|
Ilham bersama kek ice cream baskin robbin pilihannya |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sambutan hari lahir anak saudara saya Ilham yang ke 5 tahun baru-baru ini.
Kami sekeluarga menyambut hari jadi Ilham di Restoran Al-Dallah Kuantan bersebelahan dengan East Coast Mall pada malam Sabtu baru-baru ini.
|
Zara menunggu makanan dihidangkan |
Kakak saya menempah set makanan "family package" di Al-Dallah Restaurant ini untuk 10 orang. Harga pakej ini lebih dari RM200++ , kami turut memesan lauk lain untuk dinikmati dengan mulawwah bread.
Berikut adalah gambar-gambar yang menceritakan suasana sambutan hari jadi secara sederhana ini. Yusuf dan isterinya, Intan tidak dapat hadir kerana anak saudara saya, Harris tidur awal dalam jam 8 malam lagi. Sedangkan sambutan ini diraikan dalam pukul 8.30 malam.
|
bergambar sementara menunggu Kek baskin robbin yang diambil oleh adik saya dan Irfan di Baskin Robbin ,East Coast Mall, Kuantan tiba |
|
Zara bergambar dengan Achik bersama hadiah yang diberinya kepada Ilham dan Irfan |
|
masing-masing kusyuk bergambar sementara menunggu Kek sampai |
|
nasi mandi , nasi kabshah, nasi hanith dihidangkan dalam pinggan besar seperti dulang |
|
akhirnya, kek selamat tiba |
|
Kek ice cream Baskin Robbin pilihan Ilham |
|
masa untuk memotong kek dan seterusnya menikmati hidangan |
|
Mulawwah bread disini memang lembut dan sedap dan kami sekeluarga amat mengemarinya |
Perkhidmatan di Restoran Al-Dallah ini memang patut diberi 5 bintang. Selain menyediakan pisau khas lagi untuk memotong kek ais krim Baskin Robbin yang keras itu, pihak restoran juga tidak keberatan menyediakan pinggan kecil untuk menikmati ais krim ini. Sila datang kesini jika anda tercari-cari tempat sambutan majlis hari jadi yang sesuai disambut bersama keluarga.
Untuk info saya kerap menikmati makanan disini bersama sahabat-sahabat saya dan antara menu pilihan kami ialah roti mulawwah yang dimakan dengan pelbagai pilihan menu yang ditunjukkan didalam buku menu, antaranya menu dibawah ini.
|
hummus dan sayur yang digoreng dimakan bersama roti malawwah |
Sekian sahaja artikel untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & Kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan