Jumaat, 31 Januari 2020

APA ITU MINING BITCOIN / ETHEREUM DALAM DUNIA MATA WANG DIGITAL / KRIPTO


ketika ini mesin mining bitcoin dan ethereum adalah paling popular - imej dari google


Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.

Bagi mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency). Individu itu boleh membeli wang kripto / digital sedia ada di platform jual beli kripto yang tulen menggunakan platform blockchain tulen.

Selain itu cara lain untuk mendapatkan wang kripto / digital (crypto currency) ialah melalui mining (melombong).

Belian terus di platform mata wang digital / kripto mudah di fahami. Namun apakah maksud mendapatkan mata wang kripto melalui mesin MINING / melombong?.

Bagi anda yang biasa mendengar perkataan bitcoin, ethereum, mata wang digital, crypto currency, mata wang kripto atau blockchain. Tentu anda biasa mendengan perkataan mining atau mesin mining.
Seingat saya semenjak tahun 2016 atau 2017 saya sudah melihat beberapa iklan mesin mining yang di jual di facebook dan di iklankan di forum terutama ketika dunia mula-mula ‘boom’ dengan kisah bitcoin yang memecah harga USD20,000 atau RM80000 di tahun 2017.

Mesin mining ketika itu di iklankan pada harga RM70,000 satu, kemudian muncul mesin mining RM35,000, beberapa bulan selepas itu mesin mining belas ribu, kemudian RM7500 kemudian RM3,000 mengikut jenis dan spesifikasi.

mesin mining yang biasa di jual di pasaran Malaysia - imej dari google

Pelik saya melihat mesin itu, gambar mesin yang diiklankan di wall dan di postkan di forum. Saya sendiri tidak faham apa maksud mesin mining itu yang boleh mining bitcoin?. Sungguh pelik. Itu saya pada tahun 2017.

Jika anda juga pelik seperti saya melihat gambarajah di atas, itu normal.

Apa itu MINING (perlombongan) mata wang kripto / digital?.
Ada 2 mesin mining paling popular dalam dunia mata wang kripto / digital. Mesin mining bitcoin yang menghasilkan upah bitcoin dan mesin mining ethereum yang menghasilkan upah ethereum.

Dalam transaksi blockchain, mata wang digital adalah penyelesaian masalah matematik yang rumit (algoritma matematik).

Setiap pemegang mata wang kripto / digital mempunyai address (alamat) masing-masing yang terdiri dari (hash / code). Alamat atau hash code ini dengan kata lain seumpama cap jari, tak akan mungkin dapat ditiru dan ia berlainan sesama manusia atau pemegang kunci mata wang kripto.


contoh alamat / hash code yang di terangkan dengan warna biru di dalam kotak - imej dari google

Bagaimana transaksi penyelesaian matematik (algoritma matematik) berlaku dalam transaksi mata wang digital / kripto?.

Wujud 2 pihak:-
1. Sender (pengirim / penjual)
2. Receiver (penerima / pembeli)

Apabila akan berlakunya transaksi, setiap sender (pengirim / penjual) & receiver (penerima / pembeli) mempunyai alamat (kod / hash) masing-masing.

Untuk berlakunya transaksi, kod sender perlu ditambah dengan sesuatu formula matematik supaya jawapan dia adalah kod yang ada pada receiver.

contoh penyelesaian masalah matematik yang rumit kerana proses ini di sulitkan - imej google

Penyelesaian matematik untuk mencari formula ini tidak mampu di kira oleh manusia.

Disinilah di perlukan mesin untuk validate (mengesahkan) formula yang diperlukan.

Validation (pengesahan) mesin inilah di kenali sebagai mining.

Tugas mesin mining ini adalah untuk validate (mengesahkan) formula.

Mana-mana mesin mining yang Berjaya validate (mengesahkan), mesin itu akan mendapat upah dari transaksi itu.

Inilah factor mengapa ramai manusia yang membeli mesin mining dan membuat mining sendiri untuk mendapatkan upah tersebut.

bagaimana satu transaksi di dalam blockhain disulitkan agar tidak boleh di tiru dan di hack, setiap masalah matematik yang rumit (algoritma matametik) yang berjaya di selesaikan akan mendapat hadiah bitcoin atau ethereum - imej dari google

Jika mesin mining bitcoin yang dibeli, akan dapat upah dalam bentuk bitcoin dan jika mining ethereum akan dapat upah dalam bentuk ethereum.

Untuk mining kebiasaanya upahnya ialah 0.005 eth untuk ethereum, dan jika bitcoin tidak menentu dan ia amatlah sedikit.

Harus diingatkan disini tidak semua mesin akan mendapat upah. Ada mesin mining ini lansung tidak dapat apa-apa. Ada pemilik mesin mining ada 10 mesin, 10-10 mesin tidak dapat apa-apa upah kerana tidak Berjaya menyelesaikan permasalahan matematik rumit itu (algoritma matematik).

Ada pemilik mesin mining hanya ada 2-3 mesin mining tapi dapat upah kerana ia berdasarkan mesin mana paling cepat dapat jawapan atau dengan ayat paling mudah bergantung kepada nasib.

Kebiasaannya apabila mesin ini tidak mendapat apa-apa, pemilik mesin akan tambah atau beli lagi mesin mining. Maka ini akan menambahkan kos mereka sendiri. Selain mesin mining yang semakin banyak, kos elektrik juga meningkat kerana dikatakan mesin mining ini memakan tenaga letrik yang banyak kerana ia perlukan tempat yang sejuk.

Oleh kerana mining ini sebenarnya memakan kos yang tinggi. Maka ada pihak yang membuat mining atau perlombongan bitcoin atau ethereum mewujudkan ‘crowd funding’ (pengumpulan dana) untuk kos operasi pihak mereka (syarikat) terutama kos mesin mining dan bayaran bil elektrik.

CROWD FUNDING (pengumpulan dana) ini pula biasanya menggunakan dana awam atau mempromosikan program dan menggunakan wang tersebut untuk membeli segala kelengkapan mining dan kos operasi.

Harus difahami bahawa mesin yang banyak tidak semestinya akan Berjaya mendapat upah. Ia tiada jaminan.

Jika syarikat A mempunyai 100 mesin dan syarikat B mempunyai 20 mesin, belum tentu syarikat A mendapat upah (keuntungan) yang paling banyak.

Kebiasaannya syarikat / pihak / individu akan menambah mesin kerana memegang falsafah law of average (berdasarkan purata).

Mesin yang boleh dibeli sendiri ini berharga RM7000, RM15000 ke puluh-puluh ribu melibatkan kos operasi yang sangat-sangat tinggi dan ketidak ketentuan menerima upah.


syarikat mining membeli mesin mining yang banyak dan melibatkan penggunaan sumber elektrik dan kos yang banyak dalam menjalankan operasi mining - imej dari sumber google

Jadi tidak peliklah jika anda melihat banyak syarikat mining bitcoin atau ethereum, walaupun mereka genuine / tulen dan sah buat operasi mining bitcoin atau ethereum mereka terpaksa tutup perniagaan mereka kerana menanggung kerugian yang besar.  Para pelabur mereka menuduh mereka menipu kerana kos yang amat tinggi itu tidak mampu ditanggung oleh pihak syarikat. Syarikat mining ini memerlukan aliran tunai yang banyak. Itu sebab syarikat sebegini tutup dan pelabur serta prospek mengelarkan mereka penipu dan scammer. Inilah kes yang banyak terjadi di kebanyakan Negara di dunia termasuk Malaysia.

Maka berhati-hatilah jika anda berjumpa dengan syarikat yang berunsur mining bitcoin atau ethereum. Walaupun mereka betul-betul mining namun belum tentu syarikat mereka kukuh dan mempunyai aliran wang yang cukup untuk operasi mereka . Apabila anda melabur dalam syarikat seperti ini anda harus tahu betapa tingginya risiko dan anda harus sanggup menanggung risiko ini.
Ada juga individu yang membeli mesin mining bitcoin dan ethereum sendiri dan memasangnya dirumah. Ini juga terpulang kepada nasib individu itu sendiri. Ada rezeki dapat upah, tiada rezeki bil letrik dan modal beli mesin mining sahaja bertambah.

Di harap artikel ini menerangkan dengan ringkas apa maksud mining atau melombong bitcoin dan ethereum .

Terima kasih.

Disclaimer :- Adalah ditegaskan disini, artikel ini adalah mengikut pandangan dan pemahaman penulis. Penulis tidak bertanggung jawab diatas salah faham atau keputusan yang dibuat oleh pembaca berpandukan ulasan dan artikel ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan