Jumaat, 3 April 2015

Pengalaman Percutian Ke Swiss Garden Golf Resort & SPA , Damai Laut, Perak - Part 2

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yag tersayang.. Salam Jumaat yang berkah.. baiklah saya hanya meringkaskan sahaja entry sambungan dari part 1 sebelum ini Percutian di Swiss Garden Golf Resort & SPA , Damai Laut Perak..


Dibawah ini adalah pandangan dari lobby menuju kebilik pertama kami yang menghadap separuh pemandangan laut dan separuh pemandangan taman itu...




Disepanjang perjalanan ke bilik kami, saya melihat pelbagai award dan anugerah yang telah diterima oleh resort ini dan senarai-senarai aktiviti  menarik yang diadakan untuk semua pengunjung samaada kanak-kanak atau dewasa.
papan kenyataan aktiviti
antara award yang diterima dan juga spa nya yang popular


Esoknya selepas subuh, saya terus melihat peta yang tersedia dalam Resort ini yang ditampal dari perjalanan lobby ke bilik pertama kami.. ini kerana saya sukar mendapat talian internet  dari bilik saya ,dan alhamdulillah pihak resort menyediakan wifi percuma dilobby..  walau bagaimanapun map yang terpampang besar, sepanjang perjalanan kebilik kami memudahkan saya merancang tempat dan aktiviti kami yang seterusnya..



besarkan map disini.. so kami decide untuk ke pulau pangkor


perjalanan ke bilik pertama kami yang melalui  lukisan map resort  yang besar 



Dibawah ini pula pilihan restoran yang terdapat di resort ini dan aktiviti-aktiviti yang disediakan yang telah diletakkan dalam setiap bilik untuk rujukan.







Tepat Jam 11 pagi kami terus keluar dari resort untuk brunch (breakfast cum lunch) di Restoran Briyani berdekatan. ..sebenarnya restoran ini disuggestkan oleh staff resort kami sendiri.. rasa makanan direstoran ini not bad dan harganya juga murah dan berpatutan. Kami memilih nasi putih 2, dengan ayam goreng, sayur kobis dan kari kambing juga jus buah naga  . harganya tidak sampai RM13 untuk 2 orang makan.. so memang murah dan restoran ini hanya berhadapan dengan stesen minyak CALTEX sahaja.

restoran biriyani yang kami singgah
Seterusnya dengan cuaca yang panas kerana kebetulan musim panas ketika ini, kami meneruskan perjalanan kami ke Jeti Marina.


cuaca yang amat panas sekali.. sempat selfie dalama perjalanan ke jeti marina


Kami memilih jeti marina kerana setelah mengoogle.. .saya mendapati perjalanan dari Jeti Marina ke Jeti Pangkor tidak sampai 10minit .. dan lebih mudah mendapat parking. Setiba kami di Jeti Marina, pemandangan kami masih dihiasi tanglung-tanglung merah yang memukau pandangan .. masih terasa kemeriahan tahun baru cina disini..


pemandangan di Jeti Marina

Disini juga seperti biasa terdapat kedai jualan souvenier dan makanan laut untuk dijadikan souvenier oleh para pengunjung yang datang kesini..
antara barangan yang dijual di Jeti Marina

Setelah membeli tiket yang berharga RM10 untuk pergi dan balik untuk seorang penumpang .. kami terus berlari menuju ke bot yang disediakan. .alhamdulillah. .amat mudah kami mendapat bot ketika datang disinii.. parking semuanya mudah.. malah parking Jeti Marina ini kami hanya menggunakan parking awam yang hanya dikenakan caj 50sen sejam. Alhamdulillah.. Tidak sampai 5minit perjalanan kami dari jeti marina, kami selamat tiba di Jeti Pangkor.


pemandangan didalam bot. .memang selesa

pemandangan dari tingkap bot kami



Pemandangan di Jeti Pangkor.. oleh kerana pada hari kami pergi itu adalah hari Jumaat, dan cuti sekolah, Jeti Pangkor ini agak ramai pengunjung.. tetapi kami bersyukur kerana kami tetap cepat sampai dan jdapat menjimatkan banyak masa berbanding jika kami memilih jeti lumut.

adik perempuan saya tidak sabar untuk berjalan-jalan mengelilingi Pulau Pangkor

saya berjalan laju menuju ke destinasi

pemandangan di Jeti Pangkor. .disini juga terdapat kopitiam jika anda mencari tempat makan

ketika sampai ramai pengunjung yang menunggu bot ke jeti lumut .. memang beratur panjang

Setelah kami sampai di Jeti Pangkor , kami pun mencari taxi untuk mengelilingi Pulau Pangkor dan melawat kawasan sejarah disini. .tetapi harga disini adalah tetap sebanyak RM80 untuk satu taxi @ van.. that why kenapa digalakkan anda untuk datang kesini ramai-ramai.. oleh kerana kami hanya berdua dan rasanya tidak berbaloi untuk membayar harga itu  malah kami berdua juga tidak pandai membawa motor. .(juga terdapat perkhidmatan sewa motor disini), kami hanya singgah membeli belah sahaja disini.. Untuk maklumat disini ditawarkan perkhidmatan untuk membawa anda sekeluarga mengelilingi  semua tempat bersejarah disini selama 2 jam perjalanan dengan bayaran RM80 sahaja. .bagi saya harga ini berbaloi jika anda pergi bersama keluarga @ jumlah yang ramai.


antara gerai-gerai jualan disini

Oleh kerana kami membatalkan niat kami mengelilingi tempat bersejarah disini jadi kami hanya membeli belah sahaja... hanya adik saya yang membeli belah dan saya hanya menemani..

adik saya membeli souvenier untuk keluarga dan rakan-rakan.. ketam dan udang galah ini adalah fridge magnet yang boleh tahan besarnya dan berharga rm4 sahaja

bergambar kenangan di jeti pangkor sebelum pulang

Dalam 2 jam kami disini membeli belah, kami terus menuju ke jeti pangkor untuk kembali ke Jeti Marina, Alhamdullilah , tuhan mempermudahkan urusan kami.. kami tidak perlu beratur panjang untuk menaiki bot.. sedangkan mereka yang menunggu bot ke Jeti Lumut. .memang beratur panjang di tengah-tengah cuaca yang panas membara...saya berharap mereka tidak menunggu lama. walau barisan panjangnya boleh tahan panjang....

antara mereka yang beratur pulang ke Jeti Lumut

Tidak sampai 5 minit perjalanan bot, kami sampai di Jeti Marina... adik saya dan saya mengambil kesempatan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke hotel..penat terasa berdiri membeli-belah selama 2 jam di tengah panas.. ..sehingga berpeluh-peluh seluruh tubuh kerana kepanasan dan bahang laut...
pemandangan di jeti marina

Berikut adalah antara souvenier yang dibeli oleh adik saya.. dan saya merasa mendapat sehelai baju batik yang saya pakai keesokkan harinya...










Sampai sahaja diresort kami.. kami terus bergegas untuk mencari makanan untuk dimakan... kerana.. kepenatan yang teramat dalam musim panas membuatkan kami sentiasa kelaparan...


adik saya bergegas mencari restoran untuk kami 
Pada mulanya kami memilih restoran Thai yang terdapat didalam resort ini, tetapi restoran Thai ini tutup pada waktu itu... kerana kelaparan kami memilih restoran garden terrace sahaja...

restoran Thai ini tidak dibuka waktu tengah hari

Lastly kami hanya makan di sini sahaja.. garden terrace.. yang menghadap  pemandangan laut ini...

pemandangan restoran ini menghadap laut.. bayangkan ketika tengah hari anda makan dalam restoran berhawa dingin dan menghadap laut?...indahnya...


kami hanya memilih air suam sahaja, jimat duit ok


buku menu

antara menu disini dan harganya - standard harga hotel

pemandangan di restoran ini ketika tengahhari @ petang


saya memilih vegetarian fried rice tapi ayam saya gantikan dengan kambing - special request yang berharga rm22++


adik saya memilih nasi goreng kampung jika tidak silap saya. .maaf terlupa ye... pun berharga rm22++


serius sedap nasi goreng vegetarian dengan lamb saya ini. .sila cuba
nasi goreng pilihan adik saya.. jika tidak silap saya nasi goreng kampung

Selesai sahaja menikmati makanan kami terus bersiap-siap menukar bilik baru. .iaitu bilik yang menghadap sea view yang sungguh cantik. .saya amat menyukai bilik ini.. bilik baru ini selain sinkinya tidak mudah terpercik air seperti sinki bilik pertama kami.. lalat juga tiada.. walau kami membuka pintu bilik balkoni kami berjam-jam lamanya... serius amat cantik view disini..


pemandangan dari balcony.. cantiknya lihat sunset dari sini.. bangun pagi pun . wahhhh!! cantiknya...


serius cantik dan mempersonakan



seperti biasa saya sempat bergambar .. berselfie banyak kali di balcony yang dihiasi dengan pemandangan yang amat indah ini..




Bilik kami yang kedua ini juga berdekatan dengan lobby.. jadi ia memudahkan saya menggunakan perkhidmatan wifi kerana internet disini memang sukar untuk mendapatkan line... selain itu bilik kami yang kedua ini juga berdekatan swimming pool dan Damai Club Lounge .. juga kids club... (gambar-gambar dalam entry yang akan datang)




Damai Club Lounge ini untuk special club member.. 

Baiklah oleh kerana masa amat mencemburui.. saya hanya mampu menulis entry ini setakat ini .. sila nanti kan sambungan part 3 yang akan saya update , insyaallah dalam waktu terdekat nanti.. . .saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih. .kerana sudi membaca blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

*** ini adalah link sambungan seterusnya Percutian di Swiss Garden Golf & Resort Damai Laut - Part 3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan