Pernahkah anda
melalui pengalaman cinta tidak direstui?... jika anda adalah antara kalangan
ini.. tentu anda seorang yang cukup tabah menghadapi dugaan hebat cinta ini…
ada pasangan akhirnya Berjaya mendirikan rumah tangga setelah bersusah payah
mengharungi pancaroba memujuk anggota keluarga terutama ayah dan ibu… ada juga
pasangan hingga akhir hayat.. tetap tidak Berjaya memujuk keluarga @ ahli
keluarga merestui… sehinggakan ada parent sebelum menutup mata pun sempat
berwasiat “walau kami menutup mata… restu
kami tetap tidak mengiringi.. jika tidak mahu menderhaka.. jangan ingkari” dek
kerana ‘wasiat’ itu membujanglah anak sehingga keakhir hayat…
Wahai ibu bapa
sekalian… jika kamu punyai anak pada ketika ini.. yang sedang hangat bercinta
dan kamu tidak restui… hanya kerana kamu rasa dia tidak mungkin membahagiakan….
Berdoalah untuk kami.. agar kami bahagia… andai insan yang kami pilih itu tidak
baik dipandangan kamu… tolong doakan.. ketika dia selamat diakad menjadi
pasangan hidup kami.. agar dia tergolong dalam golongan beriman dan pasangan
terbaik buat kami.. .jika insan yang kami cintai itu masih ‘mengangur’
tolonglah beri pasangan kami itu peluang lebih lama sedikit untuk mencari
kerjaya yang lebih stable… jika ada calon lain bagi kalian yang jauh lebih baik
dari kekasih kami… pilihan hati kalian.. tolonglah hormati pilihan kami…
kebahagiaan bagi kami ialah dapat hidup susah senang bersama insan yang
dicintai….
Tetapi jika
benar… apa yang kalian sebagai ibu bapa tercinta fikirkan adalah benar belaka…
yang tidak mungkin akan berubah walau dengan sejuta doa dan harapan yang kami
letakkan…. Kami rela… ditakdirkan tuhan agar kamu berkeras… tidak merestui
cinta kami… Jika insan yang kami cintai itu tidak ikhlas mencintai kami seperti
kami cintai… berlakon dalam mencintai kami… tidak apalah… kami redha Tuhan
pisahkan kami… walau hakikatnya kami pasti terluka teruk yang amat.. .walau
hakikatnya kami pasti merajuk dan terasa yang amat dengan kalian… walalu
hakikatnya kami tidak mungkin akan jatuh cinta lagi untuk kesekian kali … tidak
apalah…. Asal kami tidak digelar menderhaka.. asal hati kalian tidak risau dan
tidak redha… tidak apalah…. Biar kami yang terluka.. biar kami yang mengalir
air mata.. .setiap hari setiap saat dalam hati… asal kami tidak lebih disakiti
jika mengahwini mereka…agar kami tidak melalui perkara tidak baik yang kalian
Nampak akan kami lalui dengan teruk…. Ya.. kami percaya…. Tuhan dan kamu ingin
menyelamatkan kami..tidak mahu kami kecewa… tidak mahu kami sakit.. tidak mahu
kami merana….. biar kami merana sekarang… jangan kami merana seumur hidup..
walau sebenarnya.. ketika kalian memutuskan hubungan kami… kami sendiri sudah
cukup merana…. Tidak apalah.. kerana kami percaya… jika kami mengikut kata hati
kami sendiri… kami lebih merana….
Wahai kekasih
hati yang kami tinggalkan.. yang kami kecewakan…maafkan kami jika meninggalkan
kalian, mengecewakan kalian.. memungkiri janji-janji kami…. Maafkan kami yang
telah membuatkan kalian berkorban jiwa raga.. yang mengambil bertahun-tahun
masa kalian menunggu kami… yang telah menghabiskan segala jiwa tenaga dan wang kalian untuk kami… tetapi akhirnya kami
memilih insan lain… bukannya kami menyintai penganti kalian lebih dari
mencintai kalian.. tetapi kerana tanggungjawab kami kepada keluarga lebih besar
dari cinta kami kepada kalian… bukan
kerana kalian tidak sempurna dan kekurangan dari pengganti kami.. tetapi kerana
kami faham hidup ini bukan untuk diri kami sendiri semata-mata…. Ampun dan
maafkanlah kami…janganlah kerana kami.. .anda menolak segala cinta baru yang
hadir.. melarikan diri.. .atau pergi jauh dari sini.. .apalagi membujang hingga
ke akhir hayat…. Bukan kami pembohong , penipu, ‘player’ dan bermulut manis…
bukannya kami tidak cuba pertahan dan bersungguh-sungguh bertekak melawan
segala kata-kata tentangan.. tetapi kerana kami tidak mahu menderhaka… dan
sesungguhnya kami percaya… kalian lebih bahagia dengan insan pengganti kami
nanti….
Jika telah
berbelas tahun kalian masih menunggu kami. .walau telah berpisah berbelas tahun
lampau dahulu.. usah tunggu lagi… kerana kami tidak mungkin menerima kalian
sebagai pasangan hidup kami… bangun dan terbanglah… carilah cinta sejati yang
jauh lebih hebat dan kuat dari kami… bangunlah dari kecewa… dan lupakan kami…..
Untuk ibu bapa
dan keluarga kami.. yang tidak henti-henti menanya kami. .dan mahukan kami
mendirkan rumah tangga setelah berbelas tahun kisah ‘cinta tidak direstui’ itu
terjadi… berhentilah menanya… lupakah kalian… ketika kami sendiri
bersungguh-sunguh untuk mendirikan rumah tangga dahulu?. .lupakah kalian yang
anak kamu ini bukan mudah untuk jatuh cinta?.... lupakah kalian macam mana
kata-kata dan perasaan cinta kami yang dulu tidak didengari lansung oleh
kalian… tidak nampakkah kalian raut wajah derita kami yang ketara
sekali???....kami tidak mahu menjawab untuk tidak mengungkit kisah silam yang
menyakitkan dan penuh derita itu.. tetapi kami harap … seperti mana kami
sanggup berkorban jiwa raga kami dan cinta kami dahulu… berkorbanlah untuk kami
untuk mendengar pertanyaan insan sekeliling mengenai jodoh kami…dan
berkorbanlah untuk sabar menunggu hati kami terbuka untuk jatuh cinta lagi…..
maafkan kekerasan hati kami… tetapi…apalah daya kami…. Mungkin kerana 99% hati
kami telah diberikan pada cinta sejati kami yang lepas… yang tinggal hanya 1%..
hati yang tidak punya cinta lagi….
Kami mendoakan untuk anda yang membaca entry ini.. agar tidak akan melalui kisah cinta yang
sama seperti kami.. .semoga cinta anda semua direstui….
TERIMA KASIH
kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv! muahhhhzzz!!!
"Ku Membayangi…Jiwa Hatimu
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu
Diri Begini…Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang…
Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )
Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…"
Tapi Perpisahan Menunggu
Ku Ingin Membelaimu
Namun Kasihku Tiada Restu
Diri Begini…Kerna Selama
Ditinggalkan Marah Sengsara
Hingga Hilang Terlupa
Siapa Aku Sebenarnya Sayang…
Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
Mengapa Degupanmu Ku Seru
Kerna Kesepian nan Terlalu
Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )
Sampai Disini
Ku Lepas Kau Pergi
Biar Ku Damai Bersemadi
Lukamu Ku Mengerti
Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…"
LIRIK LAGU : KU SERU
PENYANYI : MISHA OMAR
sungguh la perit huuurm.. bila mak ayah tak restu ni alahai beratnya rasa dada. nak lawan pun itu mak ayah yang kasi lahir yang jaga yang bela.. tp soal hati lain pulak cerita kan.. smoga kita semua mendapat jodoh yang baik membawa ke syurga. amin.
BalasPadamAaminnn
BalasPadam