaskini blog ini.

Berikutan kejatuhan pendapatan Adsense ini, saya percaya anda yang juga memiliki akaun adsense ini mengalami perkara yang sama jika semakin kurang mengemaskini blog.

Untuk menulis artikel berkualiti memerlukan bukan sedikit masa dan tumpuan. Saya sendiri sering kekurangan idea dan tercari-cari bagaimana cara paling mudah untuk menyampaikan maklumat di blog ini.

Saya akan cuba untuk memberi masa untuk terus mengemaskini blog kesayangan saya ini.

Jika anda adalah antara pembaca setia setiap artikel dan tulisan saya , anda juga boleh melihat dan membaca tulisan saya dalam 2 lagi blog milik saya yang anda boleh lihat alamatnya di akaun google milik saya yang terpapar di blog ini.

Klik sahaja imej gambar saya dan segala keterangan mengenai diri saya termasuk alamat ketiga-tiga blog milik saya terdapat di akaun google saya.

Jika anda bercita-cita untuk menulis blog, mulakan perlahan-lahan. Jangan paksa diri untuk menulis hanya kerana anda inginkan pendapatan dari blog. 

Menulis blog memerlukan modal bukan setakat masa, malah duit untuk talian internet, bahan modal untuk menulis yang juga memerlukan modal duit dan pelbagai lagi.

Pendapatan pasif melalui blog mengambil masa yang bukan sedikit untuk dibina, tetapi ia pasti berbaloi dengan masa dan penat lelah anda.

Belajarlah menulis dari sekarang, saya amat menggalakkan anda menjadi blogger walau separuh masa dan sekadar hobi sahaja.

Terima kasih.







EKZEMA / TSW : Menu Makanan Pilihan Di Luar

Jika anda sedang melalu fasa TSW , nikmati lebih banyak masakan sayur lemak dan sayur kampung serta tempoyak sebagai probiotik asli. Pilih Nasi yang kurang berproses berbanding makanan lain.
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah perkongsian pengalaman saya seterusnya dalam menjalani PROSES TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) atau melawan EKZEMA TANPA KRIM STEROID dan ubat-ubatan yang mengandungi STEROID.

Jika anda adalah pengidap EKZEMA dan merancang untuk melakukan proses TOPICAL STEROID WITHDRAWAL (TSW) , ini antara pengalaman saya supaya anda tidak terkejut atau stress apabila anda telah nekad untuk berhenti menggunakan krim steroid  juga pil-pil alahan dari klinik termasuk suntikan yang lebih cepat sembuh dan reda jika anda tersilap makan sesuatu.

Jika anda masih baru dalam mendalami proses TSW, saya menasihati anda untuk membaca dari artikel permulaan mengenai TSW di dalam blog ini yang telah dikhaskan bawah label atau kategori Ekzema / Tsw.

Artikel ini adalah artikel sambungan dari tajuk sebelumnya di link ini ANTARA PILIHAN KEK ORGANIK TERBAIK

Baiklah bagi anda yang menjadikan blog saya ini sebagai rujukan dalam perjalanan anda menempuh TSW antara makanan yang paling mudah dan sihat untuk di masukkan ke dalam diet jika anda menikmati makanan diluar ialah nasi.

Tidak kira ia nasi putih yang dikatakan diproses sehingga membuang segala khasiat galian dan sebagainya dan hanya tinggal semata-mata karbohidrat dan tinggi gula, percayalah nasi adalah jauh lebih baik dari roti dan biskut serta pizza atau makanan lain yang bergoreng serta pasta yang diproses kegemaran anda itu.

Pilih nasi bersama lauk sayur-sayuran masak lemak jauh lebih baik kerana santan sebenarnya mempunyai lemak yang menyihatkan. Malah menikmati santan mempercepatkan proses kesembuhan (healing process) TSW anda.

Jangan risau tentang masalah kegemukan kerana santan sebenarnya lansung tidak mengemukkan. Pastikan anda memilih masakan lemak dari sayur-sayuran kurang kandungan racun seperti pucuk paku masak lemak, jantung pisang masak lemak , umbut kelapa dan sebagainya.

Pilih tempoyak, budu, cencaluk yang melalui proses penapaian yang selamat untuk pilihan menu dalam makanan tengah hari anda. Saya pilih tempoyak kerana ibu saya berasal dari TEMERLOH, Pahang. Tempoyak atau produk yang melalui proses penapaian adalah sumber probiotik yang amat bagus. Pilih probiotik paling mudah didapati dan murah dalam setiap menu makanan harian anda.

Diet Nusantara dan diet paleo mengalakkan anda sebagai orang nusantara menikmati masakan nenek moyang kita dahulu. Oleh kerana arwah nenek saya mengemari dan selalu membuat tempoyak, saya memilih tempoyak antara menu wajib saya berbanding sambal belacan, cencaluk atau budu. Tentu sekali saya lebih mengikuti diet nenek moyang saya dalam proses penyembuhan yang lebih cepat, yang penting diet itu mestilah terbukti bagus dan berkhasiat.

Jika anda mengidamkan kuih yang manis, anda boleh pilih tapai pulut atau tapai ubi sebagai manisan anda. Tapai yang juga melalui proses penapaian adalah antara sumber probiotik yang baik dan amat bagus dalam kesihatan usus yang lebih sihat.

Jika anda perlu menikmati sajian petang atau malam dan anda ketika itu sedang mengharung TSW, antara pilihan menu anda yang boleh dicuba ialah sup kambing di restoran arab, nasi goreng di mana-mana restoran dan pastikan hanya letakkan sayur tanpa msg, anda juga boleh pilih nasi lemak tanpa ayam goreng dan hanya sedikit sambal dan timun sahaja. Anda perlu berkorban untuk penyembuhan yang lebih cepat.

Jika anda terpaksa menikmati sajian di restoran barat, pilih lamb atau kambing berbanding daging lembu atau ayam berhormon. Anda juga boleh memilih olio spaghetti yang dimasak menggunakan minyak zaitun, untuk rencah elakkan ayam atau udang atau makanan laut lain, hanya minta sayur-sayuran atau tambahan daging kambing atau lamb.

Jika terlalu sukar, pilih sahaja salad berserta minyak zaitun atau sedikit pasta tanpa tambahan sos didalam salad.

Jangan risau dan tertekan dengan pilihan makanan anda untuk masakan diluar kerana perkara ini hanya memakan masa setahun ke 3 tahun sahaja dan jika anda bernasib baik, dalam masa 9 bulan anda sudah boleh menikmati lebih banyak pilihan makanan diluar.

Selamat mencuba. Semoga artikel ini membantu anda.

Terima kasih.



Isnin, 1 Februari 2016

KHASIAT DAN KEBAIKAN BEET KVASS

BEET KVASS sensasi minuman probiotik terbaru


Zaman moden ini, minuman penapaian atau probiotik semakin popular. Selain Kambucha Tea atau teh kambucha atau teh cendawan mud-mud atau cendawan mekah  , saya ada berkongsi artikel mengenai khasiat teh kambucha atau teh cendawan mekah ini di blog ke 2 saya di, link ini KHASIAT TEH KAMBUCHA @ TEH CENDAWAN MEKAH.

Selain populariti minuman kefir dan kambucha, kini beet kvass mula menduduki minuman probiotik popular di kedai-kedai kesihatan dan website-website serta blog-blog doktor-doktor Amerika terkenal di bidang kesihatan sebagai antara minuman patut anda cuba dan jadikan antara minuman probiotik kegemaran anda.

Tonik kesihatan yang terkenal di RUSIA ini, mula menjadi fenomena di Amerika. Kandungan probiotiknya pasti membuatkan anda kagum.

KVASS tinggi dengan kandungan vitamin B12, mineral manganese, sodium, fiber , protein, selenium, thiamine, folate, riboflavin, niacin, besi, kuprum, fosforus dan magnesium.

Kvass adalah bagus sebagai sumber probiotik,  detoks atau mencuci hati , mengurangkan risiko kanser, mengurangkan radikal bebas didalam tubuh,  amat bagus sebagai tonik darah dan menambah tenaga ,serta tinggi dengan nutrisi serta serat yang amat bagus untuk kesihatan dan sistem penghadaman.

Kvass adalah minuman probiotik dan tonik kesihatan yang popular di  Russia dan Ukrain. 

Khabarnya bahawa minuman Kvass ini telah diamalkan oleh penduduk Russia semenjak seribu tahun dahulu sebagai tonik kesihatan.

Untuk membuat beet kvass , remedi popular Russia ini, amat mudah, ia di artikel sebelum ini iaitu di link ini Cara MUDAH MEMBUAT BEET KVASS.

Selamat mencuba dan kongsikan artikel ini di facebook dan group whatapps dan telegram anda.

Terima kasih.




Cara Mudah Membuat Beet Kvass


Beet Kvass yang telah siap di bancuh
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat minuman probiotik popular RUSIA iaitu BEET KVASS.

Minuman probiotik ini amat terkenal kerana kaya dengan probiotik yang amat bagus untuk usus sekaligus membantu dalam memperkuatkan sistem imunisasi tubuh.

Untuk membuat Beet Kvass ini juga amat mudah. Anda hanya perlukan bahan-bahan berikut :-

ubi bit merah organik pilihan saya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat beet kvass :-

1. Satu biji ubi bit merah atau beet root (organik lebih baik)
2. Satu sudu besar besar garam pink himalayan
3. Air bertapis atau air mineral
4. botol kaca berpenutup (FIDO Jar lebih baik)
(buah-buahan tambahan untuk lebih sedap anda boleh tambah delima, epal, strawberri, cherry atau rasberi)


potong ubi bit merah ini bentuk wedges

Cara-cara membuat Beet Kvass :-
1. Ubi bit merah atau beet root di potong wedges , (jangan terlalu runcing)
2. Masukkan ubi bit merah yang telah di potong ke dalam balang kaca.
3. Tabur garam pink himalayan ke atas ubi bit tadi dan gaul rata.
4. Masukkan air mineral atau air bertapis sehingga garam tadi telah hancur.
5. Pastikan ubi bit merah ditenggelami air atau jumlah air mencukupi.
6. Tutup balang ketat-ketat. Simpan di tempat gelap, dalam suhu bilik selama 2 ke 3 hari.
(oleh kerana suhu di Malaysia yang kadang-kadang melampau panas, 1-2 hari sudah mencukupi, anda boleh sesuaikan mengikut keadaan suhu semasa negeri anda)
7. Selepas tempoh 2-3 hari diluar, anda boleh masukkan botol ini ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 7 hari.
8. Selepas 7 hari anda boleh menikmati minuman ini dan menikmati jerut bit merah ini.

Info lain :-
1. Untuk fermentasi pertama (penapaian untuk pertama kali) , anda perlu gunakan teknik di atas.
2. Untuk proses pembuatan beet kvass , kali kedua anda boleh gunakan sedikit lebihan beet kvass (starter liquid / ibu cuka) bagi pembuatan kali pertama sebagai ibu bancuhan.
3. Bancuhan kali ke2 adalah sama, tetapi tempoh fermentasi di luar tidak memerlukan 2-3 hari, 48jam atau kurang sudah mencukupi.

siap - mudahkan?


Perhatian :-
1. Pastikan garam telah di makan habis oleh yeast.
2. Rasa minuman probiotik ini harus MASAM dan kurang masin serta ada memberi tanda kehadiran bakteria lactobasilus.
3. Jangan sesekali buka penutup botol, selama ia berada diluar atau dalam proses penapaian (fermentasi), ditakuti jika terkena kahm yeast (yis).
4. Kerana ia adalah dari proses penapaian dan minuman probiotik, pastikan ia sentiasa berada dalam peti ais untuk lebih tahan lama.

Cara dan sukatan minuman probiotik Beet Kvass
1. Mulakan dengan 1/4 gelas kecil sahaja dahulu.
2. Setelah biasa dengan rasa dan 'die off' atau 'healing process' (proses detoks), anda boleh meningkatkan sukatan minuman probiotik beet kvass dalam diet harian anda sesuai keperluan tubuh anda.

**di tajuk dan link ini adalah KHASIAT DAN KEBAIKAN BEET KVASS untuk info anda.


Selamat mencuba.

TERIMA KASIH.


*** terima kasih kepada KAK MAI atau Kak Farah dari group Q&A with Kak Mai di Telegram yang mengajar saya tentang BEET KVASS ini.