Selasa, 14 April 2015

BLOGGER : NUFFNANG & MY BLOG





April 2015 -  Restoran Al Dallah , Kuantan




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdullilah atas segala kenikmatan tuhan kerana masih memberi saya kesempatan dan semangat untuk menulis blog ini. Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menulis blog akan terfikir menulis blog adalah perkara yang amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Tetapi bagi mereka yang telah lama berblogging mahupun yang baru bermula, akan faham dan tahu, menulis blog bukan sesuatu yang mudah. Blogging juga adalah satu kerjaya untuk fulltime  bogger  @ blogger sepenuh masa. Tetapi bagi part time blogger @ blogger separuh masa seperti saya, menulis blog juga memakan masa dan tenaga yang bukan sedikit. Malah ada waktu dan ketika, focus bekerja juga akan lari terutama bagi mereka yang bekerja sendiri seperti saya.

Untuk makluman mereka yang rajin mengikuti blog saya. Saya telah pun merasai cashout pertama nuffnang tempoh hari. Malah cheque nuffnang tersebut telah pun “selamat” digunakan oleh saya untuk bayaran upah “pekerja perodua” untuk membaiki kereta adik lelaki saya dan juga untuk membayar saman parking serta sedikit bahan kegunaan harian saya. Ia ia memang bukan jumlah yang besar, tetapi tetap rezeki yang bernilai untuk saya. Perkara yang saya belajar mengenai nuffnang untuk pertama kali saya cashout ialah saya telah menukar setting blog saya dihandphone @ telefon bimbit agar setiap pembaca boleh membaca blog saya seperti paparan di computer, sekaligus ia memberi perubahan yang amat besar kepada jumlah harian viewer @ pembaca blog saya . Mungkin kerana linkwithin yang cukup jelas kelihatan dipaparan handphone @ telefon bimbit, ia telah meningkatkan paparan setiap entry saya diblog ini.

Perkara yang lebih mengagumkan lagi, dengan penukaran setting @ tetapan ini ia telah mengakibatkan KENAIKAN DRASTIK pada jumlah CREDIT @ DUIT didalam akaun Nuffnang milik saya. Percayakah anda jika saya katakan, jumlah credit @ duit dalam akaun saya meningkat hampir separuh @ setengah dari jumlah cashout Nuffnang pertama saya dalam masa hanya satu bulan @ 30 hari?. Kini baru saya saya fahami bahawa betapa pentingkan setting @ tetapan blog anda pada telefon bimbit dan betapa saya kerugian yang besar selama 2 tahun ini. Walaubagaimanapun saya harus bersyukur kerana mempelajari ilmu baru ini. Better late, than never.

Baiklah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang masih setia membaca blog saya ini. Masih setia untuk tidak menekan butang “unfollow” email yang dihantar dari blog ini.  Atas peluang ini saya ingin memberitahu anda, kemungkinan besar saya akan kurang menulis blog buat sementara waktu untuk menumpukan kembali kepada bidang insurans dan takaful saya kembali.. Saya berharap agar anda semua akan terus setia untuk menjadi follower saya dan membaca blog ini walau mungkin saya akan semakin kurang masa untuk berblogging dan akan semakin jarang mengemaskini entry terbaru selepas ini.

Ini sahaja yang saya dapat kongsikan untuk anda pada kali ini.. insyaallah kita akan berjumpa lagi pada entry akan datang.  Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan