Ahad, 12 November 2017

9 Fakta Ringkas Makanan Yang Anda Perlu Tahu


Makanan yang kaya warna ialah makanan sihat 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini Info makanan mudah yang paling senang diingati dan diamalkan.

1. Pilih makanan yang punyai pelbagai warna.  Jika anda tidak tahu pilih sahaja capsicum merah,  kuning dan hijau.  Pilihan lain kubis unggu.  Sayur-sayuran hijau adalah wajib.

2. Pilihan buah-buahan kuning juga bagus untuk mata,  ini termasuk pisang dan betik.

3.  Tomato dan lobak merah terkenal bagus untuk mata dan penglihatan juga kecantikan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.  Lobak dan tomato lebih tinggi khasiat jika dimasak.  Jangan lupa rebus atau masak sebentar tomato dan lobak anda.  Sekali sekala anda boleh nikmati tomato dan lobak merah mentah untuk enzim hidup dalam jus dan salad.

3. Pisang ialah buah-buahan paling mudah didapati,  murah dan kenyang.  Bukan sahaja sesuai sebagai pre workout meal ia juga amat bagus untuk sarapan pagi.  Paling penting jika anda merasa kurang bersemangat sebiji pisang cukup membantu merubah mood anda kepada lebih ceria.  Bukankah keceriaan itu cukup penting?.  Ini sekaligus membuktikan pisang boleh mengurangkan depresi dan Stress.

4. Jika anda sukar berdiet dan sentiasa berselera.  Masa untuk memilih pinggan dan alas meja serta hiasan berwarna biru.  Warna biru dikatakan mengurangkan nafsu makan dan membuatkan selera terbantut.  Jendela biru dan apa sahaja yang berwarna biru sebagai hiasan rumah akan mengurangkan nafsu makan anda dan membantutkan selera anda.  Segera tukar susun atur dan hiasan rumah serta ruang makan anda sekarang.  Jangan lupa beli piring dan pinggan berwarna biru.

5. Spinach atau bayam amat bagus untuk tulang dan zat besi. Nikmati sayur ini seminggu sekali.  Anda juga boleh menambah beberapa helai daun bayam dalam Smoothie kegemaran anda.

6. Saderi bagus untuk tulang.  Saderi juga enak ditambah di dalam Smoothie,  sup dan nasi goreng serta dibuat ulam.  Jangan abaikan tumbuhan berharga ini.

7. Telur makanan paling mudah untuk sarapan. Ia boleh dimakan begitu saja atau ditambah dalam menu lain.  Telur amat bagus untuk otak.  Rajin-rajinlah nikmati telur.  Pilih telur organik sebaiknya.  Protein di dalam telur membantu membentuk otot tubuh anda disamping menjadikan otak anda lebih sihat dan kenyang lebih lama.

8. Pilih roti tanpa tepung gandum walaupun roti gandum terkenal sekali pun.  Cuba belajar menikmati roti bijian tercambah yang jauh lebih baik untuk kesihatan berbanding gandum. Roti bijian tercambah atau Sprouted bread semakin terkenal untuk diet dan kesihatan sekaligus ia kini  semakin mudah didapati.

9. Selama ini mungkin anda hanya menikmati teh hijau kosong tanpa gula asli atau madu.  Tahukah anda bahawa teh hijau lebih berkhasiat jika di tambah gula asli seperti madu atau gula kabung,  malah dikatakan khasiatnya boleh meningkatkan 10x ganda berbanding di minum kosong..  Jangan lupa,  tambahkan jua daun limau kasturi atau limau kasturi untuk khasiat berkali ganda dalam minuman teh hijau anda.

Pelbagai perkara ringkas yang anda boleh lakukan dalam memaksimumkan diet terbaik untuk kesihatan anda.

Lakukan dahulu fakta Ringkas ini.  Dan anda boleh mulakan perkara baru lain selepas itu.

Semoga fakta ini bermanfaat untuk anda.

Anda masih belum terlewat untuk bermula dan menanam azam baru untuk diet anda pada tahun 2018 nanti.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan