Ahad, 29 Julai 2018

ILHAM & KREATIVITI DALAM BLOGGING




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Realitinya mengikut target hari ini saya ingin menulis kembali blog dengan aktif. Perancangan sebenar 3 artikel termasuk satu artikel mengenai produk takaful dari Hong Leong MSIG Takaful.


Namun perancangan dan target tinggal perancangan. Berbulan tidak fokus kepada blog ini semenjak December 2017, akhirnya ingin menulis dan mencari idea saya sendiri tidak mampu.

Malah, fokus kepada video berbentuk kesihatan juga lari. Telah berbulan tidak diteliti dan didengari untuk mencari idea dalam penulisan blog.

Copy & paste atau menulis hanya info ringkas agak tidak mencabar minda, lebih-lebih lagi blog ini telah berusia 5 tahun. Itu alasan mengapa saya sendiri sebagai penulis dan blogger merasa 'tepu' dengan penulisan sendiri.

Blogging dan menulis adalah satu kepuasan peribadi yang sukar digambarkan terutama jika artikel yang ditulis itu mencabar untuk diterangkan dengan mendalam supaya pembaca lebih mudah untuk faham dan hadam.

Penerangan yang ringkas dalam satu artikel terutama kerana kita semua tahu masa yang pantas berjalan ini menyaksikan pembaca mencari satu blog yang paling mudah faham namun berinfomasi.

Maka untuk memastikan diri ini kembali menulis, paksaan keatas diri menulis artikel ringkas ini agar ia menjadi satu 'habit' untuk kembali menulis dan kembali mencari aura dan semangat untuk berkongsi artikel di blog ini.


Melihat 'viewer' atau statistik pengunjung blog yang semakin berkurang semenjak blog ini tidak aktif jelas menunjukkan betapa penulis sendiri harus mengambil inisiatif untuk aktif kembali.

Blog ini tentu sahaja diwujudkan sebagai panduan dan dorongan kepada insan lain terutama diri sendiri. Namun sayang, seiring diri sendiri yang semakin tidak menjaga pemakanan dan life style, blog ini juga semakin kurang aktif.

Sedang berusaha perlahan-lahan untuk kembali menjalani diet sihat, saya terpaksa mencari kekuatan sendiri kerana jika anda telah mula menikmati makanan 'segera' anda pasti tahu agak sukar meninggalkan sesuatu yang enak dan mempunyai 'MSG'.

Selain itu blog ini juga semakin kurang berkongsi khasiat dan manfaat sesuatu bahan dan tumbuh-tumbuhan sedangkan ilmu ini sebenarnya akan memberi kita semangat untuk mencari makanan baik itu untuk tubuh sendiri.

Sedang melatih diri untuk mula kembali menjaga kesihatan.  Namun sebagai manusia biasa latihan itu pasti bermula dari yang paling kecil kembali.


Selamat berhari minggu untuk semua. Realitinya hari minggu bersama keluarga dan rakan-rakan adalah hari yang agak sukar untuk menjaga pemakanan, namun ia akan dianggap sebagai cabaran baru dalam kehidupan.


Salam sayang dari saya untuk semua pembaca. Semoga saya mempunyai kesempatan dan idea serta ilmu untuk terus dicurahkan dalam blog pertama saya ini.


Terima kasih.



Rabu, 25 Julai 2018

8 PETUA KESIHATAN MUDAH UNTUK MENGUBATI PENYAKIT YANG ANDA BOLEH CUBA




Assalammulaikum dan salam sejahtera.

Disini disertakan 8 lagi Petua Kesihatan yang sempat di salin dari pelbagai buku rujukan kesihatan berunsur perawatan islam untuk rujukan pembaca blog ini.

Anda boleh mencubanya sebagai satu cara untuk mengubati penyakit anda. Namun adalah dinasihatkan untuk anda mendapat pandangan pakar yang lebih profesional. Bimbang jika anda menghadapi masalah kesihatan lain.


1. Demam

3 biji bawang merah di tumbuk lumat  dicampur bersama jus perahan sebiji limau nipis kemudian tambah sedikit minyak kelapa. Kacau rata. Sapukan campuran ini di kening untuk mengurangkan demam yang dihidapi.


2. Demam panas atau panas badan

Ambil jeli lidah buaya, campurkan dalam semangkuk air. Ramas jeli lidah buaya dan jadikan ia sebati bersama air. Sapukan diatas kepala dan muka serta tapak tangan juga kaki bagi mengurangkan panas badan atau demam panas.


3. Resdung

Amalkan mencium bunga bawang merah.


4. Kaki Tertusuk Duri

Sebiji bawang merah di celup kedalam minyak kelapa, kemudian di bakar dengan api hingga hangus. Tumbuk bawang merah tadi dan tampal pada bahagian kaki yang tertusuk duri. Duri akan keluar dengan perlahan-lahan.


5. Sakit Belakang

Ambil isi halia segar yang telah dikupas kulit dan dibasuh bersih. Tumbuk lumat kemudian campurkan dengan minyak kelapa. Sapukan bancuhan ini di belakang badan yang sakit.


6. Sengal Tulang

Kupas bersih halia dan buang kulitnya. Tumbuk halus dan tampalkan pada tulang yang sakit.


7. Lemah Tenaga Batin

3 biji kurma ajwa di makan dengan madu liar mentah 2 jam, sebelum tidur. Amalkan selalu.


8. Tubuh Masuk Angin

Bawang putih dikupas kulit , dibersihkan dan ditumbuk lumat. Kemudian perah isi bawang putih tadi dan hanya ambil jus atau airnya sahaja. Campurkan dengan madu liar mentah asli anggaran sesudu.  Kacau rata bancuhan ini. Kemudian minum.


Selamat mencuba petua tradisional ini. Harus diingatkan petua tradisional ini haruslah diamalkan bersama diet dan pemakanan yang sihat.


Terima kasih.




Ingin Diet Sihat Namun Setiap Hari ialah 'Cheat Day'




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semakin kurang mengemaskini blog, itu juga mungkin punca antara diet atau pemakanan semakin tidak dijaga dan kelaut.

Mengikuti aktiviti dan gambar di instagram sendiri, anda akan melihat diri ini asyik menikmati makanan diluar yang kaya lemak tidak baik, penuh gula dan bahan proses juga MSG.

Ia, sekali anda terjerumus kembali, agak sukar untuk kembali ke pangkal jalan, walaupun suatu waktu dulu anda pernah makan tahun menjaga pemakanan.

Perkara mengenai istikhamah ini agak sukar dilakukan terutama jika anda lansung tiada sokongan terdekat. Malah lebih, mendukacitakan, disekeliling anda adalah golongan yang tidak pernah ambil tahu mengenai perkembangan diet sihat khususnya 'Eat Clean'.

Membaca dan menambah ilmu bukan syarat utama untuk anda kekal dalam memastikan diet anda sihat setiap hari seperti yang anda baca dan hadam.

Isu utama ialah displin. Ia bukan sahaja mengenai pemakanan, malah pelbagai perkara lain termasuk azam dan kerjaya anda sendiri.

Telah beberapa kali membeli sayur-sayuran organik, konon untuk dimakan atau dinikmati akhirnya layu rosak di dalam peti ais. Itu menunjukkan sukar untuk kembali ke pangkal jalan seperti sebelumnya.

Semangat dahulunya kuat semakin hari semakin lemah, lebih-lebih lagi jika makan tahun anda meninggalkan diet sihat yang anda bina hanya setahun, dua.

Sedangkan kita yang tahu bahaya dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak mampu melawan nafsu, apakah lagi mereka yang tidak pernah ambil tahu.

Maka, perlahan-lahan kurangkan jumlah bahagian makanan tidak sihat. Jika dahulu satu mangkuk habiskan seorang, kini satu mangkuk di kongsikan berdua. Jika dahulu kentang goreng dihabiskan seorang, kini cukuplah beberapa batang untuk rasa.

Jika hari ini anda telah tersasar jauh, tidak perlu rasa menyesal, kembali perlahan-lahan ke dalam track anda, jika tersasar lagi kembali lagi. Lambat laun anda akan sebati dan semakin kekal dalam track sendiri. Paling penting jangan terus terbabas ke track insan lain.

Ingat, segalanya mengenai kita adalah tanggungjawab kita. Ingatkan diri kita sendiri. Belajar mengawal nafsu dan diri sendiri. 

Suatu hari nanti yang sakit, yang rasa dan yang menanggung semua adalah kita.

Siapa lagi yang akan mengingatkan diri sendiri, jika bukan kita sendiri.

Terima kasih.





Khamis, 5 Julai 2018

8 PETUA KESIHATAN YANG ANDA BOLEH CUBA





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Jika anda mengalami apa-apa masalah kesihatan seperti di bawah, anda boleh mencuba segala petua dan informasi ini.

Segala petua dan informasi ini dikumpulkan dari pelbagai buku kesihatan berunsur islamik.



1. Gusi Bengkak

Masukkan daun pisang kedalam air panas yang mendidih, tapis kemudian minum ketika masih panas.


2. Terlalu kerap kentut

Anda boleh mengamalkan buah epal. Dikatakan buah epal membantu pelbagai bentuk masalah pencernaan.


3. Luka Berdarah

Anda boleh cuba sapukan getah batang pisang pada luka supaya luka tidak berdarah dan cepat sembuh.


4. Muka Mengelupas

Gosokkan bahagian dalam kulit pisang ke kulit muka


5. Cuka buah (anggur)

Ketika di sebut mengenai cuka yang terhasil dari anggur disisi Abu Abdullah r.a, beliau berkata “Sesungguhnya ia dapat membunuh bakteria dalam perut dan menguatkan organ mulut.”


6. Cuka Untuk Haid

Dikatakan cuka membantu melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah haid. Digalakkan minum 2-3 hari sebelum kedatangan haid. Tidak di syorkan minum waktu kedatangan haid.


7. Menghilangkan panau dengan cuka

Ambil habbatus sauda atau jintan hitam yang dihancurkan, campurkan sedikit cuka dan sapukan pada tempat ditumbuhi panau sehingga sembuh.


8. Kanser Darah (Leukimia)

Digalakkan makan labu organik atau tanpa racun yang dikatakan amat bagus untuk kanser darah. Digalakkan makan labu sebagai sayur. Kurangkan makanan proses dan gula.


Selamat mencuba. Semoga Allah memberi kesembuhan segera kepada anda.


Terima kasih.


Rabu, 4 Julai 2018

Zai's Beauty Formula dan Proses Penapaian serta Probiotik dalam produk Rawatan Wajah



antara kandungan brochure Produk Zai's Beauty Formula yang diperkenalkan semenjak lebih 20 tahun lalu

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan entri sebelum ini di link ini Produk Zai's Beauty Formula dalam Kenangan

Jika anda mencari produk kecantikan semulajadi, pilih produk tanpa pewarna, pengawet, penyatu dan pewangi juga semestinya tanpa bahan kimia merbahaya dan bahan asli.

Terdapat pelbagai senarai bahan berbahaya dalam kandungan produk kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki, anda hanya perlu rajin membaca dan mengoogle kandungan bahan yang terdapat  dan tertulis dibelakang setiap produk.

Selain Paraben, antara bahan penyebab kanser lain termasuk DMDM hydantoin, imidazolidinyl urea, allantoin, diazolidinyl Urea, Paraben termasuk menthylparaben, ehylparaben, propylparaben, PEG, paraffin, petroleum jelly dan pelbagai lagi.

antara bahan kandungan dalam produk Zais Beauty Formula termasuk saffron atau zaffron
Ramai yang masih bellum celik mengenai bahaya pelbagai bahan ini yang boleh menyerap melalui kulit dan masuk kedalam tubuh melalui salur darah.

Selain itu, bahan-bahan ini juga beoleh mengakibatkan keradangan kulit, ekzema, kedut dan sensitif juga boleh menyebabkan kanser, kecacatan bayi dan kerosakan pada hati, jantung dan buah pinggang.

produk Zai's Beauty Formula dalam kenangan, produk ini mempunyai kilang dan makmal sendiri

Apabila anda memilih produk kecantikan pilih produk berkualiti tinggi yang mengandungi kurang bahan kimia kuat dan berbahaya.

Kini dengan kecerdikan pelbagai golongan di barat, semakin ramai golongan yang semakin celik dan mula membuat produk semulajadi dari bahan selamat. Namun apa sekali pun anda tetap perlu menyemak setiap bahan yang digunakan dalam produk tersebut.


setelah beroperasi lebih 20 tahun, Pengurusan Zai's Beauty Formula mengambil keputusan menamatkan ia

Kebiasaanya produk organik dan selamat kurang mengandungi pelbagai bahan, jika anda membaca senarai bahan yang sukar disebut dan dieja serta bukan bahan yang anda kenali, elakkan membeli produk tersebut.

Selain boleh melakukan pemeriksaan bahan merbahaya di google anda juga boleh merujuk laman web Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan membeli pelbagai buku yang disyorkan untuk anda bagi mendalami antara bahan-bahan penyebab kanser yang terdapat dalam bahan-bahan kosmetik dan bahan kegunaan harian kita setiap hari.

Rajin-rajinlah membaca dan membuat kajian sendiri dengan mengoogle dan google.

Terima kasih.


