Assalammualaikum wbt...
sumber gambar dari google |
Salam takziah kepada semua yang terlibat didalam tragedi MH17... sedih tidak terkira rasa hati bila mendengar perkhabaran berita ini ketika saya sahur bersama keluarga pagi tadi...
Lebih sedih dan terkejut lagi.. apabila melihat Berita Awani memaparkan diantara penumpang yang ramai terlibat adalah dari Belanda @ Netherlands. Tentu sekali saya juga amat simpati kepada penumpang dari negara lain dan negara sendiri serta crew yang terlibat... cuma saya bertambah-tambah terkejut kerana ramai penumpang dari Belanda, dan Kapal Terbang MH17 yang malang itu dalam perjalanan ke Malaysia... bukan apa, kerana dalam 2 minggu ini.. ketika saya sibuk meng"update" entry didalam blog saya.. saya terkejut apabila satu hari ketika saya 'view' audience didalam blog saya ( under 'now').. ada lebih 20 orang yang sedang membaca blog saya ketika itu (actually jika anda seorang blogger , kami boleh melihat senarai audiance yang terdiri sama ada now, day, week, monthly & all time).. dari negara Belanda @ Netherlands . Kemudian dalam sekelip mata menjadi 32 dan makin bertambah sehingga petang.. menjadi lebih 100 orang dalam satu hari.. begitu juga dengan keesokannya.. atleast berpuluh orang dari Belanda @ Netherlands sedang membaca blog saya.. ia menyebabkan saya kehairanan apabila masuk hari ke-3, ialah blog saya untuk ketika ini... dan masa ini.. tidak se'famous' blogger lain... walaupun adalah biasa pengunjung dan pembaca dari negara lain mengunjungi blog saya.. tetapi tidak bagi Belanda @ Netherlands , seminggu sekali pun belum tentu dan tentu sekali jarang pembaca dan pengunjung dari negara itu mengunjungi blog saya tidak seperti 2 minggu kebelakangan ini..
kenangan-kenangan terakhir yang i sempat captured dengan hp.. actually i jarang print screen dengan hp i.. tapi kebetulan |
Kerana ia memang menyebabkan saya kehairanan, dan kebetulan 2 minggu perkara ini berlaku adalah ketika perlawanan bola sepak dunia (FIFA World Cup 2014), dan kebetulan pula lagi waktu itu negara Belanda @ Netherlands sedang sibuk berlawan dalam perlawanan Bola Sepak dunia. Saya dengan muka selamba bertanya adik lelaki saya.. "Netherlands tu Belanda kan? why dia tak cakap amsterdam atau holand ye?"... Adik saya menjawab "sama sahaja.". Walaupun sah-sah saya sudah tahu jawapannya.. kerana saya pernah melancong di negara tersebut dan mengunjungi Amserdam dan Netherlands.
awal - awal pagi dah ada pengunjung dari netherlands ya |
viewer untuk 'week' - page view ini memang cepat bertukar jumlahnya mengikut jam |
viewer untuk week |
seperti yang telah saya katakan, viewer cepat berubah walau di 'view' pada hari yang sama tetapi waktu @ jam berlainan |
viewer untuk sebulan |
Setelah hampir seminggu perkara tersebut berlaku.. dan ketika saya perhatikan betul-betul dimana reffering site untuk blog saya.. akhirnya saya perasan kebanyakannya dari translate.goggle dan tentu sekali dari goggle.. setelah seminggu berlalu.. melihat bilangan pengunjung dari Belanda @ Netherlands itu sudah tidak menjadi tanda tanya kepada saya. .kerana saya rasa maybe ada seorang pembaca dari negara itu yang meminati blog saya.. atau sedang bercinta dengan gadis Malaysia... sampai ke situ saya punya fantasi.... ohhh!!!
as a blogger anda akan tahu dari mana reffering site url dan keyword yang datang ke blog anda |
Hati saya makin sedih apabila melihat pagi ini tiada lansung audiance dari Netherlands yang sedang membaca atau mengunjungi blog saya... tidak seperti 2-3 hari lepas... semalam pun tiada pengunjung dari negara itu mengunjungi blog saya... walau saya agak keliru kenapa tiba-tiba sahaja, tiada pengunjung dan pembaca dari negara itu.. tetapi saya abaikan sahaja.. walau ada sedikit rasa tidak sedap hati...
viewer untuk hari ini @ semalam.. sedih.. audiance Belanda @ Netherlands tiada ye... |
ini viewer untuk minggu ini , untuk hari ini dan ketika ini tiada lansung pengunjung dari Belanda @ Netherlands |
Jika benar antara penumpang pesawat malang MH17 itu adalah antara yang mengunjungi blog saya dalam 2 minggu ini berulang-ulang kali.. .saya melahirkan kesedihan saya di blog saya ini atas kematian dan malapetaka yang menimpa anda semua... walau anda tidak dapat membaca apa yang saya taipkan kini... saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadikan blog saya ini sebagai rujukan untuk anda tentang Malaysia atau apa sahaja... tiada kata-kata yang dapat digambarkan mengenai perasaan saya pada ketika ini...
Saya mendoakan kepada umat islam yang terlibat semoga ditempatkan didalam golongan yang beriman dan kepada yang bukan islam semoga tabah menghadapi ujian ini...
Salam penuh kesedihan atas berita ini... kepada pembaca blog saya yang masih mengikuti dan membaca blog saya... terima kasih kerana menyokong saya dalam penulisan blog ini.... luv!! muahzzz!!!
*** untuk makluman , saya baru sahaja menukar tagline untuk blog saya dari 'Journey of Fear & Joy' kepada "Walk in My Stilletos' mulai semalam....so that why saya punya dashboard tagline berlainan dalam image diatas...
Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam. semoga ditempatkan bersama mereka yang beriman disamping-Nya. sesungguhnya apa yang terjadi adalah percaturan Allah SWT kerana Dia jualah yang mengetahui segalanya. doakan Malaysia kekal aman dan terpelihara sentiasa. condolences for the lost souls of the people on board #MH17.
BalasPadamAl-fatihah... Tqvm ats comment ye ct..
Padam