CARA MUDAH CUCI USUS ATAU DETOKS KOLON |
Assalammualaikum wbt dan
salam sejahtera.
ASAS YANG PERLU ANDA TAHU
DALAM MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN USUS
Usus sering dikaitkan dengan
sarang penyakit. Baiki usus anda dan emosi anda, insyallah penyakit akan sembuh
dan anda akan awet muda. Itu pesan ramai ahli kesihatan.
Hari ini ramai antara kita
bersemangat mengdetoks atau membersihkan usus. Sebut sahaja produk di farmasi
atau dipasaran yang mengiklankan pembersihan usus, maka ramailah yang akan
berebut membelinya kerana percaya usus akan bersih dan tubuh akan sihat.
Andai dengan satu produk
usus mudah menjadi bersih, tentu sekali semakin berkurang jumlah pesakit yang
datang ke klinik dan hospital.
Bagaimana cara mudah untuk
kita membersihkan usus dan menguatkan antibody tubuh?.
Perkara pertama yang harus
diketahui ialah penyakit bermula dari usus.
Ketahui tanda usus lemah
atau bocor, apa penyebab usus dan penyakit usus. Usus tidak semudah satu produk
dan satu hari mahupun satu bulan untuk dibersihkan terutama jika berpuluh tahun
anda ikut suka menikmati apa sahaja makanan.
Antara makanan utama yang
perlu dielakkan dalam proses membersihkan usus ,ialah makanan proses dan tinggi
gula proses, makanan bijirin yang tidak direndam dahulu sebelum dimasak dan
diproses, kekacang yang tidak direndam sebelum dimasak, produk tenusu
komersial, gula putih, tepung putih dan beras putih biasa yang dilunturkan
sehingga menyebabkan ketiadaan khasiat dan hanya tinggi gula semata-mata.
Selain makanan proses
makanan yang menyebabkan alergi dan sensitivity kepada sesetengah individu juga
harus dielakkan. Tidak semua perut dan usus individu itu sama. Tentu anda
sendiri boleh kenali apa yang boleh anda makan dan apa yang memberi kesan
kepada perut dan usus anda jika anda makan. Jika mampu anda juga boleh membuat
ujian alahan makanan di mana-mana klinik atau hospital yang menawarkan khidmat
ini.
Ada sesetengah makanan yang
menyebabkan radang. Bagi pengidap ekzema peringkat pertama yang mengharungi
topical steroid withdrawal makanan sihat seperti terung, tomato dan capcicum
sekali pun akan menyebabkan alahan kerana terdiri dari makanan nightshade yang
susah hadam dan boleh menyebabkan ‘flare’ atau radang. Bagi penyakit lain ada
sesetengah makanan walaupun makanan sihat yang hanya akan menambah sakit dan
menyukarkan baik pulih.
Antara makanan yang paling
mudah memberikan alahan kepada kebanyakan individu termasuklah jagung, soya,
makanan laut, laktosa, gluten. Alcohol dan bahan kimia didalam makanan atau
tindak balas bahan kimia dalam makanan itu sendiri.
Apabila ini terjadi, ini
jelas menunjukkan bahawa ada kerosakan atau sensitivity dalam usus anda.
Elakkan makanan ini kerana jagung terkenal antara makanan paling banyak
dihasilkan melalui teknik GMO termasuk soya.
Antara tanda utama anda
memerlukan detok atau detoksifikasi usus , ialah anda sering mengalami isu
berikut :-
- · Sembelit
- · Kembung perut
- · Angin dalam tubuh atau gas banyak
- · Sakit kepala
- · Lidah bertanda putih
- · Nafas berbau
- · Mudah penat
- · Selalu sakit badan
- · Perut buncit
- · Penyakit kulit
- · Ketagih makanan manis dan bertepung
- · Mood mudah berubah
- · Susah menurunkan berat badan
- · Makan banyak tapi tidak naik berat badan
- · Jerawat
- · Bau badan
- · Gegelung mata hitam
Cara paling mudah untuk detoks
ialah berpuasa dan berbekam mengikut kesesuaian tubuh anda. Tidak semua
individu sesuai berbekam, dan tidak semestinya anda berbekam anda terjamin
sihat jika anda tidak menjaga pemakanan anda.
Apa sekali pun yang paling
utama menjaga pemakanan anda. Pertama tambah lebih banyak sayur-sayuran segar
dan buah-buahan tempatan khususnya. Kurangkan karbohidrat proses, rajinkan
bersenam dan bergerak. Kurangkan stress
dan sentiasa berfikir positif.
Anda harus kerap membuat jus
hijau dengan campuran buah kegemaran anda, minum air kelapa, minum jus limau
nipis, cuka epal dan rajin mengeluarkan peluh untuk mencuci kolon anda dengan
cara yang lebih semulajadi.
Tambah lebih banyak serat
dalam menu harian anda. Kunyah 40x dan makan perlahan-lahan.
Selamat Mencuba cara mudah
mencuci kolon (usus) dan detoks ini.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan