Selasa, 27 Mac 2018

Motivasi Untuk Kekal Dan TERUS BLOGGING


motivasi untuk kekal menulis dan berblogging


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ramai menulis blog tanpa arah tujuan dan suka-suka sebagai hobi dan minat yang mendalam terhadap penulisan dan coretan.

Ada yang menulis untuk berkongsi resepi dan minat memasak. Segolongan suka menulis untuk berkongsi ilmu dan menjadikan ia sebagai salah satu sedekah jariah.

Ada individu yang menulis blog sebagai motivasi untuk terus rajin membaca dan mengali ilmu agar dapat ditulis diblog dan digunakan sendiri.

Ada yang menulis blog untuk jangka masa panjang sebagai promosi produk akan datang dan juga branding.

Apa sahaja niat penulis, hanya penulis yang tahu namun ada waktunya tidak kira ia hobi atau sekadar suka-suka, ramai akhirnya meninggalkan bidang penulisan kerana kurang motivasi dan merasa jemu malah ada yang mula bertukar kepada media sosial lain.

Tidak kira siapa pun anda sebagai blogger picisan atau separuh mata atau sekadar suka-suka, realitinya blog tidak seindah yang sering dikhabarkan kecuali anda begitu serius dan focus untuk menjadikan blog anda Berjaya dengan mempelajari secara khusus mengenai blog dengan mengikuti segala video, ceramah, kursus, dan mengikuti segala tertib yang diajar dalam menjadikan blog anda sebagai super blog yang akhirnya Berjaya dikunjungi lebih ratus ribu pengunjung dalam sehari, ia itu menunjukkan bahawa segala penat lelah anda Berjaya. Anda boleh lihat kesungguhan seorang blogger dengan memerhati berapa artikel yang diposkan diblog setiap hari. Jika anda melihat artikel tidak konsisten anda sendiri tahu apa yang anda beri itulah apa yang anda dapat.

Setiap kualiti artikel blog melambangkan apa yang anda pelajari dan luahkan diblog. Belajar menulis artikel dari mula sehingga semakin bijak dan berkembang menunjukkan kematangan diri anda. Dari satu kategori ke satu kategori.

Realitinya blog tidak seperti media sosial lain yang lebih cepat mendapat follower, peminat mahupun pelanggan serta komen banyak seperti facebook, whatapps dan instagram. Untuk Mendapat likes juga sukar. Itulah blog hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang akan meneruskan penulisan tanpa mengharapkan apa-apa balasan komen atau penambahan follower cukup ia memberi manfaat kepada insan lain atau sekadar memberi manfaat atau menghabiskan waktu yang terluang dari membuat perkara yang lebih sia-sia.

Blog secara halus membantu meredakan stress melalui penulisan. Membantu otak berkerja keras dengan memikirkan idea yang bernas ketika menulis. Malah blog akan mengajar penulis berfikir untuk menulis artikel apa untuk seterusnya meneroka kategori apa untuk seterusnya.

Apabila muncul kategori baru yang mula dikenalkan, anda sendiri akan boleh menilai kesusahan artikel pertama diterbitkan berbanding ratusan artikel yang akhirnya Berjaya diterbit dalam kategori sebelum itu. Ia Nampak seperti mudah dalam satu coretan panjang, namun realtiinya pemahaman setiap kategori tidak semudah itu.

Dengan cara yang benar dan konsisten, dalam jangka waktu tertentu blog akan membawa follower, peminat , pembaca malah pelanggan kepada anda sendiri. Itu yang sentiasa ditulis dan dipelajari dari mereka yang Berjaya dari blogging yang realitinya berkorban jauh banyak perkara dengan mereka yang menulis suka-suka. Apa yang anda beri itulah yang anda dapat.
Tidak seperti 10 tahun dahulu, kini blog disertakan sekali dalam website tertentu dimana di dalam satu website terdapat homepage atau pintu masuk, kemudian ke blog dan kemudian ke website untuk membeli belah atau mengkaji sesuatu produk sebelum dibeli.

Melihat carta belian di pusat membeli belah online anda boleh melihat dengan jelas betapa dekripsi atau decription sesuatu produk itu semakin ditulis panjang lebar dan jelas tahun demi tahun bagi melahirkan kepuasan pelanggan sebelum membeli produk. Blog yang menulis secara ikhlas kesan baik dan buruk serta maklumat am yang sukar didapati diblog lain atau media sosial lain akan mendapat lebih banyak manfaat seiring manfaat ilmu yang diberikan oleh blog tersebut. Maka beri yang terbaik untuk mendapatkan yang terbaik namun anda tidak perlu menunggu menjadi terbaik untuk bermula. Bermula dan baiki ia hari demi hari pasti niat baik dan ikhlas anda akan dibantu oleh tuhan.

Ada blog tertentu yang membawa pembaca yang berminat terus ke website membeli belah atau link jualan atau promosi produk tertentu. Ada blog yang meminta maklumat email dan mempromosikan mengikut email dan ada blog hanya digunakan sebagai hobi untuk melepaskan rasa jemu dan memberi ruang untuk menulis dan menjadi rujukan pembaca lain. Kebiasaannya blog dengan tulisan ringan dan tidak membebankan untuk suka-suka dan realease tension menjadi kegemaran pembaca termasuk blog fesyen dan kecantikan. Maka jika anda perlukan ramai follower dan pembaca yang rajin meninggalkan komen anda boleh mencuba membina blog jenis itu berpandukan sasaran anda apa.

Ketika anda rasa malas menulis dan berhenti berblogging, kebiasaannya akan ada sesuatu mengejutkan anda untuk singgah diblog anda dan menulis. Andai penulisan dan meluah rasa serta berkongsi ilmu itu memang budaya dan minat serta passion anda, blog anda akan kekal aktif walaupun mungkin ia ditinggal tidak dikemaskini memakan bulan.

Tentukan apa minat anda dan tulis mengenai apa yang anda minat dan suka, pasti anda akan terus menulis dan pastikan apa yang anda tulis memberi manfaat kepada orang lain terutama mereka yang singgah membaca dan menjadikan blog anda sebagai idola dan sumber rujukan.

Ketika anda merasa lemah, anda boleh berhenti sebentar. Kemudian tulis lagi dan lagi walaupun pendek. Jangan biar blog yang anda bina terus berhabuk, blog membantu anda rajin membaca jika anda menjadikan blog anda sebagai motivasi untuk anda membaca, blog akan menjadikan anda berilmu jika anda menjadikan blog anda sebagai medan berkongsi ilmu. Dengan cara ini anda akan lebih kekal lama berblogging. Malah anda harus ingat dengan mempelajari ilmu baru anda bukan sahaja mengerakkan lagi otak anda supaya terus berfikir malah ia membantu otak anda lebih aktif dan kurang risiko nyanyuk.

Lakukan pelbagai aktiviti yang memerlukan anda berfikir, pelajari perkara baru dan kongsikan ia dalam blog anda.

Selamat mencuba, terima kasih.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan