Selasa, 2 Februari 2016

BLOGGER : PENDAPATAN DARI ADSENSE MENURUN




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Agak lama saya tidak berkongsi mengenai perkembangan akaun adsense saya.  

Pendapatan adsense saya bagi bulan lepas jatuh teruk lebih dari 60% dari bulan-bulan sebelumnya. 

Ini mungkin kerana pada bulan lepas saya amat kurang mengemaskini blog sekaligus  saya melihat semakin berkurang paparan iklan adsense di blog ini walaupun jumlah pengunjung masih kekal sama atau naik atau mungkin juga berkurang sedikit.

Saya melihat perkembangan iklan adsense di blog saya seiring berapa kerap saya mengemaskini blog. Beberapa bulan sebelum ini , blog ini sering dikemaskini dan menyebabkan kenaikan mendadak pendapatan dari Adsense. Ini tentu memberi tamparan kepada blogger sepenuh masa yang mengharapkan pendapatan dari ADSENSE jika semakin kurang mengemaskini blog. Saya hanya sekadar blogger separuh masa sahaja dan tentu sekali saya tetap bersyukur atas segala rezeki yang diberi tuhan untuk saya.

Ketiadaan mood dan idea juga kekangan masa antara sebab mengapa saya kurang mengemaskini blog ini.

Berikutan kejatuhan pendapatan Adsense ini, saya percaya anda yang juga memiliki akaun adsense ini mengalami perkara yang sama jika semakin kurang mengemaskini blog.

Untuk menulis artikel berkualiti memerlukan bukan sedikit masa dan tumpuan. Saya sendiri sering kekurangan idea dan tercari-cari bagaimana cara paling mudah untuk menyampaikan maklumat di blog ini.

Saya akan cuba untuk memberi masa untuk terus mengemaskini blog kesayangan saya ini.

Jika anda adalah antara pembaca setia setiap artikel dan tulisan saya , anda juga boleh melihat dan membaca tulisan saya dalam 2 lagi blog milik saya yang anda boleh lihat alamatnya di akaun google milik saya yang terpapar di blog ini.

Klik sahaja imej gambar saya dan segala keterangan mengenai diri saya termasuk alamat ketiga-tiga blog milik saya terdapat di akaun google saya.

Jika anda bercita-cita untuk menulis blog, mulakan perlahan-lahan. Jangan paksa diri untuk menulis hanya kerana anda inginkan pendapatan dari blog. 

Menulis blog memerlukan modal bukan setakat masa, malah duit untuk talian internet, bahan modal untuk menulis yang juga memerlukan modal duit dan pelbagai lagi.

Pendapatan pasif melalui blog mengambil masa yang bukan sedikit untuk dibina, tetapi ia pasti berbaloi dengan masa dan penat lelah anda.

Belajarlah menulis dari sekarang, saya amat menggalakkan anda menjadi blogger walau separuh masa dan sekadar hobi sahaja.

Terima kasih.







1 ulasan:

  1. Baru baca pasal entry awak ... Means if nak gain earnings kita kena slalu update blog la ye ? :)

    BalasPadam