Rabu, 4 Oktober 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 48 :- Cendol Air Putih


Bahagian hadapan restoran Cendol Air Putih 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 47 :- Salon De Chocolate

Di Kuantan selain Cendol Mustafa yang popular dan digemari ramai turun temurun.

CENDOL AIR PUTIH juga antara cendol popular semenjak tahun 1978 lagi,  39 tahun yang lalu sehingga kini.

Terletak di Air Putih,  berhadapan pasaraya Nirwana,  (belakang Nasi Lemak Place),  gerai atau restoran ini sentiasa dikunjungi ramai peminat cendol dan masakan Malaysia.


Bahagian dapur tempat penyediaan cendol
Dengan harga serendah RM2,  cendol enak dari santan segar ini memang sedap dan memikat selera.

Terdapat beberapa pilihan cendol disini termasuk cendol pulut dan ABC.

Selain cendol pulut panggang,  karipap,  kuih dal,  nasi lemak dan pau goreng sambal turut dijual.

Ketika saya menikmati makanan Di sini bersama sahabat saya,  seorang lelaki Melayu bertopi keledar menghantar dan meletakkan nasi lemak di tempat yang di sediakan.

Terdapat 3 pilihan pulut panggang disini dari pulut kosong,  pulut ikan dan pulut udang.  Kesemuanya berharga RM0.50 setiap satu.

Nasi lemak enak disini pula sebungkus RM2 yang dibungkus dengan daun pisang.

Cendol Air Putih turut menjual pulut panggang dan karipap 
Saya mencuba semua makanan disini kecuali pau goreng.

Cendol biasa menjadi pilihan saya dan sahabat saya.

Puas menghabiskan semangkuk cendol,  kami berdua memesan 2 cendol lagi kerana keenakan cendol disini yang di perbuat dari santan asli pekat.

Cendol Air Putih Biasa berharga RM2 

Rasa nasi lemak disini juga boleh tahan dengan sambal yang banyak di samping dibalut daun pisang. 

Pulut panggang disini juga amat sedap.  Sahabat saya menggemari pulut panggang ikan dan saya lebih suka pulut panggang udang yang kaya inti dan enak.

Pulut panggang disini disyorkan untuk dicuba oleh pengemar masakan Terengganu. 

Pulut panggang enak dan nasi lemak enak di Cendol Air Putih 
Dengan harga yang berpatutan dan mengenyangkan.

Cendol Air Putih adalah antara tempat Makan Best Di Kuantan yang amat disyorkan untuk anda.

Sila bawa insan tersayang dan keluarga anda menikmati makanan ringkas enak ini.

Restoran ini buka dalam area pukul 12 ke pukul 6 petang.


Setelah habis menikmati makanan kami memesan lagi 2 cendol biasa
Ini alamat Cendol Air Putih 

CENDOL Air Putih 
Jalan Air Putih 
Taman Beserah 
25300 Kuantan 
Pahang Malaysia 
Telefon :-  016 9333 111

Selamat Mencuba dan menikmati cendol Air Putih ini. 

Terima kasih. 


Ini sambungan artikel seterusnya 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan