Antara jenis periuk tanah yang di jual |
Jika anda mengikuti setiap perkembangan berita terkini kesihatan.
Tentu anda tahu bahaya periuk aluminium dan periuk jenis Non stick kepada kesihatan.
Aluminium dikatakan boleh 'leach', begitu juga plastik dan terkini periuk dan bahan Non stick dikatakan juga mengeluarkan toksid sekaligus memberi kesan kepada tubuh.
Jika di imbas ketika waktu kecil dahulu, nenek moyang hanya menggunakan sudu, garpu, periuk dan cerek dari tembaga.
Malah sesekali anda akan berjumpa dengan senduk Kayu.
Ini berbeza dengan zaman kini yang kerap menggunakan aluminium dalam setiap bahan membuat periuk, kuali dan cerek.
Antara bahan lama yang digunakan dalam pembuatan labu sayung dan periuk zaman lampau ialah tanah liat.
Periuk tanah sering digunakan untuk merebus herba dan akar kayu.
Malah dalam perbidanan periuk yang di galakkan digunakan ialah periuk tanah untuk menebus segala herba mandian mahupun untuk minuman.
Anda boleh mendapatkan periuk tanah di pasaran.
Namun, pastikan ia dari tanah asli paling selamat bukan campuran terutama jauhkan periuk dari campuran tanah dan tulang babi yang dikatakan berasal dari negara China.
Periuk tanah bukan asli antara periuk tanah yang bahaya dan langsung tidak digalakkan digunakan.
Maka Berhati-hatilah dalam pemilihan bahan yang kerap anda gunakan terutama dalam pembuatan makanan anda sendiri.
Gambar pemilik perniagaan periuk tanah Oni dan ayahnya |
Atau claypot yang menggunakan bahan selamat dan boleh di percayai, anda boleh cuba mendapatkan produk ini dari pengeluar dan peniaga yang dipercayai seperti Oni dan ayahnya.
Perniagaan ini dijalankan anak beranak dan bertempat di area Kota Bharu, Kelantan.
Berpeluang mendapatkan nombor telefon pemilik perniagaan ini dari Group kesihatan, maka saya meminta jasa baik sahabat saya Anis Asrar yang berasal dari Kelantan untuk melawat kilang Oni yang terletak berhampiran kampung mertua beliau.
Dan berikut antara gambar yang sempat di ambil oleh sahabat saya Anis Asrar dan diberikan oleh saya untuk dikongsi di artikel dalam Blog ini.
Anda boleh melihat cara penyediaan dari setiap gambar yang diambil dari kilang ini.
Sedang menunggu dan akan dibakar ( gambar bawah ialah door gift untuk hantaran perkahwinan) |
Baru sahaja di buka dari acuan, dibiarkan kering. Baru ia dibakar selama 10 jam. |
Lagi gambar baru di buka dari acuan |
Gambar periuk tanah atau claypot yang telah siap dibakar |
Gambar acuan dan pemandangan dalam kilang periuk tanah ini |
Periuk tanah juga memerlukan perhatian yang teliti kerana mudah pecah.
Anda digalakkan menggunakan dapur arang jika menggunakan periuk tanah.
Untuk info harga periuk tanah ini hanya dalam lingkungan RM30 ke RM50 sahaja amat murah dan berbaloi untuk kesihatan yang tidak boleh di jual beli.
Untuk anda yang berminat mendapatkan periuk tanah ini.
Anda boleh terus menghubungi Oni di talian telefon atau whatsapp ke
Oni 018 904 3969
Harus di tekankan disini.
Proses membuat tempahan periuk tanah ini dalam 3 minggu.
Untuk pesanan sila buat tempahan awal 3 minggu.
Terima kasih kepada Oni atas sedekah untuk sahabat saya Anis Asrar.
Juga untuk sahabat saya Anis Asrar terima kasih atas gambar dan budi baik membawa pulang periuk tanah untuk saya.
Untuk anda yang berminat mendapatkan dan membeli periuk tanah ini, sila buat pembelian segera.
Terima kasih.
** saya menggunakan periuk tanah ini di dapur biasa dan ia mudah retak dan bocor. Maka saya mengesyorkan anda menggunakan dapur arang sahaja atau menggunakan tungku yang lebih tinggi jika menggunakan dapur biasa. Terima kasih
Boleh sy dptkn alamat kilang ni?
BalasPadam