Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tentu semua sudah sedia maklum. Perubahan teknologi itu berlaku seiring zaman dan seiring penerimaan baik kepada perubahan itu. Contoh kelemahan cucian tangan di sungai yang akhirnya di gantikan dengan teknologi yang lebih baik iaitu mesin basuh.
Begitu juga dengan mata wang dunia. Bermula dengan sistem barter, di tukar kepada logam yang berat, kemudian kepada wang kertas yang lebih ringan dan mudah dilipat, dari wang kertas ditukar kepada kad akhirnya berubah kepada perbankan internet dan kini dikatakan akan berubah kepada mata wang digital yang menggunakan teknologi blockchain.
Bagaimana wang kertas di tukarkan kepada kad?, ini kerana tidak perlu susah payah untuk ke atm mesin mengeluarkan wang. Peniaga lebih selamat tanpa perlu memegang tunai di tangan, tiada kecurian wang tunai oleh pekerja dan tidak perlu membuang masa mencari parking dan beratur hanya untuk mengeluar dan mendepositkan wang. Dengan teknologi perbankan internet segala pembelian dan jualan juga boleh dilakukan secara atas talian dengan cukup mudah.
Namun seperti sebelumnya sistem wang fiat ini juga turut mengalami kelemahan dan cuba di baiki oleh pilihan lebih baik di zaman teknologi internet ini. Salah satu teknologi yang mencabar wang fiat ialah teknologi blockchain dimana teknologi blockchain ini memperkenalkan wang digital sebagai pencabar dan pengganti wang fiat.
Untuk pertama kalinya teknologi blockchain memperkenalkan mata wang digital pertamanya iaitu bitcoin pada tahun 2009 dan pada tahun 2015 dan seterusnya penggunaan bitcoin meningkat naik seperti mana meningkat naiknya segala jual beli, permainan game atas talian. Selepas kewujudan bitcoin yang semakin popular, mata wang digital lain seperti ethereum, litecoin, tether, ripple dan pelbagai mata wang digital lain lagi terus menerus muncul sebagai pilihan dalam teknologi blockchain.
Terdapat pelbagai kelebihan mata wang digital yang menggunakan teknologi blockchain ini berbanding mata wang fiat. Di bawah ini di berikan antara point penting yang sering diberikan oleh pemain crypto mengapa mata wang digital ini menjadi pilihan dan terus diterima pakai oleh pelbagai negara sehingga hari ini :-
1. Transaksi antarabangsa menggunakan wang fiat memakan kos-kos tertentu, dengan mata wang kripto syarikat dan orang persendirian dapat menjimatkan kos ini.
2. Peniaga antarabangsa khususnya inginkan duit dimasukkan segera, namun teknologi wang fiat mengambil masa lama, malas ada masa sistem web syarikat 'down' jika berlaku banyak transaksi. Kelancaran web syarikat atau jualan mengakibatkan tergendala dan menyebabkan kerugian. Dengan teknologi blockchain, transaksi boleh dilakukan dalam berapa saat sahaja, menggunakan transaksi teknologi 'peer to peer' yang cepat sekaligus amat berguna untuk pernigaan antarabangsa khususnya.
3. Urusan bank yang leceh. Pelbagai negara telah mengetatkan pindahan wang dan deposit wang. Wang dalam jumlah yang tinggi seperti 20 ribu ke atas perlu deklarasi dari mana dan sebagainya. Ia menyusahkan bagi sesetengah pelanggan.
4. Rekod belian dan jualan turut dipaparkan dan diketahui oleh bank dan seterusnya bank negara. Sesetengah pelanggan inginkan privasi dan tidak ingin jual beli di ketahui oleh pihak ketiga.
5. Jumlah tunai atau aset di ketahui oleh bank negara, lembaga hasil dalam negeri atau pihak bank. Ramai individu kini inginkan privasi. Dengan teknologi blockchain hanya pemilik tahu berapa nilai aset digital atau mata wang digital yang mereka miliki.
6. Bank negara atau pihak bank tidak boleh membekukan wang digital tidak seperti wang fiat di akaun bank atau di unit amanah dan dimana sahaja. Tidak seperti aset lain seperti rumah, tunai, tanah dan perniagaan, mata wang digital tidak boleh dibekukan oleh pihak kerajaan.
7. Wang digital tidak dipengaruhi oleh nilai naik atau turun USD. Ia tidak dikawal bank pusat. Mata wang digital dipercayai akan mematikan pengaruh USD itu antara alasan mengapa banyak negara kini menerima wang kripto dalam perdagangan kerana ingin mengurangkan kuasa USD ini.
8. Penggunaan wang digital ini juga menunjukkan penerimaan masyarakat dunia pada teknologi digital dan mereka inginkan perubahan, tidak ingin di kawal oleh USD, terdapat penerimaan yang semakin menaik dari hari ke hari kepada penggunaan wang kripto malah tersedianya teknologi yang menyokong perubahan ini.
9. Teknologi blockchain @ wang digital ini juga lebih transparent, sekaligus menyukarkan kes rasuah atau gelap duit berlaku.
Pada tahun 2020 ini mata wng kripto kini telah diguna pakai dalam pembelian barangan biasa, membayar perkhidmatan, tempahan hotel, tiket penerbangan , belian barangan kemas, restoran, belian applikasi dan pelbagai lagi.
Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca atas ulasan dan artikel ini.
Matawang digital pasti akan menggantikan wang kertas suatu ketika nanti. Salah satu konspirasi terbesar dunia akan berlaku.
BalasPadamramalan memang begitu.
Padam