pilih madu mentah asli yang selamat berbanding madu yang dipasteur dan dipanaskan dalam suhu yang tinggi |
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Dunia hari ini semakin menyedari
bahaya gula. Maka ketakutan kepada gula
membawa pemilihan madu dan stevia sebagai ganti gula selain gula kabung asli
atau gula Melaka asli.
Sayang sekali, gula kabung asli
juga sukar didapati termasuk gula Melaka asli. Ini kerana kebanyakan gula kabung dan gula Melaka kini
ditambah gula putih.
Stevia pula lebih banyak bahan
proses berbanding stevia asli dari daun segar atau daun yang dikeringkan.
Golongan hari ini sentiasa
dihadapkan dengan makanan manis, tidak seperti golongan zaman lampau yang
menikmati manis dalam bentuk asli dan mereka tentu sahaja terlalu banyak
menggunakan tenaga berbeza golongan manusia di dunia pada hari ini.
Kesedaran demi kesedaran, bacaan
demi bacaan, semakin ramai menggantikan gula kepada madu asli. Namun anda yang
rajin membaca dan sentiasa dikemaskini info kesihatan pasti tahu hampir 90%
madu dipasaran dikatakan ialah madu campuran atau madu tiruan.
Niat dan semangat untuk
mengamalkan diet dan hidup sihat dihancurkan dengan madu campuran yang
diiklankan natural atau semulajadi 100% ini dilabel tanpa mengetahui isi
kandungan sebenar.
Malah saya sendiri pernah melihat
video dimana madu dari UAE ditambah diesel dan minyak dan dieksport ke Negara
lain, dimana madu itu dicop dan ditulis madu asli. Nauzubillah.
Pilihan Pelbagai Madu
Terdapat pelbagai pilihan madu
dipasaran. Semua dilabel asli. Namun ramai pencinta makanan kini memilih untuk
membeli madu yang mempunyai certification atau sijil asli.
Untuk mendapatkan persijilan
tentu sekali kos akan bertambah dan harga madu menjadi lebih mahal. Bagi
pengeluar yang mampu dan syarikat yang stabil ia adalah bonus. Tentu sekali ia
memudahkan kepercayaan pembeli untuk membeli.
Realitinya masih ramai tidak
mengetahui apa itu lebah bela atau lebah ternak. Hasil madu yang terbaik ialah
apa yang dimakan dan dicerna oleh lebah. Cara hidup lebah tersebut sama ada
mengikut fitrah atau tidak.
Ini tidak terpakai kepada lebah
sahaja, ia terpakai kepada binatang lain sama ada lembu, kambing, ikan, ayam
dan pelbagai makhluk muka bumi ini. Apabila ia membelakangkan fitrah, ia akan
melibatkan stress dalaman yang akan memberi kesan negative. Perkara ini akan
berlarutan dalam kitaran kehidupan itu sendiri.
Ketika ini anda akan melihat
pelbagai ladang dan sarang lebah. Anda boleh terus pergi ke ladang tersebut
untuk membeli madu asli yang dihasilkan oleh lebah dihadapan mata. Anda tidak
kisah jika lebah itu diberi makan gula atau apa sahaja.
Ia, ia memang lebih selamat
berbanding anda membeli madu yang
dikatakan natural namun ditambah gula putih dan bahan proses lain.
Pencinta makanan semulajadi
kebanyakannya ialah mereka yang mencintai alam dan binatang lain. Mereka peka
pada cara hidup binatang sebenar. Mereka tahu lebah sebenarnya tinggal dimana.
Di padang rumput bunga. Lebah hutan tinggal dihutan. Mereka yang rajin masuk
hutan akan berjumpa lebah hutan yang membuat sarang mereka diatas pokok tinggi.
Ia bukan senang memanjat pokok yang tinggi dan mengambil sarang madu lebah asli
ini.
Seiring kebijaksanaan para
pelajar di kebanyakan university yang menghasilkan pelbagai kajian mengenai
tumbuh-tumbuhan. Maka sesetengah university mula membuat projek bersama
syarikat madu dalam menghasilkan madu asli dari hutan liar atau rainforest.
Jika anda berpeluang berjumpa produk madu seperti ini, sila jangan lepaskan
peluang. Insyaallah produk madu anda ialah madu tulen dan dipercayai.
Apa lagi yang perlu anda
pertimbangkan ketika membeli madu. Ia terdapat perbezaan antara madu berlabel
semulajadi atau natural dengan madu berlabel Raw Honey atau madu Mentah.
Jika anda menghadapi masalah
kesihatan seperti ‘Candida Overgrowth’ atau eczema yang kronik anda boleh
memilih madu mentah untuk supplement kesihatan anda.
Bagi sesetengah individu mereka
alah kepada bahan aktif dalam madu mentah dan bimbang tentang bakteria tertentu
sehingga memilih madu yang telah siap dipanaskan dahulu untuk diamalkan.
Kebanyakan madu dijual ialah madu yang telah dipasteurkan pada suhu tertentu.
Madu mentah menjadi pilihan
mereka yang amat mementingkan kesihatan dan rajin membaca selain hidup
berdasarkan pengalaman ‘orang lama’. Mereka memilih madu mentah yang belum
dipanaskan. Bimbang suhu tertentu membunuh enzim madu itu sendiri. Malah bahan
yang digunakan untuk memanaskan madu umpama periuk besi juga memain peranan dan
kematian pelbagai enzim baik.
Madu mentah yang tidak dipanaskan atau dimasak memastikan khasiat dan enzim serta antioksidan tidak dihancurkan semasa proses pemanasan berbanding madu asli yang dipanaskan dan dibotolkan kemudian dijual sebagai madu 100% asli.
Sila ambil perhatian, proses memasak atau memanaskan madu ini menyebabkan kebanyakan vitamin, mineral dan enzim didalam madu yang penuh kebaikan hancur, pecah atau mati.
Madu mentah yang tidak dipanaskan atau dimasak memastikan khasiat dan enzim serta antioksidan tidak dihancurkan semasa proses pemanasan berbanding madu asli yang dipanaskan dan dibotolkan kemudian dijual sebagai madu 100% asli.
Sila ambil perhatian, proses memasak atau memanaskan madu ini menyebabkan kebanyakan vitamin, mineral dan enzim didalam madu yang penuh kebaikan hancur, pecah atau mati.
Jika anda ingin membeli setiap
produk makanan asli, anda harus rajin membaca, rajin mengkaji dan harus
diingatkan keadaan dan persekitaran tempat tersebut turut memain peranan dalam
penghasilan produk berkualiti.
Ketika anda memilih bahan makanan
untuk menjadi supplement anda anda kena mula fikirkan dari pada mana mula
proses itu, mereka yang amat kuat menyelidik akan melakukan research dari
permulaan untuk mendapatkan kepuasan dalam pembelian mereka sendiri.
Semoga artikel ini membantu anda
dalam memilih madu sebagai supplement kesihatan anda.
Jangan lupa amalkan menghisap
madu dari jari manis anda. Celup jari manis anda kedalam madu, kemudian celup
jari yang bersalut madu itu kedalam bekas botol berisi jintan hitam, hisap dan
kunyah.
Selamat mencuba cara ini yang
terbukti amat bagus dalam kesihatan.
Terima kasih.
_______________________________________________________________
Betullah,..sekarang ini susah nak cari gula kabung asli. Kebanyakannya dah dicampur dengan gula.
BalasPadamYup gula kabung ke. Air nira kem. Gula melaka banyak yang di campur gula Putih.. Maklumlah nak jimat kos. Pokok nira pun bukan banyak sekarang nak produce banyak banyak.
Padam