Khamis, 25 Jun 2015

BLOGGER : AKHIRNYA BERJAYA MEMBUKA AKAUN GOOGLE ADSENSE


print screen akaun Google Adsense saya



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya membuka akaun google adsense setelah 2 tahun 4 bulan menulis blog. Sebelum ini saya telah mencuba beberapa kali memohon akaun adsense menggunakan email lama saya.

Oleh kerana saya menggunakan bantuan docstoc ketika mula-mula memohon akaun google adsense, ia amat menyukarkan saya menggunakan akaun email lama saya yang pernah digunakan untuk memohon akaun adsense.

Syukur ke hadrat illahi, akhirnya saya mengikut komen dari blogger ternama Malaysia  Tuan Hasrul Hassan untuk membuka akaun lain dan kembali memohon akaun google adsense.

Akhirnya 2 hari yang lepas, saya telah berjaya mempunyai akaun google adsense ini. Walau bagaimana sekalipun saya masih tidak tahu menggunakan akaun ini untuk membuat banting iklan ataupun menggunakannya. Terlalu banyak lagi perkara tentang google adsense ini yang saya tidak tahu dan was-was. 

Walau bagaimanapun , sebagai blogger saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah lepas peringkat permulaan didalam google adsense. Saya berharap saya juga seperti blogger bertuah yang lain yang juga mendapat pendapatan sampingan dari google adsense.

Diketika matawang RM (Ringgit Malaysia) merudum dan USD yang semakin mencanak naik, ramai blogger yang sudah mempunyai akaun adsense dan membuat duit dengan adsense. Istimewa tentang adsense kerana ia membayar dalam matawang USD berbanding nuffnang atau platform yang lain. Walau bagaimanapun terdapat banyak prosedur dan pantang larang adsense yang perlu blogger ikuti. Sebagai pemegang akaun nuffnang glitterati, adsense tidak menyebabkan saya kehilangan status glitterati seperti banting iklan yang lain. 


Saya akan menceritakan perjalanan saya bersama adsense lagi selepas ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.





Rabu, 24 Jun 2015

PETUA UNTUK PESAKIT JANTUNG @ MEMBUKA URAT JANTUNG YANG TERSUMBAT


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan.  

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda petua bagi pesakit jantung atau terapi bagi membuka urat jantung yang tersumbat yang saya perolehi dari group wasap @ telegram yang saya aktif. Terima kasih kepada mereka yang berkongsi petua ini. 


imej ini dikongsi oleh ahli dalam group kesihatan yang saya ikuti

Bahan-bahan bagi terapi semula jadi untuk membuka urat jantung yang tersumbat ialah

1. Jus lemon 1 cawan 
2. Jus halian 1 cawan 
3. Jus Bawang putih 1 cawan
4. Cuka epal 1 cawan

** lagi terbaik jika anda boleh dapatkan segala bahan diatas yang organik
** cuka epal digalakkan organik & "with mother"


Cara membuatnya :

1.Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan.

2. Sejukkkan. Kemudian campurakan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30hari dan rasai perbezaanya. Insyaalah rawatan dan cara ini berhasil.

** Anda digalakkan berselawat dan membaca zikir serta doa sebelum menikmati minuman ini.

imej ini juga dikongsi oleh ahli dalam kumpulan wasap kesihatan saya


Baiklah ini sahaja yang saya dapat kongsikan bersama anda. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.




TEKAK KERING KETIKA BERPUASA ? : AMALKAN JOB'S TEARS BARLEY INI / KHASIAT JOB' S TEARS BARLI


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang tersayang. Sebelum terlewat saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambul bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam diseluruh dunia yang sedang membaca artikel ini.

Jobs tear barley ini dibeli oleh saya dengan harga RM3 sahaja

Baiklah diringkaskan artikel ini, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara minuman menyejukkan badan yang sesuai diamalkan ketika berpuasa terutama ketika cuaca panas. Barli atau jobs tears barli adalah antara minuman yang menyejukkan badan yang amat sesuai diamalkan ketika berpuasa malah dikatakan ia adalah minuman mujarab mengubati demam dan panas badan.

Bagi anda yang tidak pernah mengenali jobs' tears barley, imej yang diambil dari google ini diharap boleh membantu anda mengenali perbezaan job's tears barley dengan pearl barley atau pun barli biasa yang dibeli dikedai-kedai runcit atau pasaraya.

imej perbezaan pearl barley dan job's tears barley yang mentah dan yang telah dimasak

Maklumat dibawah ini pula saya perolehi dari ensilopedia bebas dari google.


Pokok Barli
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia (530,000 km² atau 132 milion ekar). Tempoh percambahannya antara 1-3 hari.
Di Malaysia, bijirin yang dikenali umum sebagai "barli" sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil "air mata Nabi Ayub" dalam bahasa Inggeris (Job's Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama "barli" atau "barli mutiara Cina".


Bagi mereka yang mengamalkan diet tanpa gluten, job's tears barli tidak mengandungi gluten dan amat sesuai bagi anda yang alah gluten dan pengamal diet tanpa gluten tegar. Barli biasa yang dibeli dikedai runcit yang sering diamalkan menyejukkan badan oleh kaum melayu dinegara ini adalah barli yang mempunyai kanji dan gluten.

Jobs tears barli ini lebih sedap direbus dengan kurma cina dan diminum bersama. Sila cuba segera terutama bagi anda yang merasa badan lemah dan kekeringan ketika berpuasa ini. Bagi anda pengemar dan pengamal barli tegar sebelum ini, mungkin masanya untuk anda mencuba jobs tears barli ini.

Baiklah sekian sahaja artikel ini. Terima kasih kernaa membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.

Untuk mengetahui khasiat dan kebaikan barli anda boleh merujuk artikel ini KHASIAT BARLI : MAMPU MENGHILANGKAN STRESS & SEDIH



Jumaat, 19 Jun 2015

LIRIK LAGU : TAK PERNAH - FATHIA LATIF & SHUKRI YAHAYA OST DIA ISTERI LUAR BIASA







Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi


Ku tak pernah terfikir ku kan memiliku cintamu

Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa perasaan ini hadir


Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu

Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Mengapa terjadi


Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu

Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak terfikir ku kan memiliku cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi


Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu

Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Mengapa terjadi




Khamis, 18 Jun 2015

DOA YANG BAGUS DI AMALKAN KETIKA BULAN RAMADHAN - PART 1


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Selamat Berpuasa dan menyambut bulan Ramadhan yang berkah ini.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda antara doa yang bagus diamalkan oleh kita sebagai umat islam dibulan puasa. Semua imej doa ini diambil dari google. Terima kasih kepada pemilik blog imej-imej ini, mohon dihalalkan segala imej ini.

Antara doa yang bagus diamalkan di bulan Ramadhan ini adalah :-

1. Doa Memohon Keampunan yang dianjurkan diamalkan setiap hari dan jika berjumpa malam Lailatul Qadar

Doa  malam Lailatul Qadar atau doa pengampunan 

2. Doa agar mendapat Rezeki dan peluang yang besar dan ditidak disangka serta mengelakkan musibah @ malapetaka.
Doa agar mendapat rezeki dan peluang yang besar dan tidak disangka-sangka serta mengelakkan musibah.


3. Doa bagi penyembuhan penyakit

doa yang elok diamalkan bagi mereka yang sedang sakit

4. Doa memohon ketetapan Iman @ hati

doa bagi anda yang sering merasa was-was

5. Doa memohon jodoh @ pasangan yang baik @ soleh

bagi mereka yang bujang , doa ini amat sesuai diamalkan

6. Doa memohon keturunan @ anak.



7. Doa menghindarkan perasaan malas, kesedihan dan kesempitan hutang



8. Doa yang masyur bagi mengelakkan hutang dan pembuka rezeki



9. Doa atau zikir ringkas , murah rezeki dan cepat kaya



10. Doa berlindung dari Ilmu yang tidak bermanfaat dan nafsu yang tidak pernah puas



Baiklah sekian sahaja artikel untuk kali ini. Anda boleh mencetak atau menampalkan dimana-mana salinan doa ini agar mudah dibaca dan diamalkan. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



LIRIK LAGU : POTRET ( OST DIA ISTERI LUAR BIASA ) - AKIM & THE MAJISTRET





Terangi malamku dengan syair indahmu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi .. lemas ku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang , tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harusku pergi

Menuju aku kepadamu 
jadi satu
Meraih Kasih kita



Selasa, 16 Jun 2015

Sambutan Hari Jadi Ilham di Restaurant Al-Dallah, Kuantan

Ilham bersama kek ice cream baskin robbin pilihannya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sambutan hari lahir anak saudara saya Ilham yang ke 5 tahun baru-baru ini.

