Diringkaskan sahaja entry ini. Selepas puas mengelilingi resort indah ini. Kami mengambil keputusan untuk sarapan pagi di resort ini sahaja sebelum pulang ke Kuantan, Pahang esok.
|
mengambil angin petang |
Esoknya kami sengaja bangun awal pagi untuk menyaksikan matahari pagi timbul di tingkap balkoni bilik kami yang mengangumkan itu hanya dari katil kami sahaja. Menarik kan?..
|
sambil bergossip sambil mengadap pemandangan pantai ditemani penghawa dingin didalam bilik hotel |
|
cantikkan? sambil menaip entry blog sambil memandang kecantikkan laut dihadapan balkoni |
|
pemandangan dari tingkap balkoni kami |
|
pemandangan balkoni kami |
Kami memilih menikmati Buffet breakfast di Garden Terrace . Buffet ini bermula dari pukul 7am hingga pukul 10.30 am.
|
harga buffet breakfast |
Anda boleh memilih view @ pemandangan swimming pool @ kolam mandi, pemandangan laut yang indah atau didalam restoran sendiri untuk menikmati sarapan pagi ini. Kami memilih untuk menikmati sarapan pagi kami di dalam restoran dahulu barulah keluar menghirup udara pantai sambil menikmati sarapan kami di meja berhadapan laut yang indah itu.
|
tempat makan berhadapan kolam renang |
|
anda boleh memilih bersarapan berhadapan kolam renang sambil menikmati keindahan resort ini |
Pada mulanya kami memilih untuk menikmati hidangan didalam restoran sahaja. Terdapat pelbagai pilihan makanan didalam pakej buffet ini termasuk makanan cina, thailand, melayu, western dan indian.
|
kami menikmati hidangan |
|
antara menu dinikmati saya |
|
menu dinikmati saya |
Puas menikmati hidangan didalam restoran. Kami menukar meja diluar restoran sambil mengadap pantai. Walaupun cuaca masih pagi tetapi bahang kepanasan laut tetap terasa dan membuat kami berpeluh kepanasan kerana musim panas ketika ini.
|
menikmati hidangan sambil berlatar belakangkan pemadangan laut |
|
pengungjung kusyuk mengambil gambar |
Dibawah ini pula antara gambar yang sempat saya ambil untuk Damai Club Lounge. Jika anda pemegang keisitimewaan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan 5 star mereka disini, Bersarapan disini dan aktiviti lain.
|
antara pintu masuk kelab ini |
|
pemandangan dari luar |
|
pemandangan dari luar |
|
cantikkan? |
|
berjalan menuju Dmai club lounge |
|
Damai Club Lounge |
Seterusnya saya terus berjalan pergi melawat kids club yang popular disini..
Saya melalui kawasan kolam renang yang cantik dan luas ,dari tempat sarapan kami tadi. Seterusnya menaiki tangga yang cantik ini ke kids club. Kids club tersebut berdekatan dengan bilik ke2 kami.
|
menaiki tanggan untuk melihat pemandangan laut diatas |
|
pemandangan yang dilihat dari atas tangga |
Seterusnya dibawah ini adalah gambar menuju ke kids club dan pemandangan didalam kids club tersebut.
Antara permainan yang terdapat disini. Kanak-kanak pasti mengemarinya.
Seterusnya saya terus pulang kebilik dan menikmati kopi didalam bilik , sebelum berangkat pulang ke Kuantan.
Gambar terakhir yang kami sempat ambil untuk percutian tempoh hari di Swiss Garden Resort ini.
|
antara pemandangan disini |
Kami terus melalu pintu gerbang resort ini dan terus menuju pulang ke Kuantan melalui Sg.Besar, Selangor
|
pintu gerbang resort |
Oleh kerana kakak saya awal-awal pagi lagi sudah wasap gambar kek harijadi ibu kami dan adik kami, kami bergegas pulang kerana terliur lihat gambar kek coklat dan strawberi yang diberi.
|
kek harijadi ibu kami yang jatuh pada hari kami pergi bercuti ke resort ini |
Kami sempat singgah membeli kerepek di kawasan berhampiran Sg. Besar, Selangor. Kerepek disini bolehlah tahan rasanya dan murah. Ramai penjual kerepek yang kami jumpa sedang membeli stok disini.
Disini juga disediakan tester free untuk anda mencuba pelbagai jenis kerepek disini.
|
pelbagai jenis kerepek dan berat disini |
|
kerepek besar ini 3kg @ 5kg - maaf saya sendiri tidak ingat |
|
antara kerepek yang kami beli |
|
adik saya membawa kerepek yang dibeli |
Seterusnya kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan.
Baiklah sekian sahaja entry kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & Kiss.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan