biji labu mentah organik yang dibeli oleh saya di NHF Kuantan |
Assalammualaikum
wbt… dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. .kerana masa yang
amat mencemburui saya.. saya tidak berkesempatan untuk menulis original entry
dari pengalaman saya sendiri… walaubagaimana pun saya ingin berkongsi dengan
anda semua khasiat biji labu.. terutama jika anda menikmatinya mentah-mentah
(raw) dan dari pilihan produk organic…
Harga biji labu ini kebiasaanya tidak
sampai rm10 dan amat bagus dijadikan penganti pada supplement kimia yang bukan organic
atau semulajadi.. Dibawah ini adalah
antara khasiat biji labu yang saya perolehi dari sumber google…
1. Khasiat
Biji Labu @ pumpkin seed dikatakan dapat membantu lelaki berumur 45 tahun. Pada
umur ini kelenjar prostate mula membengkak. Ini menyebabkan terasa sakit untuk
membuang air kecil. Biji labu
mengandungi phytosterols, yang boleh membantu mengecutkan prostat. Ia
seringkali digunakan untuk merawat peringkat awal pembesaran kelenjar prostat
atau BPH (Benign pristatic hypertrophy), ini disarankan oleh jabatan kesihatan
Jerman. Biji labu ini adalah efektif untuk melegakan simptom BPH seperti kesukaran
untuk buang air kecil.
2. Biji labu
mengandungi beberapa jenis minyak, vitamin dan mineral yang dapat membantu
orang lelaki. Ini kerana bahan-bahan tersebut amat berguna untuk sistem
perkumuhan (urinary system) dan mengelakkan kelenjar prostate dari membengkak.
3.
Khasiat yang tinggi dalam biji labu mentah terutama enzim, vitamin E, K dan
mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta
antioksidan beta karotena dan lutein. Anda digalakkan memakan biji labu mentah (raw
pumpkin seed) untuk khasiat sebenar @ lebih tinggi.
4. Biji labu
dikatakan ‘ superfood’ kerana khasiatnya baik untuk kesihatan badan. Sering
masuk kedalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh
mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko
osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut.
5. Biji labu ini juga
boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing
pita yang terdapat di dalam usus sekaligus membantu masalah pencernaan dan amat
baik untuk mereka yang menghadapi masalah kulit termasuk eczema dan prosorosis.
6. Khasiat biji labu
juga memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2gram sehari selama 12
minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol poprotein
dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan
gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi.
Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan membantu
merawat kemurungan.
7. Biji labu juga
membantu memelihara kesihatan jantung dan ginjal dan meningkatkan tenaga
sekaligus amat sesuai untuk diambil sebelum memulakan senaman.
Imej dibawah ini juga antara benefit biji labu mentah yang didapati dari google dan blog rawforbeauty.com
Anda boleh mencampurkan biji labu ini didalam sarapan atau lunch anda samada didalam sarapan bijirin anda.. sandwich anda.. atau salad anda. .dimakan begitu sahaja atau dimakan dengan madu.. memang sedap.. sila cuba segera...
Baiklah ini sahaja untuk entry kali ini. . terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan