petikan dari blog ZAI'S Beauty Formula yang bertahun lama |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Ketika ini heboh mengenai kepentingan PROBIOTIK dan PREBIOTIK kepada tubuh manusia, dan betapa pentingnya ilmu penapaian dalam menghasilkan makanan dan minuman untuk kesihatan serta tahun ini kelihatan produk kecantikan dari hasil penapaian mula dihasilkan di Eropah dan Amerika Syarikat.
Jika anda bertanya kepada saya mengenai adakah produk-produk yang dijual ini sama dengan produk ZAI'S BEAUTY FORMULA, cukup saya katakan bahawa teknologi dan cara ZAI'S BEAUTY FORMULA menggunakan teknik penapaian di raja dan ilmu falak di raja yang dipelajari oleh YM Dr. Tunku Zaidar dari moyang YM Dr.Tunku Zaidar sendiri.
Produk-produk ZAI'S beauty formula menggunakan herba-herba terpilih yang ditanam di ladang milik kilang Zaimal sendiri. Proses penapaian juga mengambil masa lama lebih dari setahun dan keatas.
Walaupun ketika ini telah mula popular tentang PENAPAIAN ,dan PROBIOTIK, mungkin anda boleh bermula dengan menternak cendawan mekah atau cendawan mud-mud atau lebih popular dengan panggilan SCOOBY. Scooby atau cendawan mekah ini akan menghasilkan minuman probiotik yang dipanggil jus cendawan mekah atau kambucha tea dan ia adalah minuman dari proses penapaian dan probiotik terbaik untuk usus anda malah teh kambucha atau teh cendawan mekah yang telah lama juga boleh digunakan sebagai pencuci dan penyegar muka.
Khasiat dan maklumat lanjut mengenai teh cendawan mekah atau teh kambucha ini terdapat dalam blog kedua saya. Anda boleh melihat alamat blog kedua saya ini di maklumat akaun google QISYA KHADEEJA yang terdapat di blog ini atau google sahaja nama saya QISYA KHADEEJA untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan