Sabtu, 17 Ogos 2013

KHASIAT LEMON



buah yang mempunyai pelbagai kegunaan

Diantara buah yang senang didapati dan murah adalah lemon.. buah yang berwarna kuning ini, memang kaya khasiat... selain kaya dengan vitamin C , lemon juga kaya dengan khasiat-khasiat lain , seperti berikut :-

1. Lemon adalah buah sitrus, yang boleh melawan jangkitan.Lemon membantu dalam pengeluaran WBC dan antibodi-antibodi dalam darah yang melawan mikroorganisma dan mencegah jangkitan.

2. Lemon adalah antioksidan yang akan mematikan radikal bebas, mencegah berbagai penyakit berbahaya seperti stroke, penyakit jantung dan kanser.

3.  Lemon boleh menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik).

4. Jus lemon dikatakan mampu memberikan cahaya untuk kulit.
5. Beberapa titisan jus Lemon dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati .

6. Jus Lemon boleh digunakan untuk mengeringkan jerawat supaya tidak merebak.

7. Jus limau dapat melegakan gingivitis, stomatitis , dan keradangan lidah.

8. Jus lemon diberikan untuk mencegah selesema biasa.

9. Jus limau digunakan pada gigitan dan sengatan serangga-serangga tertentu untuk melegakan racun dan kesakitannya.

10. Lemon jus membantu mencegah dan menyembuhkan osteoarthritis.

11.  Lemon jus dapat mengurangkan rasa sakit kolik dan masalah gastrik..

12. Jus limau dapat melegakan chilblains dan kulit gatal.

13.  Jus limau ialah satu rawatan yang baik untuk kelemumur dan rambut berminyak.

Fakta 13 khasiat lemon ini saya dapati dari link ini http://www.oldtraffords.com/2011/01/khasiat-lemon.html


Terima kasih kerana membaca entry ini, salam sayang dari saya.. luv!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan