Asam Jawa segar ini hanya berharga RM3 sahaja sebungkus |
Assalammualaikum wbt dan salam
sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. alhamdullillah saya
masih punya masa dan kesempatan untuk menulis walau dalam waktu terhad yang
ketandusan idea ini… mujurlah blog saya ini lebih kepada “sharing” my info on
my life so, saya punya idea untuk berkongsi dengan anda mengenai khasiat dan
kebaikan asam jawa ini. Diringkaskan sahaja entry ini.. oleh kerana saya kini lebih kepada mengamalkan Paleo Diet.. ia ini adalah my 1st diet yang diperkenalkan kepada tubuh saya sendiri. .seiring usia yang meningkat ini.. jadi antara buah yang digalakkan adalah buah tempatan... Jika golongan lain mungkin mengemari buah beri yang kaya vitamin C... saya pula sebagai pengamal Malay Paleo Diet.. saya menukarkan buah beri yang berkhasiat itu kepada buah asam jawa dan mungkin sesekali buah anggur yang juga ditanam di Cameron Highlands itu... sebagai insan yang support buah-buahan tempatan dan paleo diet.. dibawah ini adalah maklumat asam jawa untuk anda pertimbangkan agar memasukkannya sebagai salah satu menu wajib harian anda...
Asam jawa secara ringkasnya
mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, kaya antioksidan, digunakan sebagai
salah satu petua untuk mengurangkan berat badan dengan setiap hari mengamalkan
meminum jusnya yang segar dan sebagai ubat demam panas (dengan menjarang airnya
di kepala), membantu melebatkan rambut(airnya) , membantu mengurangkan
jerawat (sapu terus kepada jerawat),
membantu menghilangkan parut (sebagai skrub badan atau wajah), juga sebagai
sapuan untuk sesetengah sakit kulit…
Asam jawa juga mengandungi kalsium, kalium dan pelbagai khasiat lain…
Asam jawa juga digunakan
sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk
berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak. Caranya adalah dengan mengambil
sedikit garam dicampur ke dalam air asam dan kemudian ia boleh digunakan
sebagai sapuan bagi melegakan sakit sendi. Daun asam jawa sama ada yang kering atau
yang telah direbut boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Losyen atau ekstrak daunnya pula
boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit,
jaundis, sakit kulit dan buasir. Kulit pokok
asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai
penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam kes radang gusi,
lelah dan sakit
mata. Losyennya boleh digunakan pada kudis dan ruam ulat bulu. Tepung daripada biji
asam digunakan untuk merawat bisul.- sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_jawa
Baiklah berikut adalah info lain yang saya dapati dari google mengenai
asam jawa.:-
A. Pokok asam jawa
tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di
Malaysia, pokok asam jawa ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan
sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam jawa, tetapi
biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah
pokok asam jawa manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan.
Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam
jawa sebagai minuman bentuk jus.
B.KEGUNAAN DAN KHASIATNYA
1. Di negara Eropah,asam jawa yang dicampur dengan gula telah lama digunakan sebagai jem dan sirap. Ia juga digunakan sebahagian daripada ramuan sos BBQ dan juga sos lain dalam masakan daging.
2.Di Curacao, sup tradisional disediakan dengan campuran asam jawa,gula dan kayu manis. Di India, biji asam jawa dipanggang dan kemudian direndam supaya kulitnya senang dikeluarkan. Biji tanpa kulit ini digoreng atau di rebus untuk dimakan. Kadang-kadang biji ini dijadikan tepung atau kanji yang diasingkan untuk dijadikan bahan makanan.
3.Ada orang India mengunyah kulit pokok asam bersama dengan sireh atau dimakan begitu sahaja untuk tujuan menjaga kesihatan badan bagi kaum lelaki dan wanita, terutamanya bagi wanita yang mengandung.
4.Bunga, daun, buah yang belum masak dan benih yang belum bercambah dimakan oleh pelbagai kaum sebagai ulam atau lauk seperti kari. Buah yang belum masak juga dibuat jeruk atau dimakan mentah seperti mangga muda.
5.Asam jawa dan akar pokok asam jawa juga digunakan dalam perubatan tradisional orang Timur untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas untuk membuang air besar.
6.Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar bagi kurang selera makan.
7.Kulit buah dan kulit kayu asam jawa mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya pula mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak ulser dan gatal kerana digigit serangga.
8. Air rebusan daunnya diminum sebagai penawar demam panas.
9. Daun muda di tumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
10. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada berkenaan.
11.Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah.
12.Di kawasan Amerika Tengah, kegunaan utama asam jawa dalam perubatan tradisional adalah sebagai pelawas buang air besar.
13.Di Yukatan asam jawa juga digunakan sebagai pelawas buang air kecil dan penawar demam panas dengan cara asam jawa dibancuh dengan air dan dicampur dengan gula sebelum diminum.
14.Di Curacao, asam jawa yang belum dimasak direbus dan air rebusannya itu diminum untuk mengubati selesema.
15. Air rebusan daun pula diminum untuk mengubati penyakit kencing manis dan batuk kerana gatal kerongkong.
16.Bagi orang yang mengalami selesema yang sangat teruk, buah hijau ditumbuk dan dicampur dengan daunnya dan beberapa tumbuhan lain sebelum direbus dan air rebusannya diminum.
17.Air rebusan daun asam jawa dicampur dengan daun limau dan daun durian belanda untuk dijadikan minuman bagi menyegarkan badan. Orang Aruba meminum air rebusan daun asam jawa sebagai penawar selesema dan buahnya dimasak untuk dibuat sirap untuk mengubati batuk.
18.Di Jamaica, air rebusan daun asam jawa diminum sebagai penawar demam campak dan dibuat air mandian penawar demam panas dan sakit otot.
19.Orang Bahamas merebus daun asam jawa selama 20 minit dan selepas itu mencampurkannya dengan air limau nipis dan gula sebelum meminumnya sebagai penawar demam.
20.Air rebusan asam jawa digunakan losyen bagi mengubati bengkak mata.
21.Di Cuba, disamping kegunaan asam jawa dan daun seperti yang diamalkan ditempat lain, air rebusan ini digunakan untuk mengubati jaundis dan pendarahan.
22.Biji asam jawa yang dipanggang dan dijadikan tepung digunakan sebagai ubat cirit birit.
------------------------------------------------------
PETUA Melegakan Deman Panas Kuat;

Ambil secukupnya asam jawa (yang ada dijual dikedai) dan digaul bersama kelapa parut kemudian disapu keseluruh tubuh insyaallah demam panas yang tinggi itu akan reda dan membaik..
Wallahwa'alam
(kiriman Tuan Haji Jamalul Zambri (Perak) sumber diatas ini didapati dari http://saifulhamdan.blogspot.com/2011/05/khasiat-asam-jawa.html
Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya. .love, huge & kiss..
Slm
BalasPadam