Isnin, 2 April 2018

8 CARA MUDAH BAGI MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Keguguran rambut adalah perkara biasa di zaman moden, ia disebabkan oleh pemakanan dan diet yang tidak seimbang, udara bertoksik, bahan kegunaan harian yang kaya bahan kimia yang merosakkan hormon serta tekanan kerja dan perhubungan.

Isu keguguran rambut juga berkait rapat dengan hormon tertentu dalam tubuh.

Antara cara yang paling mudah untuk anda mengurangkan masalah atau isu keguguran rambut ialah :-

1.  Kurangkan penggunaan bahan kimia dalam produk penjagaan diri terutama produk rambut.

Produk seperti syampu, pelembab, serum, minyak rambut dan vitamin dan serum rambut realitinya terlalu banyak bahan kimia. Anda harus rujuk setiap bahan yang digunakan dalam produk rambut anda. Hasil kajian dan penelitian produk yang mewar-warkan sebagai vitamin dan supplement rambut juga mengandungi bahan kimia merbahaya. Dapatkan syampu dan produk rambut yang menggunakan bahan kimia lembut, kurangkan penggunaan syampu dan perapi atau produk rambut lain. Jika anda biasa menggunakan syampu sebesar syiling 50 sen sekali bersyampu, kurangkan menjadi sebesar duit syiling 20 sen.


2. Guna minyak atau sapu minyak di rambut sebelum bersyampu

Minyak boleh mendap atau menyebabkan kelemumur jika terlalu banyak disapu diatas kulit kepala. Anda harus faham, sekalipun ia minyak asli 100% risiko komodegenik tetap ada.

Salah satu cara untuk memakai minyak ialah hanya sapu dihujung helaian rambut sahaja. Bukan keseluruhan rambut.

Namun salah satu cara mengelakkan risiko rambut gugur dan syampu terus ke rambut anda (syampu mengandungi bahan kimia kuat), ialah dengan menyapu minyak sebelum anda mandi. Antara minyak yang disyorkan termasuk minyak zaitun, minyak kelapa dara atau minyak argan. Sapu hanya untuk 2 jam sahaja, kemudian cuci dan mandi. Minyak diakui membantu melebatkan dan menguatkan rambut namun anda harus tahu cara sebenar dalam menggunakan minyak di rambut.


3. Santan Kelapa sebagai penganti syampu atau masker rambut

Selain minyak kelapa, santan kelapa juga amat bagus untuk menguatkan rambut serta melebatkan rambut juga mengurangkan rambut gugur. Bonus untuk anda yang rajin mengamalkan santan kelapa, rambut anda juga akan hitam berkilat dan lambat di tumbuhi uban.

Anda boleh menukar syampu anda kepada santan kelapa jika anda rajin, cairkan santan kelapa dan tambah daun pandan untuk bau wangi.

Pilihan lain anda boleh buat masker rambut dari paste lemak santan. Biar santan dalam 5 jam, sampai lemak pekat naik ke atas. Ambil lemak pekat itu dan sapu ke rambut buat sebagai masker. Biarkan selama 5 jam dirambut anda kemudian cuci bersih-bersih. Pilihan lain jika anda sanggup anda boleh membalut rambut anda dengan santan kelapa sebelum tidur. Pagi esok sila cuci dengan 5 biji limau nipis sebersih-bersihnya.

Harus ditegaskan disini santan kelapa atau lemak kelapa jika tidak dicuci dengan bersih akan menyebabkan pemendapan minyak sekaligus kelemumur. Ramai yang tidak menyedari akibat ini kerana tidak cukup ilmu. Jika kepala anda jenis cepat berminyak dan berkelemumur jauhkan dari memakai santan pekat atau lemak santan ini di waktu malam. Hanya pakai siang kurang dari 5 jam dan cuci bersih.


4. Bunga Raya dan daunnya

Bunga raya selain membantu mengurangkan uban juga menyejukkan rambut. Ia mengurangkan risiko rambut gugur. Kepala yang panas kerana dipenuhi toksin diotak selain stress dan terlalu banyak berfikir dan mengingati pelbagai perkara menyebabkan keguguran rambut. Ambil beberapa kuntum bunga raya dan beberapa helai daun bunga raya segar. Ramas dan sapukan seluruh kepala dan rambut. Amalkan selalu. Insyaallah cara ini akan mengurangkan kepanasan kulit kepala dan mengurangkan risiko rambut gugur.


5. Sebiji Telur

Telur terkenal sebagai sumber protein dan lemak baik yang sihat. Makan sebiji telur rebus sehari, jangan tinggal kuning telur tersebut. Selain makan sebiji telur rebus anda juga digalakkan mencuci rambut dengan sebiji telur dan perapkan ia dalam 2 ke 3 jam. Cuci bersih dengan limau nipis. Jangan terus syampu. Syampu sahaja pada hari esok. Telur bukan sahaja menguatkan rambut sekaligus ini membantu mengurangkan rambut putus dan rambut gugur. Bonus rambut anda pasti akan lebih berkilat.


6. Lidah Buaya untuk menyejukkan kulit kepala

Harus diakui lidah buaya bukan sahaja berguna sebagai minuman detoks dan supplement asli yang bagus untuk tubuh. Malah lidah buaya juga membantu menyejukkan kepala yang panas, membuang toksin dikepala sekaligus ia menerbitkan rasa dingin sekaligus menguatkan rambut. Rambut yang berasaskan kepala yang panas pasti akan memudahkan risiko keguguran rambut terjadi. Sapu lidah buaya dirambut anda dan jangan lupa minum isi lidah buaya tersebut. Pastikan anda kenal lidah buaya yang boleh dibuat jus dan dimakan dengan tidak. Jika tidak lebih baik anda sapu sahaja dirambut anda tanpa perlu diminum.


7. Menjaga Pemakanan dan Persekitaran

Terimalah hakikat pemakanan memang berhubung kait dengan hormon sekaligus rambut anda. Ini termasuk persekitaran anda dari bahan yang anda gunakan udara dan cara anda menguruskan tekanan atau stress.

Perubahan hormon akibat usia, mengandung, keguguran, sakit, perubatan dan pelbagai lagi menyumbang kepada keguguran rambut dan masalah kesihatan lain. Jaga pemakanan seharian anda. Amalkan menikmati makanan kaya zink, biotin, omega3, lemak baik, minyak biji labu, biji-bijian terpilih, kekacang yang sihat dan kurangkan makanan tinggi gula dan proses. Rajinkan berjalan dan bermain dengan matahari pagi atau petang.


8. Minum air menyejukkan badan seperti air kelapa muda atau barli

Badan yang panas, penuh toksin dan sering mengabaikan nutrisi penting adalah antara penyebab rambut gugur dan kulit kering. Nikmati air kelapa atau air barli antara minuman menyejukkan badan yang disyorkan bagi mengurangkan risiko panas badan yang turut memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut.

Selain itu anda juga boleh mencuba basuh rambut atau kepala dengan air kelapa untuk kulit kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih kuat dan cantik. Air kelapa tidak sesuai bagi wanita dalam pantang dan baru lepas bersalin. Selain itu air kelapa juga boleh menyebabkan sakit tulang bagi mereka yang mengalami sensiviti tubuh pada air kelapa. Kenali tubuh anda sebelum mengamalkan sesuatu remedy dan makanan.

Dengan 8 cara mudah dilakukan ini, insyaalah isu keguguran rambut anda akan mudah diatasi.

Selamat mencuba 8 cara mudah bagi melebatkan rambut ,mengurangkan dan mengatasi masalah rambut gugur ini.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan