Rabu, 22 November 2017

Better Slow Than Stop


Tahun 2016 setiap artikel yang ditulis setiap bulan,  kebanyakannya tidak sampai 10 buah,  sehingga tiba bulan December 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Saya menulis artikel ini sambil menguap beberapa kali,  katil seperti sudah memanggil untuk tidur.  Namun tetap kuatkan pendirian untuk menulis satu lagi artikel sebelum melelapkan mata. 

Ada satu perkara yang harus dikongsi di Blog ini untuk rujukan dan motivasi pembaca dan diri sendiri. 

Semenjak 2013 bermula Blogging.  Anda sendiri boleh membaca artikel permulaan yang amat teruk dari segi ejaan dan penggunaan bahasa. 

Mengikuti Puan Ainon Mohd di Facebook dalam pertengahan tahun 2013, sifu besar ini sering menekankan ejaan penuh dan bahasa melayu tinggi,  maka perlahan-lahan cara pengolahan ayat di artikel Blog diperbaiki mengikut ajaran Puan Ainon Mohd. 

Saya wajib bersyukur dan berterima kasih kepada beliau. 

Setahun kemudian Puan Ainon Mohd mula menekankan mengenai pembinaan Personal Branding atau jenama diri.  Saya makin kerap membaca status facebook beliau. 

Beliau menggalakkan menulis.  Maka saya sekadar tulis sahaja untuk suka-suka. 

Puan Ainon Mohd mula memperkenalkan Seth Godin dalam pembinaan jenama dan tribe,  maka bermula ilmu baru sebagai Blogger dalam bidang Personal Branding. 

Dalam waktu yang sama di uji dengan penyakit ekzema akibat pemberhentian steroid yang mengakibatkan pengalaman yang sukar di ceritakan,  akhirnya pembinaan jenama dan tribe di bina sendiri dari setiap penulisan dan perkongsian. 

Tanpa ilmu dan tunjuk ajar status Puan Guru Ainon Mohd, pasti saya tiada idea untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang dicari itu. 

Saya mula belajar apa perlu ditulis dan apa yang tidak.

Mulai tahun 2015 ke tahun 2016, Puan Ainon Mohd makin kerap berkongsi mengenai keusahawanan. 

Dari tahun 2013 beliau selalu menggunakan ayat Khadijah dan Muhammad Muda.  Strategi Perang Badar. Kaum Ansar dan Muhajirin.  Beliau menggunakan pendekatan teknik nabi. Akhirnya sebagai follower beliau, perlahan demi perlahan minat keusahawanan itu timbul. 

Bulan December 2016,  setelah hampir 4 tahun berblogging akhirnya ketika Puan Ainon membicarakan tentang strategi untuk tahun 2017, pintu hati ini terbuka untuk fokus Blogging sebagai antara medan yang harus mula digunakan sepenuhnya. 

Maka hanya dari 6 artikel pada bulan November 2016 yang ditulis,  sebelumnya bulan Oktober juga 6 dan Ogos hanya 2 artikel. 

Atas kesedaran dan sasaran yang di gerakkan oleh Puan Ainon Mohd dan sahabat lingkungan beliau akhirnya tindakan drastik untuk Blogging di mulakan pada December 2016 untuk Target 2017,  365 artikel wajib di tulis dan di siarkan. 

Tidak perlu tunggu tahun 2017, terus mulakan pada bulan December 2016 dan 24 artikel berjaya di tulis pada bulan December 2016,  dan terus konsisten dan naik memasuki tahun 2017 sehingga kini. 

Bermula December 2016 blog ini mula meletakkan sasaran 

Sepanjang menulis dan berblogging di tahun 2017.

Usah sebut rasa down dan semangat yang makin lemah. 

Itu biasa.  Rasa putus asa,  ketiadaan idea.  Semua ada. 

Pening kepala,  sakit kepala,  hilang fokus,  pandang track rakan lain,  rasa sedih segalanya bercampur hampir setiap minggu atau bulan.

Menulis bukan sekadar memerlukan idea,  ia memerlukan anda kerap membaca,  menambah ilmu dan pengalaman dan mengekpresikan ke dalam tulisan untuk mudah faham. 

Selama anda menulis perasaan dan fokus itu wajib ada. 

Selagi belum selesai penulisan,  selagi sakit kepala itu ada.

Gangguan mohon dijauhkan. 

Bayangkan ketika ada idea.  Manusia lain mengganggu ketika itu yang mengakibatkan anda Stress dengan apa yang sedang dikatakan. 

Sebagai penulis saya mula faham bahawa Stress itu lain macam ketika diganggu dan di sepoi mood. 

Baru saya faham mengapa penulis itu sentiasa memerlukan ketenangan dan waktu sendiri dalam mencari idea. 

Dengan matlamat lain,  sasaran jangka panjang dan jangka pendek hanya anda sahaja yang tahu apabila anda perlu meletakkan strategi dan cara untuk merealisasikannya. 

Bagaimana saya boleh terus menulis dan tidak berhenti. 

Ketika saya rasa tewas dan bosan menulis,  ketika itu tuhan menjadikan wall Facebook saya dipenuhi dengan status dari Dr Wan Yusof Wan Jeffery yang asyik menekankan mengapa tulis dan tulis. 

Ketika saya bosan dan kecewa,  ketika itu tuhan lorong kan setiap artikel yang keluar di Linkedin mengenai Branding, dan artikel dan status dari Azleen Abd Rahim keluar di feed. 

Semuanya sekaligus, sehingga saya tidak mampu untuk tidak memaksa diri menulis. 

Malah menulis dalam perasaan yang tengah down,  dan tiada langsung semangat,  yang ada hanya paksaan wajib menulis. 

Hari ini,  atas asbab tabiat wajib menulis setiap hari. 

Tulis sahaja sedikit di mana sahaja seperti ajaran sifu Dr Wan Yusof Wan Jeffery,  sebelum tidur dan ketika hampir terlelap saya masih berusaha menulis. 

Sekurang-kurangnya saya patut sujud syukur kerana dalam segala dugaan yang Tuhan berikan terdapat banyak hikmah yang tidak pernah dijangka. 

Menulis sesuatu,  yang akhirnya merupakan bidang yang menjadi 'kegilaan'  saya.  Semuanya mengenai perkara Semulajadi. 

Ada perkara yang saya belajar.  Semulajadi bukan sahaja pada makanan, pada tumbuhan malah Semulajadi juga akan datang pada sikap dan minat. 

Akhirnya dengan sendiri dan semulajadi nya,  saya menerima apa yang terjadi dan menulis dengan Semulajadi,  setiap hari tanpa perlu diingatkan lagi. 

Benar sekali,  lebih baik perlahan dari anda terus berhenti. 

Biar lewat dari langsung tidak bermula. 

Saya lewat bermula menanam 'Passion'  dalam Blogging,  alam dan sumber semula jadi. 

Saya lambat sedar apa yang harus saya tulis dan kongsikan di Blog ini. 

Saya terlewat ada matlamat dan apa yang perlu saya tulis dan hasilkan dari Blog ini. 

Namun dalam kelewatan ini saya kekal bersyukur. Walau pun keletihan,  saya boleh menggunakan otak saya ini untuk terus membaca,  mengkaji dan bereksperimen. 

Blogging memaksa saya menjaga otak. 

Sekaligus menjaga diet. 

Sebagai manusia yang kuat makan dan tidak menghadapi masalah berat badan,  saya sering terbabas. 

Walaupun pernah diuji ekzema kerana tidak menjaga pemakanan,  kesembuhan yang diberi Tuhan membuatkan saya mudah lupa. 

Namun atas asbab Blogging dan matlamat lain, akhirnya saya akan sentiasa,  terpaksa mengingatkan diri sendiri agar tidak alpa. 

Ia alarm saya ialah Blogging.

Dan tidur saya lebih nyenyak apabila saya tahu. 

Ada beberapa artikel yang telah saya tulis dan siarkan hari ini. 

Suatu hari nanti apabila 'Passion'  itu datang dalam diri anda,  pasti anda faham maksud ini. 

Selamat Malam. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan