Sabtu, 30 Disember 2017

2 Hari Lagi, Menuju 2018


Pemandangan petang 30 December 2017, hai love.. 😍

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dipersembahkan detik-detik dalam gambar ringkas hari-hari terakhir 2017. 


Buah tangan dari mekah dari kakak tersayang,  Love 😍  💝 Ganache ♥

Rak pertama dan di sebelah kaunter bayaran kedai organik 

Asyik makan benda manis dan kurang sihat,  makanan sihat juga makin kurang selera di makan


Minggu terakhir bulan December 2017, raikan love 😍 💝 katanya 


Brownies coklat murah Homemade RM10


Ubi kayu dari Panching,  di beli di pasar Beserah 

Telur kampung organik di goreng bersama daun kelor Or moringga,  dihias daun dukacita,  1st time Makan menu ini

Pertama kali mencuba pisang bakar dan mentega


Buku yang ditulis bertahun lampau kemudian di alih bahasa bertahun sudah,  baru mula dibaca.  Satu sudah di khatam dan habis di baca. 

Tercapai Target USD25 dan lebih untuk bulan December 2017 sebelum 31 December.  Alhamdulillah. 

Counting 2018.

Wish 2018 will be amazing year for prosperity, Healthy,  wealthy and lots of love for me and all of us.

Insyallah.






Manusia Normal


Ia Cheat menu hampir setiap hari kebelakangan ini
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya manusia biasa. 

Itu tidak mampu di tipu atau ditutup,  di instagram itulah saya. 

Anda boleh berikan gelaran Blogger kesihatan dan natural untuk saya,  namun saya masih manusia biasa yang tewas dengan nafsu. 

Makan desert manis yang diperbuat dari gula Putih dan telur biasa dan tepung gandum yang dibeli di luar itu saya. 

Makan makanan berminyak juga itu saya. 

Alahan juga saya ada,  namun saya tidak kuat. 

Yang saya ada impian baru untuk makan sihat untuk esok hari,  kemudian mungkin saya tewas lagi. 

Menuju beberapa hari lagi tahun baru 2018, semakin kerap saya Cheat diet dan diet yang semakin lintang pukang sejak sembuh dari ekzema.  

Ia hampir 2 tahun saya meninggalkan diet ekzema dan hidup bahagia dengan Cheat day,  cheat menu tanpa perlu pantang makanan. 

Kini saya mula terima akibat.  Kaki saya mula naik alahan untuk menjadi seperti ekzema.  Namun saya masih tidak insaf. 

Tuhan telah beri saya 'hint' untuk saya menjaga diet saya. 

Saya amat bersyukur atas 'hint'  itu. 

Terlalu banyak 'hint'  telah tuhan berikan pada saya. 

Dari pelbagai perkara dan sudut,  cuma saya sebagai manusia biasa selalu mengabaikannya. 

Tidak kira siapa pun anda,  sihat atau masih muda. 

Ada waktunya anda harus beri hak tubuh anda untuk menikmati makanan sihat. 

Hari ini sekali lagi saya terpaksa makan manis-manis dengan pelbagai manisan dibeli di luar. 

Ia akhirnya saya faham rasa sesal lepas makan,  namun mengetahui rasa sesal dan Stress itu tidak bagus maka saya anggap ia sebagai rezeki dari Tuhan untuk saya dan peringatan untuk kembali jaga diet selepas ini. 

Memiliki tubuh sihat, kurus dan fit tidak semestinya akan datang akan kekal tanpa semangat dan jagaan yang betul. 

Sayangi tubuh anda dan diri anda. 

Untuk berjaya kesihatan dan fikiran yang positif amat diperlukan. 

Untuk mendapatkan ini beri hak pada tubuh dan otak anda makanan dan fikiran yang sihat. 

Mengira beberapa hari sahaja tahun baru 2018.

Sekali lagi,  azam untuk diet,  kesihatan dan perniagaan lebih baik menjadi impian utama. 


Terima kasih. 




Ahad, 24 Disember 2017

16 PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARI SIFU @ MENTOR PENULISAN DAN BLOGGING



Bermula dengan belajar menulis dengan ejaan penuh dan bahasa Melayu Tinggi dari Puan Ainon dan konten bermanfaat, membawa kepada belajar mendapatkan akaun Adsense dari Blogger Tuan Hasrul Hassan,  kepada lebih bijak menulis dengan mengikuti Marketing Strategies dan branding  Tuan Azleen Abdul Rahim dan Sifu SEO dan Content marketing,  Tuan Wan Yusof Wan Jeffery. Dan kini mula mengikuti Neil Patel.


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dalam banyak perkara anda memerlukan mentor dan sifu.

Tidak seorang malah lebih ramai lebih bagus. Setiap sifu dan mentor punyai ajaran berbeza. Anda hanya perlu mengadaptasikan dan sesuaikan dengan cara dan pencapaian setiap yang telah anda lakukan.

Ada banyak perkara yang dipelajari, antaranya adalah seperti berikut :-


1. Gunakan apa yang ada.

Ketika mula menulis. Guna apa yang ada. Jika anda tidak punyai laptop, guna sahaja telefon bimbit.
Andai laptop anda rosak, gunakan telefon bimbit anda.
Jika anda tiada line internet. Tulis dibahagian note telefon bimbit anda atau simpan dahulu artikel dalam word di laptop anda. Apabila anda telah punyai line internet, publishkan semua artikel yang anda simpan walaupun mungkin telah hampir 30 artikel. Kesabaran itu penting dalam mengejar kejayaan.



2. Tulis apa yang anda tahu dan minat.

Mula menulis apa yang anda tahu dan anda suka.
Ia akan menarik mereka yang ‘seperti’ anda. Ia umpama ‘cermin’. Kita hanya akan bijak menulis apa yang kita tahu dan kita minat serta apa yang kita sering baca. Minat kita berpandukan apa impian dan kesukaan kita. Tulis segala kesukaan anda, dari kesukaan anda menulis anda akan bertambah minat kepada pelbagai perkara lain yang datang secara ‘semulajadi’ kepada anda.


3. Domain bukan perkara utama.

Ketika mula berblogging. Blog pertama menggunakan domain.com ialah qisya.com. Bukan setakat membeli domain, malah mengupah designer mereka bentuk blog dalam paparan paling sesuai dengan imej.
Sayang sekali, ia hanya tinggal nama, tanpa satu artikel disiarkan.
Domain bukan perkara utama. Anda boleh menggunakan yang percuma.

