|
ia berdekatan Madrasah Tahfiz Al-quran anak yatim @ berada dalam madrasah anak yatim |
Diantara tempat makan famous , murah dan best di Kuantan ini adalah Restoran Mabiq. Ia berdekatan Yayasan Pahang... anda hanya perlu lalu betul-betul lalu didepan bangunan Yayasan Pahang dan lalu sahaja mengikut jalan dan akan nampak signboard MABIQ... dan ikut sahaja arrow yang ditunjuk.
|
pemandangan hadapan MABIQ |
Restoran ini terkenal dengan makanan paih @pais patin tempoyak.. harganya juga murah hanya RM7 untuk ekor dan RM4 untuk kepala.. harga lauk mengikut timbangan @ sukatan. Terdapat banyak pilihan lauk disini dan memang sedap-sedap belaka.
|
pemandangan di restoran ini |
Restoran ini tutup pada hari Jumaat dan Sabtu. Dibuka dari pukul 11am hingga 4petang.. memang ramai yang datang makan disini.. terdapat banyak pilihan ulam sekali disini.
|
pelanggan kusyuk menikmati hidangan |
|
di restoran ini adalah kawasan larangan merokok jadi anda akan menikmati makanan dengan suasana tenang tanpa bau rokok |
Dibawah ini adalah pemandangan didalam restoran ini..
|
anda tidak perlu susah-susah order minuman, anda boleh ambil sendiri dari air manis berwarna sehingga air suam |
|
inilah pais patin bakar tempoyak yang dibalut daun pisang dan hanya berharga RM7 bagi bahagian ekor |
|
pais patin tempoyak bakar yang sedap.. meleleh tempoyak keluar setelah dibuka daun pisang |
|
disini juga dijual pelbagai jenis lauk kampung yang sedap-sedap |
|
juga terdapat tempat bersimpuh untuk makan |
|
staff Mabiq busy menyiapkan paih patin tempoyak |
|
pais @ paih patin tempoyak untuk anda pilih dan ambil |
|
pilihan ulam dan segala sambal, tempoyak , budu , cencaluk dan sebagainya |
|
antara minuman yang anda boleh pilih dan isi sendiri |
|
sedapnya daging salai... |
|
disini juga terdapat pilihan makanan lain yang turut dijual |
Disini juga terdapat pilhan makanan ringan , manisan, desert dan kuih muih untuk anda pilih.. Jadi sila datang segera..
Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, Huge & kiss....
*** nampaknya...cawangan kedua yang dikatakan milik MABIQ di area bukit rangin...itu bukan hak milik Mabiq... berdasarkan komen dibawah... tapi saya stil confuse betul ke tidak info ini kerana tertulis di signboard cawangan Restoran Mabiq.... diharap kekeliruan ini dapat diselesaikan oleh para pemilik.. tqvm
|
cawangan kedua restoran Mabiq - yang diwar war kan... |
Maaf nampaknya memang benar, SEPERTI KOMEN DIBAWAH .. HARAP MAKLUM.
|
KAIN RENTANG YANG DITAMPAL DI RESTORAN MABIQ TANJUNG LUMPUR |
pegi kuantan 2 3 kali tapi tak reti mkn ikan patin..
BalasPadamTry la idzwa... Serius sedap!!! Nyammm!!
BalasPadamSATU-SATUNYA RESTORAN MILIK MABIQ HANYA DI TANJUNG LUMPUR, JIKA ADA DITEMPAT LAIN HANYA SAMA MENU TAPI BUKAN RESTORAN MILIK MABIQ
BalasPadamtqvm atas info ustaz...
BalasPadam