Assalammualaikum wbt...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog tersayang saya yang beragama islam .. dan kepada yang bukan muslim.. semoga hari anda indah sepanjang minggu ini...
Raya tahun ini saya tidak kemana-mana , hanya beraya dikampung saya sahaja... rumah saya non stop dikunjungi sehingga raya ke-4 oleh saudara mara... dan sahabat handai...
Actually saya just ingin abadikan sahaja gambar saya pada Aidilfitri 2014 ini didalam blog saya... kerana tahun lepas saya tidak berkesempatan untuk mengambil sekeping gambar pun kerana kesibukkan.. konon-kononnya..heheheheh
Actually semua gambar-gambar ini diambil oleh adik lelaki saya dan hanya dihantar ke whatapp group.. saya sekarang kurang gemar bergambar berbanding dulu.. maybe kerana saya makin 'matured' dan kerana setiap kali buka facebook.. feed yang keluar kebanyakannya status-status 'islamik' baik dari wanita atau lelaki... (semenjak berkawan dengan golongan ala 'ustaz & ustazah' ..so jika saya ternampak status yang dishare menarik hati.. saya akan folow orang yang menulis status itu.. dan kebiasaannya ia adalah status keagamaan).. sekaligus menyebabkan saya akan berfikir 2-3x untuk upload pic sendiri.. .saya tidak tahu.. sampai bila perangai ini akan kekal.. kerana ia bukan perangai semulajadi saya... hehehehe... saya seorang yang suka bergaya dan bergambar.. even, gambar pada hari raya ke3 , masih berada di handphone saya... dan rasa macam nak post sesangat dalam facebook sendiri... tetapi memikirkan,... jika saya post kan gambar saya pada hari raya ke3.. .for sure saya juga akan post gambar saya pada hari raya ke 4 dan seterusnya.... btw, tengoklah sampai bila saya boleh bertahan dengan perangai 'bukan semulajadi' saya ini... hhhmmmm....
Alhamdullillah.... Aidilfitri kali ini tetap indah. .walaupun adik beradik saya yang sudah berkahwin ada yang beraya dirumah mertua masing-masing...
Pelik tetapi benar.. keluarga dan saudara mara saya bukanlah golongan yang akan bertanya kepada saya atau adik beradik saya soalan "bila nak kahwin" ketika raya atau pun kenduri kendara... Hampir 3 tahun saya tidak mendengar soalan tersebut... ia berlainan dengan jiran sekeliling... mungkin.. kerana ahli keluarga dan saudara mara saya lebih mengenali saya dari orang lain .. so perkara tersebut langsung tidak mereka ambil peduli ...hehehe.. Actually saya tidak kisah dengan apa sahaja soalan yang ditanya... bagi saya .. sekiranya kita positif dan bersangka baik.. soalan itu bukanlah apa-apa, sekadar untuk mengambil tahu perkembangan kita dan mendoakan yang baik-baik untuk kita....
Sekian sahaja entry untuk kali ini. . terima kasih kerana membaca entry ini..salam sayang dari saya.. luv, hug & kiss!!.. muahhhzzzz!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan