Selasa, 14 November 2017

Bahayakah Gandum Moden?


Imej Buletin Pengguna dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Diet tanpa gluten kini semakin popular. 

Antara bahan utama Yang sering digunakan dalam masakan ialah gandum. 

Gandum ialah bahan paling popular yang mempunyai Gluten dan merupakan antara makanan wajib di makan oleh penduduk dunia. 

Gandum digunakan dalam kebanyakan pembuatan Biskut, cookies, kek, donut, pai, coklat, roti,  bun,  kuih muih, tart, roti canai dan sebagainya. 

Malah gandum ialah bahan wajib ada di kebanyakan rumah. 

Sayang seribu kali sayang.  Gandum yang asalnya sihat dan tinggi khasiat kini bukan seperti gandum zaman nenek moyang kita dahulu. 

Gandum yang terkenal menyihatkan badan dan mengenyangkan itu kini diubah genetik asal menjadi bahan bahaya jika terus di konsumi terus menerus sekaligus menjadi punca pelbagai penyakit auto imun dari asma, kencing manis,  ekzema,  gout,  kanser,  alzhemeir's malah penyakit mental. 

Agak sedih gandum yang juga terkenal sebagai makanan zaman nabi dan kegemaran nabi diubah genetik sebegitu rupa hanya untuk memenuhi permintaan dunia yang inginkan terlalu banyak bahan makanan. 

Seperti kisah ayam dan lembu yang dipercepatkan pertumbuhan menggunakan hormon. 

Gandum juga turut diubah genetik untuk memenuhi keperluan penduduk dunia. 

Bayangkan jika ayam di negara kita di beri hormon hanya untuk memenuhi satu keperluan negara. 

Bagaimana gandum yang diubah genetik bagi memenuhi keperluan dunia dan negara lain khususnya. 

Jika selama ini anda menjauhkan makanan tinggi hormon,  masa untuk anda belajar mengurangkan gandum dalam pemakanan anda. 

Gandum sama ada organik dan Non organik,  berpeluntur dan tidak berpeluntur tetap membahayakan kesihatan atas isu Gluten. 

Alasan gluten ini menyebabkan kebanyakan remaja dan golongan diet holistik kembali kepada nasi atau beras yang tidak mempunyai Gluten. 

Dalam kekecohan beras dan nasi Yang dikatakan tinggi gula.  Golongan yang mementingkan kesihatan dan sentiasa di kemaskini dengan Info semasa memilih nasi atau beras menggantikan gandum dalam masakan mereka. 

Pelbagai resepi gandum kini diubah menggunakan tepung beras dan nasi. 

Tepung tanpa gluten seperti tepung Beras tepung jagung,  Tepung ubi kayu,  Tepung kelapa digunakan menggantikan tepung gandum dalam pelbagai resepi. 

Resepi dan makanan serta menu tanpa gluten terus mengambil alih. 

Maka tidak perlu pelik melihat menu dan cookies serta tepung tanpa gluten atau 'Gluten free'  semakin menjadi-jadi di pasaran ketika ini. 

Jika anda menyayangi usus dan kesihatan anda perlahan-lahan kurangkan Gluten dan gandum dalam diet seharian anda. 

Dari kecil kita kebanyakannya disuap dengan gandum dan Gluten tanpa sedar dunia telah mengubah genetik gandum berpuluh tahun dahulu demi memenuhi keperluan manusia sejagat. 

Diet hari ini yang tinggi Gluten antara penyebab banyak masalah kesihatan termasuk otak dan emosi. 

Malah tidak hairan jika kebanyakan Blog doktor holistik terkenal termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang mula mewar-warkan bahaya Gluten dan gandum moden. 

Jika satu waktu dahulu Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran mengenai kandungan peluntur dalam tepung gandum yang membahayakan kesihatan. 

Hari ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang memberi amaran bahaya gandum. 

Banyak lagi perkara mengenai makanan dan bahan keperluan diri serta alam sekeliling yang sentiasa dikemaskini mengenai bahayanya. 

Dalam dunia yang semakin uzur dan menghampiri fasa-fasa akhir zaman ini terlalu banyak penipuan dalam segala segi yang sukar untuk dijelaskan. 

Jika anda teringin gandum,  cuba dapatkan syair Arab iaitu gandum Arab. 

Penulis pernah membeli syair Arab ini yang berharga dalam RM25 untuk 200 gram. 

Syair Arab ini agak sukar didapati kecuali ada stok terhad yang dibawa pulang atau dijual di Facebook dari mereka yang baru pulang dari Arab terutama Palestin. 

Untuk masa ini berubah perlahan-lahan ke resepi nenek moyang tanah Melayu satu waktu dulu yang sebenarnya lebih banyak menggunakan tepung pulut. 

Buah melaka,  badak berendam,  kuih koci dan pelbagai lagi kebanyakan adalah kuih tradisional yang menggunakan tepung pulut.

Laksam juga menggunakan tepung beras. Kembali ke resepi dan makanan nenek moyang Melayu jika anda inginkan kesejahteraan kesihatan keluarga anda dan diri anda. 

Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada anda serta berjaya membuka mata anda sedikit demi sedikit mengenai bahaya Gluten serta apa yang berlaku di sekeliling kita. 

Ini antara link yang anda boleh jadikan rujukan https://www.sott.net/article/267844-Health-dangers-of-eating-wheat

Terima kasih. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan