anda ialah insan utama yang wajib mendorong diri sendiri sebelum dorongan dari insan lain |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera
Ketika anda memilih insan untuk terus bersama anda terutama ke akhir hayat.
Pilih insan yang paling kuat mendorong.
Yang Nampak segala kelemahan anda yang boleh dibaiki, kelemahan anda yang boleh diterima dan ditutupi.
Yang yakin anda tetap boleh Berjaya walau jutaan cabaran dugaan datang menguji.
Insan yang Nampak kelebihan anda, dan mendorong anda untuk memperkembangkan ia.
Membantu anda melaksanakan ia walaupun hanya sekadar kata motivasi.
Sering memberi anda kata-kata positif. Bersama anda susah dan senang.
Tidak pernah meninggalkan anda diwaktu-waktu sukar.
Yang ikhlas menyayangi dan mencintai anda. Akan cuba cari waktu dalam kesibukan menjawab soalan dan tanda soal anda.
Akan memberi masa untuk anda berfikir dan bangun kembali .
Yang paling mempercayai anda ketika anda dihentam, kanan, kiri, depan, belakang , atas dan bawah.
Yang mmeperkembangkan segala bakat anda.
Melihat anda boleh pergi jauh ketika anda bukan sesiapa.
Yang dari jauh kekal meluangkan masa walaupun ketika dalam lrt, flight yang hampir berlepas, ketika menunggu makanan tiba, hanya untuk mententeramkan hati anda dan menyokong anda.
Itulah sahabat, dan cinta yang harus anda hargai.
Ia satu dalam sejuta. Namun jika anda telah ketemu, simpan ia rapat-rapat, hargai ia sementara ada dan doa ia kekal selamanya sebagai punca bahagia dan kejayaan anda bersama-sama.
Anda boleh dapat insan yang telah Berjaya, yang memberi anda segala hadiah kerana mereka lebih dari mampu, yang memberi anda masa yang banyak kerana mereka punya waktu terluang yang banyak dan berlebih.
Namun untuk mendapat insan yang betul-betul meluangkan waktu pendek yang terluang begitu pantas sanggup menghabiskan untuk anda, itu yang harus anda kekal sayang dan kenang sampai bila-bila.
Hargai sahabat , rakan dan cinta hati anda jika anda sedang dan telah punyai dia disisi.
Tiada galang ganti diwaktu yang semua berkejar hanya untuk material.
Seriring usia dan kehidupan, anda akan kenal dan tahu siapa sahabat dan kekasih yang patut anda hargai dan cintai.
Andai ujian terus melanda, dan anda kekal kukuh bersama, rakan dan dia kekal mendorong dan mempercayai anda, sokongan demi sokongan terus diberi tanpa lelah. Nasihat demi nasihat bertahun-tahun kekal diberi tanpa penat. Maka simpan mereka sebagai asset paling berharga yang anda tak akan mampu beli dimana-mana walaupun anda punya berbilion ringgit didalam akaun bank sekalipun.
Rezeki paling besar, mendapat insan yang menyokong, memberi bahagia ketika anda berduka, memberi nasihat dan dorongan ketika anda jatuh, terus memberi semangat ketika anda stress dan terus mempercayai anda ketika anda jatuh untuk terus bangun dan bangkit kembali.
Tiada rezeki lebih mahal dan indah dari ini selain kesihatan dan iman yang diberi Illahi.
Ada bahagia dalam kekecewaan dan kejatuhan apabila anda bersama insan yang sering mendorong dan menghargai anda.
Mendoakan anda dalam diam dalam kejauhan atau duduk berhampiran anda melihat anda membuat kerja dalam peluh dan ketegangan.
Jagalah persahabatan itu, andai satu hari giliran rakan anda diuji. Jadi seperti dia yang menghargai anda, sanggup berkorban masa, kepercayaan untuk anda.
Itu rezeki dan kejayaan dalam hidup yang jarang dirai. Mempunyai insan, sahabat, rakan dan ahli keluarga ketika susah senang dan kejayaan yang mengiringi anda.
Berikut ialah pesan , wanita intelek yang berpengalaman untuk anda , video pendek ini amat bagus ditonton dan dijadikan rujukan, mengapa anda harus memilih insan yang mendorong anda disamping beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan