Hidup memang sebuah pengambaraan mengikut kata-kata ahli bahasa ternama... tetapi bagi orang islam.. hidup kita didunia pasti akan ada balasannya diakhirat nanti....
Walau kadang-kadang kita sendiri berasa kita lebih baik dari mereka yang kita rasakan kejam daripada kita... tetapi kekadang kita terlupa... mungkin hati insan yang kita katakan kejam itu.. lebih baik dari kita... dan mungkin dia "sedang berkorban untuk kita"....
Sebelum saya menjadi lebih matang... saya sering mengangap setiap dugaan adalah dugaan untuk saya... apabila dikhianati.. dicurangi atau di jatuhkan... tetapi setelah pengalaman mematangkan saya.. saya mengangap setiap yang terjadi adalah balasan atas dosa-dosa saya dan bukan lagi sebuah dugaan.. ternyata ia lebih membuatkan saya lebih tabah dan menghargai hidup.. dan bersyukur dengan apa yang masih tinggal bersama saya....
Bila kita kehilangan.. baru kita belajar menghargai... tetapi kita lupa mengsyukuri apa yang masih tinggal.. kekadang saya sendiri terpaku.. kerana boleh melalui segala kejatuhan.. kecurangan dan pengkhianatan... tetapi satu perkara yang paling saya suka.... saya kenal siapa kawan ketika senang dan ketika susah... siapa yang patut saya sayang dan hargai... dan apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup...
Ketika di mula-mula di ambang kemasyuran..kita pasti gembira dengan hidup kita... tetapi apabila kita mula sedar dan tahu.. yang mendekati kita kerana apa yang kita miliki.. kita sendiri akan mula sakit... dan mula membenci hidup sendiri... tidak kira.. samaada lelaki atau perempuan sekali pun.. apabila mula merasakan... perasaan "lonely" walau ditengah gelak ketawa bersama-sama rakan-rakan... tetapi jika hidup penuh dengan "tatacara tertentu".. hanya bercantik-cantik untuk 24jam.. walau setakat melepak di coffee bean.. dengan segala barangan branded "original".. masing-masing berlawan-lawan menukar "besi" sesekali... hati tetap terdetik untuk mengetahui... apakah mereka semua ikhlas dari hati?????.....
Kekadang kerena sikap dan hati "negative" kita sendiri.. kita mengangap mereka tidak ikhlas.. kita sendiri menjauhkan diri.. untuk mencari diri sendiri.. akhirnya tidak sedar.. kita menjatuhkan hidup sendiri.... ketika jatuh... saya selalu berfikir... kawan-kawan lelaki saya tidak pernah ikhlas ketika saya senang dan ketika saya susah... diri saya hanya "showoff" bagi mereka untuk rakan-rakan... saya membiarkan firasat itu di benak saya selama hampir 3 tahun.... saya tidak pernah membenarkan.. sikit pun mereka menunjukkan sifat ikhlas mereka sendiri.. akhirnya tuhan itu maha kuasa.... berkat istikharah selama hampir 2 tahun.. akhirnya saya sedar dan tahu... kawan-kawan lelaki saya tetap kawan yang bersama-sama saya susah dan senang.. .saya sendiri yang tidak pernah membenarkan mereka menunjukkan keikhlasan mereka kepada saya... sedih sungguh saya dengan sikap saya sendiri... memang benar... tidak semua lelaki yang berkawan dengan kita...walau insan yang social.. tetapi berhati "busuk".. percayalah.. insan yang anda tengok zahirnya seperti social.. tetapi kekadang tidak pernah menjejakkan kaki ke club, minum ... mahu pun merokok.. maafkan saya sahabat-sahabat ku.. jika selama ini.. terlalu negative terhadap kalian...
Saya selalu membaca rencana.. menulis tentang lelaki melayu sekarang ramai di pusat serenti... wanita ramai di universiti... tetapi.. saya cukup lucky... mempunyai ramai sahabat-sahabat lelaki yang educated.. bukan saja grad dari universiti tempatan ternama.. tetapi juga dari universiti luar negara... malah sahabat-sahabat saya juga.. kebanyakannya lelaki yang mengambil berat tentang solat.. walau pun nampak umpama seorang yang social... jika ramai yang "mengkomen" lelaki sekarang hanya tahu mengikis duit wanita... saya tetap bersetuju.. tetapi.. saya juga lucky.. ramai sahabat-sahabat lelaki saya bukan pengikis duit wanita.. mereka tetap pemurah.. baik dari segi duit dan juga ilmu... mereka juga setia.. juga tidak hanya memandang rupa.. juga memandang agama... tidak terus menghukum wanita-wanita atas dosa mereka yang lampau.. dan menerima wanita yang sudah bertaubat dan ingin berubah...
Memang benar ramai lelaki yang kejam dan jahat diluar.. itu lelaki yang tidak beragama.. .seperti still ramai wanita-wanita diluar yang kejam malah lebih jahat dari lelaki... percayalah.. memang ramai lelaki jahat.. tetapi tetap berlambak lelaki yang baik yang masih wujud di Malaysia ini.. masih ramai yang bujang yang baik-baik tetapi tidak laku-laku... tidak semua yang mengecewakan pencinta setia dimuka bumi ini adalah lelaki... tetapi memang ramai yang mengecewakan lelaki-lelaki yang dulu baik dan setia adalah wanita sendiri...
Untuk wanita-wanita yang tidak percaya pada cinta... dan untuk diri saya yang dulu "negative thinking" kepada sahabat-sahabat lelaki saya... ia ketika waktu-waktu sukar kita akan kenal siapakah kawan sebenar kita.... persahabatan sejati... tapi sebenarnya.. ketika senang juga kita akan jumpa kawan sejati.. terima kasih kerana setia bersama saya ketika waktu kejatuhan saya... dan saya berharap kerjasama terbaru kita ini,, menjanji masa depan dan kejayaan yang lebih gemilang dari dulu... semoga kita akan menjadi lagenda untuk industri yang baru kita ceburi ini... dan untuk mereka yang masih tewas... bangun dan berdirilah.. jika tidak mampu untuk bangun merangkaklah.. dan jika tak mampu untuk merangkap.. atleast dongakkan kepala ke langit... mungkin. .selepas hujan turun atau matahari memancar... anda sendiri akan merasa kepanasan atau kesejukan dan akhirnya bangun sendiri....
Salam sayang dari saya... terima kasih kerana membaca entry ini... luv & muahhhhzz!!
Menarik.....
BalasPadamTqvm
Padam