Ahad, 1 Julai 2018

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 53 :- EAST GRILL STEAK HOUSE



bahagian hadapan restoran East Grill Steak House

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini di link Tempat Makan Best di Kuantan Part 52 :- Loft by Loteng.

Peminat masakan barat jika anda berada di Kuantan anda boleh mencuba menu masakan barat East Grill Steak House.

Eastt Grill Steak House ini telah wujud di Kuantan semenjak tahun 1997 lagi.

antara ruang tempat menikmati hidangan di restoran ini
Berada di Jalan Beserah, lokasi restoran ini berada di belakang KFC Jalan Beserah sahaja.

Tempat ini menjadi kunjungan pelbagai kaum dari melayu, cina dan india.

ruang menikmati hidangan
Luas dan penuh privasi, restoran ini antara restoran masakan barat yang amat sesuai untuk sambutan dan majlis tertentu termasuk majlis keramaian dan perpisahan.

Anda boleh menikmati hidangan bersama keluarga tersayang atau mengadakan sambutan hari jadi disini disamping menikmati hidangan malam bersama yang tersayang disini.

gambar antara mereka yang pernah menikmati hidangan disini termasul Sultan dan Sultanah Pahang
East Grill Steak House ini juga menjadi tempat kunjungan Sultan dan Sultanah Pahang, sekaligus menyaksikan betapa hidangan steak disini antara hidangan steak yang popular dan diakui keenakkannya di Kuantan.

Ruang Restoran yang cantik dan menarik
Harus diakui restoran ini menggunakan konsep ringkas dan bersifat peribadi terutama pada mereka yang sukakan privasi.

ruang makan yang cantik sesuai untuk pelbagai majlis
Saya dan keluarga saya berkesempatan menikmati hidangan makan malam disini ketika berbuka puasa tempoh hari.

Anda pasti sukakan suasana privasi dan dekorasi malap seperti ini.


Berikut beberapa menu yang dicuba oleh keluarga kami di restoran East Grill Steak House ini.

ayam panggang dan sosej

lamb shark

ayam dan sosej

ayam panggang dan fish chip

antara gambar makanan yang sempat diambil

spaghetti dan daging lembu berkeju berserta salad
Dibawah ini gambar saya dan keluarga saya menikmati hidangan disini.

Rayyan kegembiraan menikmati hidangan di luar

Zara dan Harris memilih menu

Firdaus dan Harris menunggu hidangan tiba

amboi Rayyan

kakak saya mengambil gambar untuk instagram

saya kusyuk menikmati hidangan tak pandang apa dah

pencuci mulut banana split

licin licau menikmati hidangan disini



jumlah bil keseluruhan
Kali kedua menikmati masakan disini,  saya harus akui,  restoran ini adalah antara restoran terbaik untuk masakan barat di Kuantan.   Menu masakan barat disini memang enak. Jika kali pertama saya tidak dapat merasai betul keenakannya kerana menikmati masakan di sini pada bulan puasa. Kali ini bukan sahaja jus oren disini enak malah dessert banana pizza juga sedap. 

Berikut antara gambar yang sempat diambil oleh saya di sini ketika menikmati menu disini untuk kali ke 2 bersama keluarga. 














Untuk penjimatan hebat,  adalah disyorkan anda memilih menu mix &  match. Contohnya lamb shank dan lamb chop,  lamb chop dan chicken chop dan pelbagai menu yang terdiri dari 2 masakan berlainan. 

Sos di restoran ini tersedia dari 3 jenis, black pepper,  mushroom dan bbq. Black pepper sos bagi saya agak masin,  mushroom biasa sahaja dan bbq terbaik.  Maka untuk akan datang kemungkinan untuk sos bbq menjadi pilihan saya kerana anda hanya boleh memilih satu sos sahaja. 



Untuk kali ini lebih 11 orang menikmati makanan di restoran ini,  jumlah harga keseluruhan bil tidak sampai rm500. Sebelum terlupa,  bagi kami sekeluarga menu masakan tempatan di sini adalah amat biasa. 

Tempat ini yang lebih 'privacy'  amat disyorkan untuk majlis istimewa keluarga anda atau untuk pasangan yang ingin 'privacy'. 

Untuk video pemandangan dan hiasan di dalam restoran East Grill Steak House ini anda boleh menonton video ini




Jika anda berada di Kuantan, tunggu apa lagi, anda boleh mencuba menikmati hidangan barat di restoran ini.

Artikel tempat makan best seterusnya di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 54 :- CEKUR MANIS CAFE

Terima kasih.