Paling penting ialah semangat dan minat menulis. Apabila anda telah bertahun konsisten, dan punyai pengikut sendiri, untuk jangka masa panjang akan tiba waktu sesuai untuk anda memiliki domain sendiri.


4. Tulis sebanyak mungkin artikel Berkualiti

Ketika menulis, bayangkan anda menulis untuk anda dan anak cicit anda untuk masa hadapan.

Tulis seikhlas hati artikel paling berkualiti dan bermanfaat untuk anda dan insan lain yang sudi meluangkan masa, waktu dan kesungguhan mencari info sehingga Berjaya singgah diblog anda.

Letakkan diri anda ditempat mereka. Apa perasaan anda, apa anda mahukan, apa anda cari.

Dari situ anda akan menghasilkan artikel paling berkualiti, ringkas, mudah faham dan menyentuh hati.


5. Sebarkan Artikel Dan Blog anda

Hebahan dan iklan  atau marketing amat penting dalam zaman milenia dan digital ini.

Konten yang bermanfaat dan berkualiti ditulis anda pasti anda inginkan ia disebarkan agar seluruh dunia mendapat manfaatnya.

Selain berkongsi di google, anda juga boleh menyebarkan artikel bermanfaat anda dimedia social anda termasuk facebook, instagram, twitter, linkedin dan pelbagai medan social lain.

Tidak perlu malu. Banyak lagi dosa yang anda perlu malu bila lakukan.


6. Masa untuk berubah

Setelah bertahun anda punyai blog dan menulis.
Masa untuk anda berubah dari cara penulisan dan mencari pelbagai ilmu lain dalam bidang penulisan dan blogging.
Pakar atau pemilik Phd juga mereka yang dipenuhi dengan kejayaan dalam hidup, tidak pernah berhenti belajar dan berubah menjadi lebih baik dan baik lagi. Anda atau sesiapa sahaja juga begitu.


7. Belajar , belajar dan belajar

Hari ini anda belajar menulis. Esok anda belajar untuk lebih rajin dan konsisten menulis. Lusa anda belajar menulis konten berkualiti dan power. Tahun depan anda belajar teknik SEO. Begitulah dunia ini, ilmu baru berkembang setiap saat. Jangan pernah berhenti belajar walaupun blog anda berada di tahta teratas, dan disebut dari mulut kemulut setiap manusia di atas muka bumi ini. Belajar tidak pernah akan habis , sehingga anda menutup mata.


8. Punyai peningkatan dalam bidang penulisan dan blogging

Setiap pekerjaan ada KPI tersendiri. Dari hobi yang bertukar untuk pendapatan sampingan mahu pun pendapatan pasif pasti anda juga harus wujudkan KPI anda termasuk dalam blogging dan bermain media social yang menghasilkan pendapatan untuk masa hadapan anda.
Lihat perbezaan hasil kualiti dan apa yang media social anda beri kepada anda, baik blog, facebook, instagram dan linkedin anda.
Peningkatan yang ada harus terus ditingkatkan dan disasarkan cara matlamat dan target untuk tahun seterusnya. Tambah baik target dan sasaran anda juga peningkatan artikel bermutu termasuk gambar, sumber grafik dan cara penulisan yang menyentuh hati serta bertambah baik. Terima setiap kritikan sebagai satu tolakan kuat untuk anda menjadi lebih bagus dan Berjaya dalam apa yang anda telah mula lakukan.


9. Matlamat Masa Hadapan

Apa anda lakukan hari ini, pastikan ia ada matlamat masa hadapan. Dengan waktu yang kian bergerak pantas, setiap saat yang berlalu dalam hidup anda haruslah boleh digunakan bukan untuk hari ini sahaja , malah untuk masa depan.

Setiap apa yang anda buat hari ini, ada target untuk masa depan dan menjurus untuk matlamat jangka panjang bukan sahaja untuk jangka pendek tahun tertentu sahaja.


10. Mula membina Imej Profesional

Anda boleh membina imej lebih professional , sama ada blogger blog peribadi yang lebih dekat dengan segala kategori pembaca namun dari sudut lebih professional.

Anda juga boleh menjadi blogpreneur dengan cara lebih professional, mentor dan sifu blogging dengan cara lebih professional.

Perkara pertama ialah mereka bentuk dan menambah baik ciri professional di blog anda. Mungkin ia bukan untuk masa ini untuk anda merancang ia, namun pastikan ia ada dalam perancangan masa panjang anda.

Untuk apa suka-suka , jika dari kesukaan anda sudah terlihat bakat yang anda pasti mampu pergi jauh.

Zaman milenia bukan lagi untuk suka-suka, jadikan suka-suka itu medan untuk anda menjana pendapatan untuk anda sendiri.


11. Matlamat Jangka Panjang Yang Tepat

Anda harus mempunyai matlamat jangka panjang yang tepat. Lukis dan graph dalam otak anda cara dan bagaimana perjalanan itu mampu terlaksana.

Sebagai blogger separuh masa hampir 5 tahun, akhirnya minat menjadi blogpreneur tiba.
Maka antara sasaran blog ini ialah apabila lebih 3000 artikel , blog ini akan membeli dan membina nama khas domain sendiri berbentuk website dan blog.

Seiring 3000 artikel, antara matlamat jangka panjang blog ini juga, ketika itu produk homemade dan semulajadi juga telah lebih dari 10 jenis dan mempunyai ‘killer product’ tersendiri.

Website dan blog lebih professional akan dibina.

Matlamat ini disasarkan seiring pembacaan, bahawa agak sia-sia jika artikel diblog tidak sampai 100, dan apabila pengunjung tiba diblog, tidak banyak artikel yang boleh dirujuk dan dibaca.

Apabila anda mempunyai 3000 artikel berkualiti, pengunjung akan berada lebih lama di blog dan sasaran pembaca dan pelanggan akan lebih meningkat.

Dari artikel yang dibaca dan terus-terusan terus dibaca ia akan membawa kepada minat dan pembaca akan lebih dekat untuk mengetahui setiap produk yang ditawarkan.

Satu produk tidak cukup, lebih banyak produk lebih banyak peratusan untuk pelanggan membeli produk anda.

Maka tetapkan matlamat jangka panjang anda. Buat sehabis baik, jangan berganjak dan focus apa yang anda ingini.

Jangan ikut orang lain, bina kejayaan anda sendiri.


12. Lebih ramai mentor dan sifu lebih baik

Tiada ilmu yang tepat 100% dari mentor dan sifu.

Anda harus gunakan semuanya sehingga jumpa yang paling sesuai dengan anda.

Tidak ada satu kejayaan yang sama. Anda harus cuba semuanya.

Hormati semua sifu dan mentor yang anda ambil ilmunya walaupun mungkin ia hanya secara percuma dari blog dan muka buku.

Setiap mereka yang Berjaya mempunyai ramai mentor dan sifu.

Maka terus belajar, cari lebih ramai guru dan sifu.

Cuba segala ajaran dan pilih yang paling sesuai dan Berjaya untuk anda.


13. Focus dan konsisten

Tiada yang lebih berkuasa dari kuasa focus dan konsisten.

Kesabaran akan membuahkan hasil.

Kejayaan yang anda lihat dimiliki oleh ramai orang adalah hasil focus dan konsisten bertahun, Cuma anda tidak tahu reality perjalanan kejayaan mereka.

Abaikan cakap negative disekeliling anda. Hanya fikir dan cakap positif pada diri anda. Apa yang penting ialah apa yang anda fikirkan dan buat.

Usaha tanpa tindakan adalah sia-sia. Tindakan anda yang menentukan apa yang akan terjadi seterusnya.

Doa dan percaya pada perjalanan dan pengembaraan hidup

Dalam setiap usaha, pasti ada masa anda rasa lemah dan tidak berdaya. Punya rasa putus asa, namun tetap bangun dan teruskan.

Maka sebagai manusia biasa anda kekal kena sentiasa berdoa, bertawakal dan percaya pada Tuhan berbanding percaya kepada diri sendiri dan cakap orang lain.

Anda harus percaya inilah perjalanan dan pengembaraan hidup yang anda harus lakukan sebelum anda membina kejayaan sendiri. Setiap kejayaan tidak sama, dan setiap pengambaraan kearah kejayaan juga tidak sama.

Jangan sesekali pandang kejayaan dan pengembaraan hidup insan lain dan bezakan dengan anda.

Anda tidak pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi.

Media social individu itu sendiri tidak mengambarkan yang sebenar.
Hidup dan bina kejayaan dalam dunia anda, dan dapatkan apa yang anda percaya dan kejar dengan percaya setiap aturannya adalah yang terbaik yang disediakan khas untuk anda.
Berbangga dengan perjalanan hidup anda sendiri, kerana tentu sekali ia paling terbaik yang disediakan oleh tuhan khas untuk anda yang disayangi.


14. Positif

Apa yang paling penting, kekal positif sentiasa walaupun anda dilanda ujian terhebat dalam hidup sekalipun.

Bangun pagi dari tidur dengan fikiran yang positif. Lalui setiap ujian dengan positif. Sambil menulis positifkan diri anda, buang malu dan jadi diri anda sendiri.

Tiada manusia yang sama seperti anda. Maka anda tidak perlu takut dan bezakan diri anda dengan individu lain.

Manusia tercipta berbeza-beza maka raikan perbezaan itu.


15. Buat dan Tindakan

Ia perkara pertama yang perlu ialah buat dan tindakan. Buat dan lakukan sekarang. Apa guna anda membaca 8 juta buku sehari. Mendengar video motivasi setiap saat, namun satu perkara anda tidak buat dan lakukan.

Maka bangun dan terus buat. Rancang tindakan anda dan buat, buat dan buat.

Bertindak sekarang . Itu sahaja perkara yang membawa hasil dan menjadikan impian dan sasaran anda satu kenyataan.


16. Pelan dan Perancangan

Segala pelan anda harus dilukis , termasuk perancangan.

Ikut segala pelan dan perancangan anda. Jika ada perubahan , ubah ia dan lakukan yang lebih baik.

Kita boleh merancang dan mempunyai pelbagai pelan. Namun pelan dan perancangan dari tuhan pasti lebih baik untuk anda.

Lebih baik anda ada pelan dan perancangan dari lansung tiada apa-apa perancangan dan pelan.

Tuhan pun ada perancangan dan pelan hidup untuk anda sebelum anda terbentuk menjadi manusia.

Maka bermula hari ini, pastikan anda ada pelan dan perancangan .

Ikut pelan dan perancangan anda buat itu. Jangan jadikan ia sekadar hiasan, contengan atau gambar untuk instagram, blog, facebook atau linkedin anda semata-mata.



Terdapat banyak lagi ilmu yang ditulis dan diberitahu oleh mentor, sifu dan mereka yang Berjaya dalam bidang masing-masing.

Pada hari ini, ramai dari tokoh yang Berjaya mula menulis di media social masing-masing, malah mula menulis buku mengenai hidup dan kejayaan mereka sendiri sebagai panduan dan motivasi.

Sebagai manusia yang lemah dan punyai pelbagai kekurangan dan tidak bijak dalam segala ilmu, kita harus belajar dari insan lain walaupun dari bacaan status di media social , dan lebih bagus lagi dari buku.

Pilih buku bermanfaat. Setiap saat yang berlalu dan anda isi dengan ilmu hari ini akan menentukan siapa anda dimasa hadapan.

Tiada guna membaca tanpa sebarang tindakan yang membaca manfaat.

Terima kasih untuk anda yang terus menerus memberi sokongan kepada setiap artikel diblog ini.

Setiap perjalanan diblog ini adalah atas kesedaran dari setiap pembacaan di status-status yang dipaparkan dimedia social oleh pelbagai golongan dan individu yang memberi idea dan ilham untuk penulisan blog ini.

Semoga blog ini juga memberi idea, ilham dan inspirasi untuk anda.


Terima kasih.



Standalone Medical Card Atau Medical Card Rider? 4 SEBAB KENAPA SAYA PILIH MEDICAL CARD RIDER.


gambar imej medical card atau kad perubatan dari google


Minggu lepas, saya berkesempatan melawat anak rakan yang admitted di Hospital GlenEagles akibat high fever. Bertuah badan, parents dia sudah mendapatkan kad perubatan seawal umur 2 tahun. Merasalah untuk mendapat rawatan di “one of the expensive hospital” kat Kuala Lumpur ni. Alhamdulillah, anak mereka pulih within 4 days dan segala bil dibayar menggunakan medical kad. Bukan tidak mahu menggunakan benefits yang diberi oleh company, tapi sekadar ingin mencuba benefits yang disediakan oleh pihak Takaful...takut apa yang di terangkan dahulu (ketika sign-up) hanya menanam tebu dibibir.


Tapi Alhamdulillah, mana-mana syarikat Takaful akan membayar segala bil jika conditions yang digariskan di dalam sijil/polisi dipenuhi...tak begitu?. Saja ingin berkongsi tentang kelebihan medical card di bawah pelan investment linked (IL) berbanding standalone. Ramai yang prefer standalone sebab flexibility untuk bertukar dari satu Takaful ke Takaful/insurans yang lain. Jika di google, majoriti bercanggah pendapat tentang perbandingan. Sebagai pengguna seperti saya, saya nak share 4 sebab mengapa saya memilih medical card IL berbanding standalone. Tepuk dada, tanya selera.


1. Medical card jangka panjang. Selalunyalah medical card standalone ni renewable every year mengikut umur dan juga penyakit (jika ada). And of course, harga meningkat mengikut kelas umur yang ditetapkan oleh pihak Takaful. Pendek kata, bertambah umur, bertambahlah mahal. Lain pula jika anda guna medical card IL. Tak ikut umur dan tak perlu renew. Sebagai contoh, jika anda membayar sijil sekarang, anda akan bayar benda yang sama sampai tempoh yang ditetapkan (kadang-kadang mencecah 50-55 tahun) dan kemudian anda tidak perlu bayar lagi kerana account value yang terkumpul sudah cukup untuk menampung jumlah kad perubatan...untungkan?

2. Bayaran yang sama sampai jangkamasa yang ditetapkan. Seperti point pertama, bayaran will remain the same. Tak kira umur, jika anda membayar RM 200 sekarang, bayaran yang sama akan dikenakan sampai bila-bila (tertakluk pada sijil). Mudah untuk anda buat budget bulanan. Betul kata orang, ambil Takaful ketika muda supaya bayaran yang ditetapkan berkemampuan sampai bila-bila. Betul tak?

3. Medical Card nie subject to repricing yang ditetapkan oleh Takaful/ Insurance. Memandangkan kos perubatan meningkat setiap tahun, bayaran untuk sijil/polisi anda juga akan meningkat. Jika tak kena gaya, mungkin 100%. Sebagai contoh, umur 30 tahun, bayaran yang dikenakan RM 1200 per year. Jika medical repricing berlaku, bayaran mungkin naik ke RM 1800. So bayaran RM 100 per month mungkin berubah ke RM 150 sebulan. Tapi jika anda menggunakan medical card IL, senario yang sama mungkin berlaku tapi kadar caruman tetap sama bergantung kepada jumlah account value.

4. Benefits yang pelbagai under Medical card IL berbanding dengan standalone. Secara amnya, medical card IL adalah rider dan basic plan mungkin membenarkan anda mengambil pelbagai rider under satu pelan Takaful. Contoh, basic plan hanya cover kematian dan kurang upaya+cacat kekal. Dengan rider tambahan, anda boleh menambah rider -rider lain seperti medical card, penyakit kritikal dan manafaat hospital. Bayaran? Selalunya, tiada bayaran tambahan untuk rider kerana ia akan dipotong menggunakan IL yang dibeli.

Tapi, jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini agak kurang difahami, saya galakkan anda menghubungi agent Takaful anda untuk pencerahan. Jika tiada agent buat masa ini, anda boleh hubungi rakan saya Cik Khadeeja di 016 276 2636. Insya-Allah, dia boleh membantu. Saya sekadar berkongsi pengalaman dan pembacaan buat manafaat anda. Yang ok anda boleh gunakan dan yang kurang pasti, sila rujuk pada pakar dan kongsikan bersama. Tak rugikan share pengalaman?

-FN-







PASSION



baru 2 tahun memiliki akaun adsense, pada tahun 2017 akaun adsense menunjukkan perkembangan yang bagus sebagai pemain baru. - ia pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman mampu membuat sehingga USD5000 sebulan.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seminggu lagi sebelum tahun 2017 menutup tirai.

Mengira beberapa artikel lagi menuju 365 seperti target yang ditetapkan untuk blog ini.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ia melepasi 300 artikel berbanding, hanya 111 artikel pada tahun 2016.

Malah target untuk memecahkan rekod pendapatan adsense lebih USD20 sebulan (terlalu jauh berbeza dengan pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman) juga tercapai pada tahun ini, ketika blog pemakanan dan kesihatan yang semakin berkembang pesat di dunia blogging dan iklan untuk produk kecantikkan dan kesihatan ialah antara iklan yang dibayar murah berbanding iklan produk teknologi, perbankan , gadget dan sebagainya. Mereka yang sering mengikuti blog ini pasti tahu, blog ini bermula dengan USD3 sebulan untuk bulan pertama akaun adsense.

Paling istimewa target dan sasaran untuk mendapatkan 2 kali cash out dari adsense juga tercapai, selain blog ini konsisten dalam paparan view harian dari pengunjung seluruh dunia.

Terus mencuba mempelbagaikan topic dan kategori. Insyaallah selain info graphic dan video untuk perancangan artikel tahun 2018, pelbagai lagi perkongsian akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk paling ringkas dan difahami untuk pembaca blog ini.

Menjadikan blogging dan bahan semulajadi sebagai passion untuk beberapa tahun ini, hanya diet yang lebih sihat yang masih belum betul-betul konsisten .  Sehingga ini kek-kek manis, tart dan manisan manis komersial masih belum mampu ditinggalkan. Namun semangat kekal ada untuk melawan. Tahun 2018 insyaalah harus menetapkan target yang kuat dan kukuh dalam pemakanan.

Pelbagai perkara hanya akan dicapai dengan konsisten dan focus. Blogging mungkin Nampak mudah, namun apabila anda harus menulis satu artikel hari demi hari berturut-turut ia tidak semudah berbalas mesej di whatapps.

Tidak semua apa anda tulis akan dibaca , dibaca tidak semestinya akan disukai, namun jika anda mampu membuatkan anda membaca sehingga perenggan terakhir sehingga titik noktah terakhir, anda tahu anda mampu kembangkan bakat penulisan anda itu.

Menulis bukan sahaja membantu menenangkan minda jika anda menulis sesuatu perkongsian yang baik. Ia juga mampu membuatkan anda terpaksa rajin membaca menambah ilmu dan mencari pengalaman baru untuk ditulis.

Dalam bidang blogging mahupun penulisan, anda bukan sahaja berdepan dengan isu idea, cara tulis, pengolahan ayat, kerosakan laptop atau telefon bimbit, line internet yang slow, mood swing, mood yang sering dikacau, tiada focus dan perangai insan sekeliling yang tidak tahu keadaan anda dan menghormati anda sebagai penulis atau blogger.

Anda juga akan berhadapan pelbagai kritikan dan sindiran. Namun satu yang anda harus pegang, focus apa yang anda ingin capai. Berkawan dengan kritikan yang membina dan sasarkan pelbagai sasaran untuk dakian anda seterusnya.

3 blog dan ini blog paling aktif. 2 blog lagi akan di pertingkatkan dari segi kualiti dan konten. Bermula satu artikel seminggu, beberapa artikel sebulan, seratus artikel setahun dan kemudian meningkat beratus artikel setiap tahun, akan tiba masanya beribu artikel setahun seiring kebiasaan dan konsisten anda menulis dan lahirnya pelbagai idea yang akan datang secara semulajadi untuk anda menulis seperti ia adalah ‘makanan harian’ anda.

Apa yang biasa anda lakukan , akan menentukan apa kebiasaan anda pada masa akan datang.

Penulisan mungkin kelihatan seperti hobi dan passion yang agak kurang memerlukan modal jika anda bijak memilih penulisan yang tidak memerlukan modal yang tinggi. Namun anda tidak akan mampu menulis tanpa mengeluarkan modal dan pengorbanan yang tinggi dari segi masa mencari, membaca, menimba ilmu serta setiap pengalaman yang anda lalui.

Tidak akan muncul idea dalam penulisan anda tanpa pengalaman kerana penulisan ialah apa yang anda rasai dan tahu dan boleh menulis tanpa memerlukan buku rujukan disebelah kecuali anda menulis sesuatu yang memerlukan rujukan jurnal dan menulis kajian dalam bentuk saintifik.

Anda menulis untuk mereka yang sudi membaca dan berminat dengan tulisan dan penulisan anda. Jika anda menulis untuk diri sendiri tulis untuk diri anda sendiri , jika anda menulis untuk satu dunia , tulis dan tujukan ia satu dunia.

Ketika anda membaca apa yang pernah anda tulis, ia akan memberi anda semangat tentang apa yang pernah anda lalui dan hadapi.

Siapa anda pada hari ini, kematangan anda dengan setiap pengalaman hidup. Anda tidak akan mampu ingat segala ilmu dan apa anda baca kecuali anda membuat ulangkaji atau ada perkara lain yang menyebabkan anda mula mengingatinya.

Blog ialah satu diari atau satu peringatan untuk anda, untuk sumber rujukan dan motivasi untuk anda sendiri dan ilmu yang satu hari nanti anda cari dan ingin rujuk.

Kata cendekiawan dunia, jika anda ingin lebih bijak, rajin kongsikan ilmu anda. Ilmu tidak akan berkembang jika terus disimpan. Sebarkan.

Jika anda inginkan motivasi, beri motivasi kepada satu dunia, motivasi itu akan kembali pada anda.

Apa yang anda beri akan kembali kepada diri anda sendiri.

7 hari lagi dalam menuju 2018, apa yang akan anda beri kepada dunia? , paling penting pada diri anda sendiri?.

Terima kasih.





Sabtu, 23 Disember 2017

Yang Mendorong



anda ialah insan utama yang wajib mendorong diri sendiri sebelum dorongan dari insan lain

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera

Ketika anda memilih insan untuk terus bersama anda terutama ke akhir hayat.

Pilih insan yang paling kuat mendorong.

Yang Nampak segala kelemahan anda yang boleh dibaiki, kelemahan anda yang boleh diterima dan ditutupi.

Yang yakin anda tetap boleh Berjaya walau jutaan cabaran dugaan datang menguji.

Insan yang Nampak kelebihan anda, dan mendorong anda untuk memperkembangkan ia.

Membantu anda melaksanakan ia walaupun hanya sekadar kata motivasi.

Sering memberi anda kata-kata positif. Bersama anda susah dan senang.

Tidak pernah meninggalkan anda diwaktu-waktu sukar.

Yang ikhlas menyayangi dan mencintai anda. Akan cuba cari waktu dalam kesibukan menjawab soalan dan tanda soal anda.

Akan memberi masa untuk anda berfikir dan bangun kembali .

Yang paling mempercayai anda ketika anda dihentam, kanan, kiri, depan, belakang , atas dan bawah.

Yang mmeperkembangkan segala bakat anda.

Melihat anda boleh pergi jauh ketika anda bukan sesiapa.

Yang dari jauh kekal meluangkan masa walaupun ketika dalam lrt, flight yang hampir berlepas, ketika menunggu makanan tiba, hanya untuk mententeramkan hati anda dan menyokong anda.

Itulah sahabat, dan cinta yang harus anda hargai.

Ia satu dalam sejuta. Namun jika anda telah ketemu, simpan ia rapat-rapat, hargai ia sementara ada dan doa ia kekal selamanya sebagai punca bahagia dan kejayaan anda bersama-sama.

Anda boleh dapat insan yang telah Berjaya, yang memberi anda segala hadiah kerana mereka lebih dari mampu, yang memberi anda masa yang banyak kerana mereka punya waktu terluang yang banyak dan berlebih.
Namun untuk mendapat insan yang betul-betul meluangkan waktu pendek yang terluang begitu pantas sanggup menghabiskan untuk anda, itu yang harus anda kekal sayang dan kenang sampai bila-bila.

Hargai sahabat , rakan dan cinta hati anda jika anda sedang dan telah punyai dia disisi.

Tiada galang ganti diwaktu yang semua berkejar hanya untuk material.

Seriring usia dan kehidupan, anda akan kenal dan tahu siapa sahabat dan kekasih yang patut anda hargai dan cintai.

Andai ujian terus melanda, dan anda kekal kukuh bersama, rakan dan dia kekal mendorong dan mempercayai anda, sokongan demi sokongan terus diberi tanpa lelah. Nasihat demi nasihat bertahun-tahun kekal diberi tanpa penat. Maka simpan mereka sebagai asset paling berharga yang anda tak akan mampu beli dimana-mana walaupun anda punya berbilion ringgit didalam akaun bank sekalipun.

Rezeki paling besar, mendapat insan yang menyokong, memberi bahagia ketika anda berduka, memberi nasihat dan dorongan ketika anda jatuh, terus memberi semangat ketika anda stress dan terus mempercayai anda ketika anda jatuh untuk terus bangun dan bangkit kembali.

Tiada rezeki lebih mahal dan indah dari ini selain kesihatan dan iman yang diberi Illahi.

Ada bahagia dalam kekecewaan dan kejatuhan apabila anda bersama insan yang sering mendorong dan menghargai anda.

Mendoakan anda dalam diam dalam kejauhan atau duduk berhampiran anda melihat anda membuat kerja dalam peluh dan ketegangan.

Jagalah persahabatan itu, andai satu hari giliran rakan anda diuji. Jadi seperti dia yang menghargai anda, sanggup berkorban masa, kepercayaan untuk anda.

Itu rezeki dan kejayaan dalam hidup yang jarang dirai. Mempunyai insan, sahabat, rakan dan ahli keluarga ketika susah senang dan kejayaan yang mengiringi anda.

Berikut ialah pesan , wanita intelek yang berpengalaman untuk anda , video pendek ini amat bagus ditonton dan dijadikan rujukan, mengapa anda harus memilih insan yang mendorong anda disamping beriman.

Pilih Bakal Suami Anda


Terima Kasih.



I-CARE HASANAH, PRODUK TAKAFUL DENGAN TEMPOH BAYARAN PENDEK, PERLINDUNGAN LEBIH PANJANG DAN TUNAI SETIAP TAHUN UNTUK ANDA.



contoh ilustrasi produk I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful.

Assalammulaikum wbt dan salam sejahtera.


Satu lagi produk terbaru yang hebat dan memenuhi gaya hidup zaman millennia dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL iaitu produk , I-CARE Hasanah.

Antara keisitimewaan utama produk I-CARE HASANAH dari Hong Leong MSIG Takaful :

1. Jumlah minima untuk memiliki produk I-Care Hasanah ialah RM50 sebulan sahaja.

2. Pilihan pembayaran tempoh premium yang pendek.

3. 2 pilihan tempoh premium untuk Takaful I-care Hasanah, sama ada 8 tahun atau 10 tahun.
Perlindungan selama 20  tahun (bayaran premium takaful hanya 8 @ 10 tahun, ekstra 12 @ 10 tahun perlindungan, disamping bayaran tunai  (setiap tahun untuk anda, atas pilihan anda) yang di namakan ‘Living Assitance Care’ ).

4. Pilihan Face Plus polisi dimana anda akan menerima jumlah keseluruhan amaun di lindungi berserta nilai tunai. Kebanyakan insurans atau takaful hanya mempunyai pilihan Level Face iaitu hanya salah satu pilihan ,sama ada jumlah amaun dilindungi atau nilai tunai.

Untuk mendapatkan Living Assistance Care ini, anda wajib menambah rider , Living Assitance Care ini dalam polisi anda.

Ini Keisitimewaan Living Assitance Care :-

1. Pembayaran tahunan Living Assistance hampir 50% jumlah premium tahunan anda.

2. Bayaran minima Living Assistance Care ialah serendah RM600 setahun khas untuk anda.

3. Anda boleh memilih untuk menerima Living Assistance Care bermula akhir tahun pertama polisi I-care Hasanah anda atau akhir tahun ke 10 polisi I-care Hasanah anda sehingga akhir tahun ke 20.



Kesimpulan produk I-CARA HASANAH dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini ialah,

Tempoh jangka masa pembayaran premium yang singkat. Adalah ciri utama produk I-CARE Hasanah beserta ‘wang tunai’ setiap tahun selama 20 tahun. Ia sesuai untuk semua kategori dari baru bekerja, sedang bekerja, berkahwin dan menunggu untuk pencen atau bersara.

Polisi I-Care Hasanah dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini boleh dimiliki dengan bayaran serendah RM50 sebulan. Jumlah bayaran rendah yang mampu untuk semua kategori pendapatan.

Pilih tempoh bayaran yang anda suka dan sesuai dengan matlamat anda 8 tahun atau 10 tahun. Anda akan dilindungi selama 20 tahun. Tentu anda akan tenang tanpa memikirkan bayaran premium akan datang , malah bonus anda juga boleh menikmati  living care assistance , iaitu satu bayaran yang diberikan setiap tahun untuk anda yang menyamai hampir 50% bayaran premium tahunan anda untuk I-Care Hasanah ini.

Tunggu apa lagi, untuk maklumat lanjut produk I-CARE HASANAH dari HONG LEONG MSIG TAKAFUL ini, anda boleh menghubungi talian atau whatapps ke

016 276 2636

Untuk maklumat lanjut produk.


Terima Kasih.







Raikan Cinta



ingati segala kenangan indah-indah sahaja


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa hari lagi 2017 akan melabuhkan tirainya.

Dalam segala perjalalan hidup dan pengalaman di tahun 2017 akan terus dingati sebagai tahun membahagiakan.

Tidak kira bagaimana kisah yang terjadi di tahun 2017, pastikan setiap hari yang kita lalui kekal sebagai hari indah yang dipenuhi dengan aura positif.

Kita adalah apa yang kita fikirkan, setiap dugaan yang melanda jika difikirkan sebagai satu lagi landasan yang harus dilalui untuk capai kepuncak akan membuatkan anda tersenyum dan percaya episode kebahagian akan dicapai jua nanti.

Apabila anda hanya meraikan cinta dan yang baik-baik, yang baik-baik akan datang.

Apabila anda abaikan yang negative tanpa rasa ingin pertahankan sesuatu yang terang-terang anda betul, anda akan rasa aura positif anda mengelilingi anda sepanjang hari .

Ketika anda hanya mengatakan tentang cinta sahaja, cinta akan mengelilingi anda. Anda akan merasakan cinta dari setiap hembusan angin dan panahan cahaya matahari sekalipun.

Tidak perlu anda punyai kekasih hati untuk merasa cinta, cukup cinta pada diri sendiri, belajar mencintai illahi dan belajar menerima segala yang tersurat sebagai anugerah anda akan merasa betapa cinta itu harus dirai setiap hari.

Kita ialah siapa kita hari ini. Jika positif kita hari ini, insyaalah yang akan datang juga positif dan yang berlalu kekal positif di fikiran dan hidup kita.

Dalam beberapa hari yang bakal menjadikan tahun 2018 sebagai satu tahun lagi tambahan usia.

Cukuplah anda raikan cinta anda apabila anda bangun tidur dan dapat melihat dunia atau diberi lagi satu hari untuk bernafas walau dalam keadaan apa pun anda pada hari itu.

Hari anda bermula dengan ketika membuka mata dan apa yang anda fikirkan, maka pastikan ketika anda mula membuka mata , perkara pertama yang anda fikirkan ialah bersyukur dan fikir yang baik-baik sahaja. Raikan cinta tuhan untuk anda yang masih membenarkan anda bernafas dan berubah menjadi lebih baik dan mengejar impian anda.

Dunia membuktikan apa yang kita paling banyak berusaha, itu yang akan memberi hasil pada kita.

Setiap kejayaan yang dimiliki ialah hasil usaha bertahun lama yang konsisten kemudian membuahkan kejayaan.

Maka jika anda baru beberapa tahun bermula , tidak perlu membezakan dengan kejayaan insan lain, anda tidak pernah tahu apa yang mereka lalui 10 tahun atau 20 tahun lepas dalam membina jaringan kejayaan hari ini.

Anda hanya akan bahagia jika berhenti membezakan hidup dan kejayaan serta kebahagiaan anda dengan insan lain.

Focus pada hidup anda dan bina kejayaan dan kebahagian hidup anda sendiri.  Kejayaaan dan kebahagian pasti berpihak kepada anda lambat laun.

Dalam menuju beberapa hari tahun 2018, sama-sama kita berdoa agar tahun 2018 lebih indah, lebih berseri, lebih dipenuhi kejayaan, kebahagian dan cinta berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Raikan cinta anda pada diri sendiri dan apa yang anda miliki dan syukuri.

Selamat Menuju ke tahun 2018 yang penuh warna warni.


Terima Kasih.







11 MANFAAT HABBATUS SAUDA (JINTAN HITAM) DAN CUKA UNTUK KESIHATAN DAN PENYEMBUHAN PENYAKIT


Cuka epal antara cuka paling popular untuk ekzema dan diet serta perubatan, gambar kecil ialah gambar habbatus sauda


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera .

Habbatus sauda atau jintan hitam telah lama terkenal sebagai antara bahan menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali mati.

Selain habbatus sauda, cuka peraman atau cuka buah khususnya semakin sering diketengahkan sebagai makanan sunnah untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan antara yang sering disebut-sebut sebagai makanan sunnah untuk detoks dan mengubati pelbagai penyakit.

 Terkenal sebagai antara makanan yang menyembuhkan , cuka juga adalah makanan wajib yang sentiasa ditambah dalam setiap menu masakan arab.
Selain cuka, habbatus sauda juga begitu. Di letakkan diatas roti, kuih muih, sup ditambah dalam segala makanan , habbatus sauda turut dijadikan sebagai salah satu bahan pengubatan popular sebagai supplement semulajadi pada zaman moden ini.
Terdapat pelbagai cuka yang popular antaranya cuka delima, cuka buah tin, cuka epal, cuka nipah, cuka kurma dan pelbagai jenis cuka peraman lagi.

Dengan lambakan pelbagai cuka yang dijual dipasaran termasuk di pelbagai kedai arab dan makanan sunnah juga farmasi. Semakin ramai mempunyai pilihan dan kesedaran untuk menambahkan segala pemakanan sunnah yang menyembuhkan dan menyihatkan tubuh ini.

Berikut adalah antara khasiat cuka peraman sebagai rujukan :-

1. Cuka dikatakan boleh membantu mengubati kulit terbakar. Campurkan dengan air untuk kesan yang lebih lembut.

2. Cuka dicampur bersama garam bagi mengubati sakit akibat termakan cendawan beracun.

3. Cuka juga turut membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

4. Cuka yang dicampur bersama habbatus sauda atau jintan hitam yang ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dan minyak habbatus sauda. Akan membantu mengurangkan kebotakkan rambut akibat penyakit.

Ramuan untuk menyembuhkan kobotakkan rambut akibat penyakit ialah

1.       1 cawan cuka cair
2.       1 sudu jintan hitam yang telah ditumbuk halus
3.       1 sudu perahan jus bawang putih
4.       Sedikit minyak habbatus sauda atau jintan hitam
Campur semua bahan diatas sehingga menjadi lotion, sapu ke bahagian kepala yang botak. Anda juga boleh cukur dahulu bahagian tersebut sebelum menyapu bahan diatas.
Balut kepala atau bahagian tersebut, biarkan dari pagi sehingga petang.
Kemudian anda boleh sapu minyak habbatus sauda di tempat tadi.

Ramuan ini juga boleh dicuba jika anda kerap keguguran rambut dan hampir menjadi botak.


5. Penyakit kulit seperti kurap juga boleh disembuhkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda (jintan hitam).

Caranya tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam hingga halus. Campurkan dalam cuka. Kemudian sapu bahan ramuan ini keatas kurap tadi. Biar kering. Tidak perlu basuh. Amalkan ramuan ini sehingga kurap sembuh.


6. Jika anda atau anak anda dihinggapi kutu dikepala. Anda boleh menggunakan cuka dan bawang putih untuk menyelesaikan isu ini.

Caranya , sediakan ramuan berikut :-

Tumbuk empat ulas bawang putih sehingga menjadi krim atau pekat.
Campur krim bawang putih ini kedalam cuka epal.
Isi bahan dibancuh ini ke dalam botol.
Kemudian jemur di bawah sinaran cahaya matahari selama 8 hari berturut-turut.
Cukup 8 hari, bahan ini sudah siap digunakan.
Sapu ke rambut yang mempunyai kutu tadi, sambil memicit kulit kepala .
Sila amalkan ramuan ini selama 10 hari berturut, ia bukan sahaja akan mematikan kutu, juga turut membasmi kelemumur juga melembutkan rambut.

7. Campuran cuka dan biji habbatus sauda juga amat bagus untuk gigi berlubang. Tumbuk habbatus sauda atau jintan hitam sehingga lumat. Gaulkan dengan cuka. Kemudian masukkan bancuhan atau paste ini kebahagian gigi berlubang. Ia akan mengurangkan sakit gigi anda.

8. Cuka juga amat bagus untuk eczema, ia boleh disapu terus ke kulit yang mempunyai eczema atau tambah halia yang ditumbuk kedalam cuka dan sapukan pada bahagian yang terkena eczema. Sekejap sahaja pedih, kemudian gatal akan hilang. Sapu sehingga eczema anda sembuh.

9. Panau juga boleh dihilangkan dengan campuran cuka dan habbatus sauda atau jintan hitam. Tumbuk jintan hitam lumat-lumat, campur sedikit cuka . Kemudian sapu di kawasan berpanau. Insyaallah isu panau ini akan hilang dan sembuh.

10. Kulit lobak putih dan campuran cuka boleh mengubati sengatan lebah dan tebuan. Amalkan ramuan ini jika terkena sengatan lebah atau tebuan.

11. Cuka epal selain membantu mengurangkan berat badan, ia juga membantu menyelesaikan masalah mereka yang terlalu kurus. Ia sesuai untuk kedua-dua masalah tubuh.

Terdapat jutaan manfaat cuka dan habbatus sauda yang tidak dapat ditulis dalam lembaran kertas yang berjela.

Simpan cuka dan habbatus sauda dirumah anda sebagai bahan makanan utama anda. Campurkan dalam pelbagai masakan dan menu anda.

Ketika sesiapa ditimpa ujian seperti diatas, ambil dan gunakan ia.

Semoga artikel ini akan memberi anda semangat untuk terus menyukai cuka dan habbatus sauda.

Pemakanan sunnah adalah pemakanan terbaik untuk mereka yang bijak menilai.

Terima kasih .

*** sumber rujukan buku ‘ Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam’








4 Perkara Menarik Tentang Pelan Takaful HLMT i-Care Rahmat Yang Anda Perlu Ambil Tahu



produk I-Care Rahmat dari Hong Leong MSIG Takaful

Pernah tak terfikir untuk mengambil pelan Takaful tapi buntu untuk memilih yang bersesuaian dengn anda. Jangan terlalu memandang pada brand atau terlalu percaya kepada pengalaman pengguna lain. Kan orang dulu-dulu dah pesan, lain padang, lainlah belalangnya. Bukan nak promote cuma nak kongsikan pelan yang bermanafaat untuk anda consider. Bukan sahaja menyeluruh, tapi saya rasakan pelan Takaful ini, mampu milik. Pelan yang dimaksudkan adalah HLM Takaful i-Care Rahmat.

Di sini saya kongsikan 4 perkara menarik yang anda perlu tahu tentang produk HLM Takaful i-Care Rahmat. Hopefully, perkongsian sebegini dapat membantu anda untuk memilih perlindungan yang tepat dan bersesuaian dengan budget anda.

1. Pelan Takaful pertama (setakat ini) yang memberi perlindungan untuk Old Age Disablement (OAD). Dalam bahasa mudah, jika anda menjadi kurang upaya ketika mencecah usia 66 tahun ke atas, anda akan di lindungi di bawah pelan ini. So, situasi sebegini is unexpected and unpredictable. Mungkin anda boleh bekerja mencecah umur 66 tahun or tidak. Insua-Allah, kita hanya boleh plan, tapi semua adalah ketetapan Ilahi. 

2. Khidmat-khidmat tambahan yang jarang sekali di offer oleh mana-mana pelan Takaful. Pernahkah anda terfikir, jika anda tiada nanti, pasangan or anak-anak anda, akan melakukan Badal Haji atau mewakafkan Al-Quran atau melakukan Qurban untuk anda? Mungkin ya or mungkin tidak. Jika diwasiatkan, Insya-Allah, akan di kerjakan. But how jika tidak diwasaiatkan? Pelan Takaful ini ada perkhidmatan- perkhidmatan sebegini jika atau meninggal atau kurang upaya. So, as a Muslim, benefits sebegini memang dinantikan untuk bekalan akhirat kelak. 

3. Rider-rider tambahan yang boleh di customise mengikut keperluan dan budget anda. Based on my understanding, ada 6 rider tambahan yang boleh dipilih seperti Medical Card (Medi-Auni), Duit tambahan harian ketika warded (Hospital Income Benefit), perlindungan kematian atau kecacatan disebabkan kemalangan (Accidental Death and Dismemberment), manafaat untuk orang dilindungi jika anda meninggal atau kurang upaya kekal atau menghidap penyakit krital (Living Care and Payor Care or Top-up Care) dan bayaran tambahan jika anda menghidap penyakit kritikal (Additional Critical Care). Agak comprehensive juga rider-rider yang ada tapi make sure pilih yang bersesuaian dengan keperluan anda.

4. Since pelan Takaful ini pelan berkaitan pelaburan, anda boleh menambah (top-up) atau mengeluarkan nilai akaun (account value) yang terkumpul. Flexibility sebegini memang dicari. Ya lah, jika anda mempunyai duit lebih, anda boleh top-up ke dalam pelan takaful ini. Jika memerlukan dana, anda boleh withdraw bila-bila masa. Janji, account value anda cukup untuk menampung coverage Takaful anda.

Apa yang saya kongsi di atas mengkin terlalu ringkas dan memerlukan penerangan lanjut dari agent. Mereka lebih arif dan professional dalam ini. Jika anda berminat untuk nak tahu lebih lanjut pasal pelan Takaful ini, anda boleh hubungi Cik Khadeeja di 016 276 2636 , atau whatsapp dia pun boleh. Insya-Allah, di boleh membantu. Hopefully, posting kali ini dapat memberi manafaat yang berguna untuk anda. Nak share untuk rujukan readers lain pun boleh.

Wassalam

-FN-