imej kata-kata Elon Musk di ambil dari Google |
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Elon Musk , pemilik TESLA ini, antara pelopor dalam PAYPAL yang semakin mendominasi dunia digital ketika ini.
Sering mengikuti kisah beliau yang berwawasan tinggi dan berjiwa besar serta tidak mengaku kalah ini.
Ini antara perkara yang boleh dipelajari dari beliau.
6 CARA UBAH PEMIKIRAN POSITIF ALA
ELON MUSK
1. Terima
Kritikan
KRITIKAN memang
menyakitkan. Ia umpama kerja anda sia-sia. Ketika baru bermula ia memang
memerlukan ketabahan dan kekurangan serta banyak kelemahan. Namun seiring waktu
anda akan berjumpa dengan mereka yang akan memberi kritikan dan sokongan yang
membina. Kritikan akan memberi kita banyak peluang bagus dan berguna untuk
jangka masa panjang. Dari kritikan ia akan membantu kita lebih maju dan anggap
kritikan itu sesuatu yang sihat dan kita juga boleh menjalinkan hubungan jangka
panjang dengan menghormati dan menerima kritikan
2. Hadapi
Realiti
Selagi anda
berfikir dengan cara yang sama, tidak mengikut zaman dan teknologi. Tidak menambah
ilmu dan berani berubah, selagi itu anda akan kekal ditempat yang sama. Kembangkan
bakat anda, cari ilmu, eksplore perkara baru
dan jadikan ia ‘big why’ anda untuk Berjaya. Hadapi reality, persaingan
dan teknologi 20 tahun lepas tidak sama dengan hari ini.
3. Fokus
Perkara Utama
Ketika membuat
sesuatu, Tanya diri sendiri adakah ini perkara paling penting?. Apa yang anda
akan dapat dari hasil ini?. Apakah ada lagi perkara lebih penting dan bermanfaat.
Perkara paling utama focus dengan apa yang paling penting dan menunjukkan hasil
bagus dan utama.
4. Kurangi
Risiko Peratusan Kegagalan
Dalam setiap
projek, kejayaan dan impian. Kegagalan itu ada peratusannya. Namun adalah lebih
baik jika anda mengkaji dan cuba mengelakkan kegagalan. Kurangkan peratusan
kegagalan itu dan tambah baik apa yang perlu. Minimakan kerugian yang bakal
ditanggung. Kurangkan apa yang perlu dan tambah baik factor yang boleh
mengurangkan kerugian. Selagi boleh kurangkan, kurangkan. Pastikan anda punyai ‘backup
plan’ atau Pelan Keselamatan.
5. Jauhkan
Kebimbangan Yang Tidak Munasabah
Kebimbangan bukan
sahaja memberi risiko kepada kesihatan dan organ tubuh malah menjadikan emosi
dan hidup anda tidak keruan. Tiada kebimbangan yang perlu difikirkan terutama
jika anda masih ada makanan untuk dimakan pada hari ini. Lakukan apa yang perlu
anda lakukan dan terus berusaha. Cara ini jauh meringankan pemikiran anda dan
mengurangkan emosi kebimbangan anda.
6. Selesaikan
Masalah Sendiri
Manusia,
perniagaan, pembelajaraan tidak pernah lepas dari masalah. Jika projek dan
impian anda itu cukup besar, segala masalah adalah kecil. Lebih besar masalah
yang anda hadapi, lebih tinggi kejayaan yang akan anda hasilkan. Setiap masalah
yang mendatang harus ditukar menjadi peluang untuk membina lebih banyak
kejayaan. Kebanyakan perniagaan besar dan Berjaya serta berpengaruh hari ini,
lahir dari membantu menyelesaikan masalah segmen pelanggan sasaran yang wujud.
Tanpa masalah, peluang tidak akan muncul. Pastikan anda sentiasa memberi ‘big
impact’ dalam perniagaan dan kepuasan kepada pelanggan anda.
Dalam pelbagai kisah TESLA, semangat ELON MUSK dalam membina kereta letrik dan roket, ini jelas menunjukkan jiwa berani dan mencabar sesuatu yang jarang terfikir oleh individu lain.
Elon Musk turut digelar 'Iron Man' atas perwatakan dan kejayaan beliau.
Malah, ada gosip mengatakan ELON MUSK ialah pencipta bitcoin , mata wang digital paling popular ketika ini dan menggunakan nama samaran pengasas bitcoin, 'SATOSHI NAKAMOTO' untuk menutup identiti beliau.
Benar atau tidak. Elon Musk kekal unggul antara individu berpengaruh di zaman milenia ini.
Ambil apa yang boleh diambil sebagai pelajaran hidup ke arah lebih cemerlang.
Semoga artikel ini memberi semangat dan harapan kepada anda yang mencari motivasi.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan