Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini Tempat Makan Best di Kuantan Part 53 :- EAST GRILL STEAK HOUSE
Jika anda berada di Kuantan dan mencari masakan panas melayu
atau barat, anda boleh mencuba menikmati makanan di Cekur Manis Café yang terletak di antara Jalan Gambut atau
Jalan Bukit Ubi. Café Cekur Manis ini betul-betul terletak sebelah Hospital
Pakar MUIP.
Café Cekur Manis ini selain menyediakan masakan panas ia juga
turut menyediakan sarapan pagi. Masakan panas di café ini bermula dari pukul 11
pagi. Selain itu café Cekur Mnais ini turut menyediakan minum petang dan
menyediakan pakej keraian, training, mesyuarat, ceramah, kursus, sambutan hari
jadi, seminar, pembentangan dan juga kelas pembelajaran.
Dari serendah menu minuman berharga RM1.50 dan makanan
serendah RM2.50, café ini menyediakan menu yang amat berpatutan dengan harganya.
Di khabarkan café Cekur Manis ini tiada campuran MSG dalam
masakan. Maka bagi anda yang tidak menyukai MSG, anda boleh memasukkan café ini
antara tempat makan kegemaran anda sekeluarga.
Café Cekur Manis ini dihias cantik dan keluasan
yang luas amat sesuai untuk apa sahaja majlis. Anda boleh menempah atau menyewa
bilik sahaja untuk sehari, separuh hari atau 3 jam dengan bayaran bermula RM50.
Café ini berhias cantik dengan bunga-bungaan, di tampal
dengan banner yang tertera gambar menu yang ditawarkan beserta harga.
Antara sarapan pagi yang disediakan termasuk nasi lemak, nasi
impit dan kuah kacang, laksa pinang dan pelbagai lagi.
Bagi masakan panas antara menu yang ditawarkan ialah pelbagai
nasi goreng termasuk nasi goreng kambing, nasi goreng seafood, nasi goreng
daging merah, nasi goreng kampong, nasi goreng ayam blackpepper dan pelabgai
lagi.
Disini turut ditawarkan menu kuew tiaw goreng, laksa pinang,
rending ayam, soto, roti arab dan kari kambing, laksa Terengganu, laksa Pahang
dan pelbagai menu menarik lain.
tiada campuran MSG digunakan dalam masakan disini |
antara menu yang ditawarkan |
menu dan harga berpatutan |
untuk tempahan seminar dan keraian |
Bagi peminat minuman panas terutama koleksi kopi disini turut
ditawarkan minuman panas seperti latte, mocha, Americano, cappuccino dan
afffogato. Malah bagi peminat dessert atau makanan manis disini juga turut
tersedia menu banana split yang berharga hanya RM6.
Set makanan besar untuk 2 0rang , 4 orang, 6 orang hingga 10
orang turut disediakan. Bagi mereka yang ingin menyambut sambutan hari jadi
disini, anda juga boleh memilih menu sambutan Hari Jadi yang turut ditawarkan
disini.
Antara menu kegemaran saya ialah Alfredo lamb yang ala-ala
spaghetti carbonara, manakala sahabat saya Kak Akma amat mengemari roti arab
dan kari kambing di sini. Anda boleh melihat betapa ia menjadi kegemaran saya
dengan melihat hanya menu ini menghiasi instagram Qisya Khadeeja jika menikmati
masakan disini.
kak akma dan roti arab kegemaran |
Alfredo kegemaran saya |
roti arab dan alfredo lamb |
ruang meja makan yang luas |
bergambar bersama menu kuew tiaw ladna dan alfredo lamb |
Di bawah ini antara gambar-gambar dari Instagram Qisya Khadeeja bersama menu kegemaran disini Alfredo Lamb dan alfredo shrimp.
kuew tiaw ladna dan alfredo lamb |
Bagi rakan saya Naemah, beliau mengemari masakan panas disini
antaranya ialah kuew tiaw ladna.
Café Cekur Manis ini di buka setiap hari dari jam 7.30 pagi
sehinggga 11 malam. Manakala waktu operasi pada Jumaat hingga Ahad ialah 7.30
pagi sehingga 12 malam.
Untuk tempahan anda boleh menghubungi hotline café Cekur
Manis 011 29303977 atau En Izhar 012 9672902.
Selamat mencuba menu dan pakej yang ditawarkan di CEKUR MANIS
CAFÉ ini.
Untuk lebih jelas, saya sediakan video CEKUR MANIS CAFÉ yang
ringkas untuk tatapan anda.
Terima kasih.