Kami sekeluarga menyambut hari jadi Ilham di Restoran Al-Dallah Kuantan bersebelahan dengan East Coast Mall pada malam Sabtu baru-baru ini.


Zara menunggu makanan dihidangkan
Kakak saya menempah set makanan "family package" di Al-Dallah Restaurant ini untuk 10 orang. Harga pakej ini lebih dari RM200++ , kami turut memesan lauk lain untuk dinikmati dengan mulawwah bread.

Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan suasana sambutan hari jadi secara sederhana ini. Yusuf dan isterinya, Intan tidak dapat hadir kerana anak saudara saya, Harris tidur awal dalam jam 8 malam lagi. Sedangkan sambutan ini diraikan dalam pukul 8.30 malam.


bergambar sementara menunggu Kek baskin robbin yang diambil oleh adik saya dan Irfan di  Baskin Robbin ,East Coast Mall, Kuantan tiba

Zara bergambar dengan Achik bersama hadiah yang diberinya kepada Ilham dan Irfan

masing-masing kusyuk bergambar sementara menunggu Kek sampai


nasi mandi , nasi kabshah, nasi hanith dihidangkan dalam pinggan besar seperti dulang

akhirnya, kek selamat tiba

Kek ice cream Baskin Robbin pilihan Ilham


masa untuk memotong kek dan seterusnya menikmati hidangan

Mulawwah bread disini memang lembut dan sedap dan kami sekeluarga amat mengemarinya

Perkhidmatan di Restoran Al-Dallah ini memang patut diberi 5 bintang. Selain menyediakan pisau khas lagi untuk memotong kek ais krim Baskin Robbin yang keras itu, pihak restoran juga tidak keberatan menyediakan pinggan kecil untuk menikmati ais krim ini. Sila datang kesini jika anda tercari-cari tempat sambutan majlis hari jadi yang sesuai disambut bersama keluarga.

Untuk info saya kerap menikmati makanan disini bersama sahabat-sahabat saya dan antara menu pilihan kami ialah roti mulawwah yang dimakan dengan pelbagai pilihan menu yang ditunjukkan didalam buku menu, antaranya menu dibawah ini.

hummus dan sayur yang digoreng dimakan bersama roti malawwah

Sekian sahaja artikel untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & Kiss.



Jumaat, 12 Jun 2015

INILAH RAHSIA KEJAYAAN STEVE JOBS






DALAM saranannya kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tentang cara untuk memulihkan ekonomi Amerika, penulis terkenal Thomas Friedman mengesyorkan supaya “mewujudkan lebih banyak pekerjaan – Steve Jobs”. Inilah gambaran peri pentingnya Steve Jobs di persada korporat Amerika malah di dunia juga.
Beliau dinobatkan sebagai “ketua pegawai eksekutif sepanjang dekad (CEO of the Decade)” oleh majalah peniagaan Fortune, menghiasi kulit depan majalah Times, Business Week dan Fast Company beberapa kali. Beliau juga menjadi bahan beberapa buah buku yang berkaitan dengan pengurusan dan inovasi syarikat Apple yang diterajuinya telah memotong Microsoft sebagai syarikat teknologi yang terkemuka dan peranti komunikasi yang dilancarkannya baik IPod, dan IPad mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di serata dunia.
Prestasi yang sedemikian tentunya menjadi bahan kajian yang menarik di sekolah perniagaan. Setiap syarikat ingin mejadi “Apple” dalam industri masing-masing. Apakah rahsia kejayaan beliau dan dapatkah rahsia tersebut dimanfaatkan oleh syarikat lain? Dalam temu ramah dengan bekas pekerja, rakan kongsi dan pemerhati Apple jelas teras kejayaan ini adalah berkisar pada disiplin, fokus, pemikiran jangka panjang dan bersedia untuk tidak mematuhi peraturan yang membelenggu kebanyakan perniagaan.
Walau bagaimanapun, terdapat ciri ketara yang diamalkan oleh Steve Jobs dan Apple yang menjamin kelangsungan kejayaan mereka:



1.Pemasaran Adalah Segalanya

Sebagaimana Genius Bar yang memberi khidmat nasihat dan baik pulih peranti Apple membuktikan keberkesannya, slogan Apple: “Fikirkan Perbezaan (Think Different) ternyata lebih daripada dua perkataan yang biasa. Apple berjaya membentuk persepsi pelanggan dan peminatnya dan menanamkan tanggapan dalam kalangan pembelinya yang mereka sebenarnya merupakan golongan sasaran terpilih.
Hal ini dapat dianggap sebagai usaha pemasaran yang berkesan. Lihat earbuds berwarna putih IPod, bunyi permulaan Mac atau bentuk unik MacBook, semuanya ini bukan kebetulan. Apple memahami citarasa dan kecenderungan pengguna dan berusaha untuk memenuhinya dengan memberikan pengalaman yang mengujakan di samping memantapkan jenamanya. Keadaan ini dilanjutkan lagi dengan ketelitian semasa melancarkan produknya. Semuanya dirancang dengan terperinci bagi membuatkan acara pelancaran itu diingati oleh pelanggan untuk beberapa lama. Contohnya poster IPad menunjukkan waktu 9.41 pagi. Mengapa? Ketika itulah Steve Jobs memperkenalkan IPad kepada dunia. Di Apple semuanya dirancang secara teliti dan terperinci dan segalanya berkaitan dengan pemasaran.

menjadikan maklum balas dan mengadakan kajiselidik pengguna


2. Maklum Balas Sebagai Inspirasi

Steve Jobs sering mengulangi kenyataan Henry Ford, “Jika saya mendapatkan maklum balas daripada pengguna, tentunya mereka menginginkan kuda yang lebih pantas.” Inilah alasan Steve Jobs mengapa Apple enggan mendengar saranan pelanggannya dan tidak percaya kepada “kumpulan fokus” untuk mencari idea mencipta produk mereka. Sebenarnya beliau tidak mengetepikan pandangan pelanggan sebaliknya, menggunakan pandangan tersebut sebagai inspirasi bukannya panduan untuk mencipta produk. Sejak Netbook diperkenalkan, pelanggan Apple menggesa beliau tampil dengan produk yang sama kerana ternyata Apple telah ketinggalan dalam segmen yang berkembang pantas ini.
Alasan Steve ketika itu, “Kita tidak tahu cara untuk membuat komputer yang bernilai $AS500 Dolar (RM1750) yang bukannya besi buruk. IPad bukannya Netbook. IPad mempunyai ciri yang melebihi dan kurang daripada Netbook dan tentunya IPad bukan kuda yang lebih pantas.”
3.Berani Mengatakan “Tidak”

Tugas utama Steve Jobs di Apple adalah untuk mengatakan “tidak”, iaitu menapis setiap idea produk yang dikemukakan oleh pekerjanya. Setiap jurutera yang pernah berinteraksi dengan beliau mempunyai cerita sendiri, iaitu cara beliau membuat keputusan yang pantas membunuh idea yang dirasakannya tidak mempunyai daya maju. Dalam temu ramah beliau mengatakan, “saya bangga dengan setiap produk yang tidak dihasilkan sebagaimana saya bangga dengan setiap produk yang dihasilkan.” Bukan sahaja kecenderungan Steve mengelakkan produk yang kompleks yang mendorong beliau mengatakan “tidak”.
Kejayaan Apple disebabkan oleh produk yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi dan mempunyai keazaman yang kuat mengatakan “tidak”. Apple Berjaya mengawal kos pengeluaran ditahap yang rendah. Dengan mengatakan “tidak” kepada kehendak pengguna dalam produk yang mula diperkenalkannya, Apple berjaya menarik minat mereka dalam versi terbaharu produknya. Strategi ini ternyata berkesan setiap kali versi baru diperkenalkan Apple akan memasukkan ciri yang tiada dalam versi pertama yang dikehendaki oleh penggunanya.

ipad vs notebook

4.Penciptaan Semula Bukan Mencipta

Revolusi adalah perkataan yang paling disukai oleh Steve Jobs. Setiap pelancaran produk Apple, perkataan itulah juga yang sering menyinggung pengkritiknya kerana bagi mereka Steve bukan pencipta yang tulen, tetapi hanya meniru dan meminjam daripada teknologi yang sedia ada. Peranti muzik sudah lama wujud sebelum IPod dan Smartphone juga mendahului IPhone. Malah langkah Apple meminjam beberapa idea mengheret syarikat ini dalam tuntutan perundangan. Ternyata kelebihan Apple adalah dengan menambah baik peranti komunikasi yang sedia ada.
Contohnya IPad pada tahun 2001, Bill Gates memperkenalkan konsep produk tersebut dan dijangka menguasai pasaran dalam tempoh lima tahun. Produk Microsoft gagal di pasaran dan Jobs melihat peluang untuk membaiki produk tersebut mengikut acuannya. Steve Jobs tidak pernah peduli sama ada IPad peranti yang terbaru atau tidak. Yang lebih penting jualan yang dihasilkannya melebihi dua juta unit dalam tempoh 60 hari pertama peranti ini diperkenalkan.
5.Tetapkan Jadual Sendiri

Beberapa minggu selepas pelancaran IPad, HP menangguhkan pengenalan produknya yang dijanjikan untuk menyaingi IPad. Microsoft  juga dilaporkan menangguhkan produk yang sama. Begitu juga syarikat Research in Motion yang menangguhkan pelancaran produknya ke tahun 2011. Dikatakan bahawa produk tersebut mempunyai ciri yang lebih kompleks daripada IPad yang mendapat sambutan memberangsangkan.
Keadaan ini memaksa syarikat tersebut mengkaji semula produk mereka. Apple tidak pernah terperangkap dalam saingan sengit sebegini kerana syarikat ini menetapkan jadualnya sendiri. Jadualnya terbentuk mengikut acuan strategi dan ketetapannya tentang produk dan cara untuk memantapkan matlamat jangka panjang syarikat. Fokus jangka panjang syarikat adalah membolehkannya merangka sesuatu yang lebih canggih dan membina masa depan dalam produk semasa yang dikeluarkan. Dekad yang lepas menyaksikan Apple membina beberapa platform yang menyediakan landasan untuk produk yang berikutnya. IPad adalah kemuncaknya yang dicipta berdasarkan platform yang sedia ada dan hal ini memberi bayangan tentang bentuk produk dan perkhidmatan Apple pada masa depan.
6.Khidmat Terbaik Kepada Pelanggan

Walau canggih sekali pun produk peranti tersebut akan tiba masanya berdepan dengan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Syarikat daripada pelbagai industri terutamanya yang berkaitan dengan komputer dan telefon bimbit mengambil strategi untuk mengelak berdepan dengan rungutan pelanggan. Mereka menubuhkan pusat panggilan yang dikendalikan oleh agen yang membaca skrip yang telah tersedia. Ketika Apple merangka strategi peruncitannya, matlamat yang ingin dicapai ialah membuat kedai yang berlainan sekali daripada kebiasaan industri komputer. Oleh hal yang demikian tertubuhlah Genius Bar yang menjadikan perkhidmatan Four Seasons Hotel sebagai teladan.
lupakan masa lampau, mula berfikir diluar kotak

7.Lupakan Masa Lepas

Sepanjang sejarahnya Apple mengadaptasi sistem operasi baharu dan reka bentuk cip beberapa kali. Keputusan ini menyebabkan peranti yang digunakannya menjadi ketinggalan serta-merta. Steve Jobs menggugurkan penggunaan cakera lisut dalam iMac dan membayangkan yang “pemacu optikal” tidak digunakan dalam MacBook Air.
Dengan penggunaan teknologi sentuh kanta, tetikus teknologi yang diperkenalkannya pada dekad 1080-an tidak dilupakan lagi. Kesanggupan Apple melupakan masa lepas dari segi sistem operasi, proses pembuatan dan sebagainya membolehkan syarikat ini membuat produk yang lebih baik. Keadaan ini membolehkan Apple berada di pinggir yang dibenarkan oleh teknologi untuk membaiki produk keluarannya. Hal ini dimantapkan lagi dengan strategi yang memaksa pelanggannya terus membeli versi baharu produk keluarannya.
hebatnya Steve Jobs, beliau sendiri yang memperkenalkan produk ciptaannya dan memberi beliau sendiri memberi taklimat keistimewaan produk Apple ketika pelancaran produk beliau.



8.Di Apple, Steve Raja

Berbeza daripada syarikat teknologi yang lain, keputusan penting dibuat hasil daripada perbincangan dari peringkat bawahan dan kebijaksanaan kumpulan digembleng bersama. Di Apple, Steve ialah raja. Keputusan selalunya diputuskan oleh kumpulan yang kecil dan yang menjadi titik penentu adalah di tangan Steve Jobs. Dengan kumpulan yang kecil ini Apple mengeluarkan satu atau dua produk setahun, tetapi produk tersebut ternyata mendapat sambutan. Berbeza daripada Google yang biasanya melancarkan lebih daripada satu dozen produk setiap tahun, tetapi kebanyakannya menempa kegagalan. Pendekatan Apple ini ternyata berjaya kerana Jobs dan kumpulannya mengetahui apa-apa yang mereka mahukan dan keadaan ini membuat mereka lebih fokus, tetapi yang lebih penting Steve Jobs ialah raja.
9. Persekitaran Tertutup

Di Apple persekitaran kerja tertutup dan dilindungi rahsia. Apple menetapkan agendanya sendiri tanpa mempedulikan saingan, pemerhati dan wartawan yang sentiasa menyibuk untuk mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh Apple. Steve Jobs sentiasa tidak memperdulikan apa-apa yang dikatakan oleh pesaingnya. Beliau mereka produknya dengan acuan sendiri dengan mengambilkira nilai kesenian dan pengalaman pengguna. Pendekatan tersebut menghasilkan produk Apple yang lain daripada kebanyakannya.
sistem ios apple yang tiada tandingan

10.Pengguna Diutamakan

Perdebatan dalam industri teknologi komunikasi berkisar tentang sama ada perisian patut terbuka atau tidak, iaitu sesiapa pun boleh mengakses ataupun tertutup. Bagi Apple, perdebatan ini tidak perlu, yang lebih penting adalah sama ada syarikat membuat produk yang lebih baik dan menguntungkan. Contohnya, Apple bersedia menerima perlindungan hak dalam industri muzik kerana hal ini membantu syarikat ini melancarkan produk iTunes. Begitu juga dengan tuduhan yang APP Store adalah tertutup dan tidak mempunyai transparensi. Yang penting bagi Apple ialah APP Store Berjaya dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengguna. Bagi Apple, falsafah tersebut lebih bermakna daripada perdebatan yang tidak menguntungkan.
Steve Jobs tidak sempat menamatkan pengajiannya di university tetapi nasihat beliau kepada siswazah Stanford University pada tahun 2005 amat tepat, “Kekal lapar, kekal bodoh”. Kedua-dua prinsip inilah yang memandu beliau menghadapi cabaran perniagaan dan kehidupan. “Kekal lapar” membawa konotasi yang kita seharusnya lapar akan pengetahuan. “Kekal bodoh” menyarankan kita sentiasa mencuba benda baharu walaupun kelihatan “kurang bijak” pada permulaannya. Kedua-dua prinsip inilah yang mendefinisikan Steve Jobs.
Oleh: Rahim Aziz
Dewan Ekonomi, Disember 2010


****Artikel ini disalin dari sumber ini http://yksm.com.my/web/2011/04/rahsia-kejayaan-steve-jobs/
*** semua imej dalam artikel ini diambil dari google.


Terima kasih kerana membaca artikel ini.  Kita berjumpa lagi di artikel akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.