Assalammualaikum wbt
dan salam sejahtera.
Bermula dari artikel
ringkas seperti tempat makan best dan tempat menarik kini blog ini semakin
berkembang kearah gaya hidup sihat.
Dari artikel khasiat
herba dan makanan, blog ini semakin berkembang menyentuh pelbagai isu kesihatan
dan perkara lain termasuk panduan blogger dalam kategori blogger, ekzema atau
TSW, petua dan pelbagai lagi.
Seiring kematangan
penulisan blog dan kedatangan pengunjung dan pembaca dari seluruh dunia yang
konsisten, maka blog ini akan memberi tumpuan kepada tajuk lebih mendalam
termasuk hormon, depresi dan jenis diet juga cara hidup.
Bagi permulaan,
artikel dalam kategori dan sentuhan baru ini akan ditulis ringkas dan ringan,
ia tidak berat dan tanpa huraian panjang. Hanya point penting.
Seiring waktu ia akan
ditulis dengan lebih panjang dan huraian yang mudah difahami. Untuk mendidik ia
harus dimulai secara perlahan-lahan, paling mudah supaya otak tidak rasa berat
dan malas serta putus asa untuk terus mencuba dan belajar menghadam maklumat.
Ini termasuk produk
semulajadi yang akan terus diperkenalkan diblog ini, untuk masa ini produk dari
bahan makanan diperkenalkan, kemudian produk semulajadi sedikit demi sedikit.
Bermula dengan diet,
cara hidup, hormon sehingga penggunaan bahan peribadi, blog ini akan cuba
melengkapi pelbagai artikel bermanfaat sebanyak-banyaknya pada tahun ini.
Hanya menggunakan
seorang penulis yang perlu mengolah pelbagai perkara dan data, ia memerlukan
masa dan cara paling mudah untuk setiap artikel disampaikan agar setiap
golongan yang membaca faham dan tidak bosan membacanya.
Untuk anda yang setia
menjadi pembaca dan pengunjung setia, juga anda yang baru singgah membaca blog
ini, anda boleh merujuk pelbagai artikel dalam setiap kategori blog ini.
Bagaimana cara penulisan berubah dari mula ia dibina sehingga hari ini. Ia sebagai
tanda bahawa setiap apa yang bermula pasti punya banyak kelemahan dan
perlahan-lahan dibaiki tanpa berhenti sekaligus ia sebagai bukti untuk mereka
yang baru belajar atau ingin belajar menulis dan berblogging.
Sebagai blogger,
setiap apa yang ditulis didalam blog ini hanya pandangan peribadi penulis dan
hasil dapatan kajian dan bacaan serta pengalaman penulis. Adalah disyorkan anda
merujuk mereka yang lebih pakar atau mengkaji sebelum mencuba apa yang ditulis
di blog ini kerana apa yang anda lakukan akan kembali kepada diri anda sendiri.
Penulis tidak akan bertanggung jawab atas salah kefahaman anda.
Terima kasih untuk
anda dan sesiapa sahaja yang terus menyokong blog ini, berkongsi setiap artikel
blog ini di media sosial, di group whatapps atau telegram, juga mereka yang
mengamalkan ia jika ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda.
Doakan semoga penulis
terus diberi kekuatan menulis, mencari ilmu, membaca, mengkaji, melakukan research,
diberi ilham dan semangat untuk terus memberi ilmu dan sokongan dalam
memartabatkan kecintaan kepada makanan sebenar dan bahan semulajadi.
Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan