![]()  | 
| pic from goggle | 
Assalammualaikum wbt...
Oleh kerana hari ini saya 'kurang mood' untuk bekerja.. heheehehe dan tidak larat untuk berfikir untuk menulis entry.. so saya ingin 'sharing' kisah jatuh bangun insan terkenal di dunia ini didalam hidup.. semoga kisah mereka ini memberi inspirasi kepada kita.. bahawa kejayaan itu bukanlah mudah sebenarnya... dan betapa kesungguhan dan sikap tidak berputus asa itu penting untuk berjaya...
Entry ini saya copy seratus peratus dari link ini... http://www.imi.gov.my/akrab/index.php/koleksi-cerita/2-uncategorised/19-kisah-berani-gagal-para-tokoh-dunia
so sama-samalah kita menjadikan mereka ini idola untuk berjaya... 
Adakah
 anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh 
terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit 
kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun 
bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai 
“seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara 
rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney 
ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh 
kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang 
bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana 
beliau dikatakan ketandusan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol 
pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid 
yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) 
telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk 
memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) 
gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya 
yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi 
terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was 
deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum
 crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah
 dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya
 tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan 
dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini 
dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan 
sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. 
Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada 
para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh 
kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana
 itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah 
kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu 
menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’
Bermotivasi sangat entry ini kan???... semoga kita mendapat manfaat dari entry ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.. salam sayang dari saya .. luv! & muahhhzz!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan